Thursday, September 6, 2012

JOM TEBAR ROTI JALA!!!






Hari ni tetiba datang mood untuk 'menjala'. Masa balik dari menghangkut stok acuan roti jala tadi, tetiba jugak terfikir...asyik jual acuan jer, bila nak buat untuk makan sendiri.




So sampai kat Paya Jaras tadi, Unclepali singgah dekat gerai jual deghoyan. Rembat dua biji RM10. Cantik isinya. Macam sayang lak nak buat serawa durian. Tapi, dek kerana tak kuasa nak suruh Unclepali pergi balik beli deghoyan lain, naseblah kan!




Nadia tolong sukat tepong dan blend batter. Masa Kjee dah duduk depan dapur nak menjala, Unclepali jenguk ke dapur dan suruh Kjee tepi. Dia kata dia nak buat. Agaknya dah 'gian' jugak. Lama betul dia tak menjala. Dulu masa meniaga, sehari Unclepali boleh jala sampai 9 kilo!

So Kjee lah jadi tukang lipat. Kejap lipat menegak dan kejap lipat mengiring. Unclepali kata orang buat roti jala tak tahu trick melipat. Kepingan roti jala yang dah siap dijala, mesti diterbalikkan. Permukaan yang kita nak lipat mestilah yang melekat di kuali. So bila dah siap lipat, jadilah roti jala yang cantik berkilat!



Permukaan yang tak kilat mengadap kita. pastu lipatlah


Faham tak? Isyhhh susahlah Kjee nak explain. Senangnya, sebaik sahaja keluarkan dari kuali, korang terus terbalikkan atas pinggan dna lipat. Permukaan yang tak kilat mengadap kita. Cam tulah sikit lebih kurang. Kalau tak faham pun, buat2lah ler faham yer.






Kalau nak tahu, sekilo tepung boleh dapat sikit lebih kurang 80 keping. Dulu Kjee dan kengkawan yang buat, amik tempah sekilo tepung, rm15. Kuah lain harga. Jangan lak korang nak pepandai sms kat Kjee nak order. Sekarang dah tak amik order roti jala lagi tau! Hanya amik order acuan jer. Hehehe

Kalau nak resipi roti jala ni, klik sini. Kalau nak beli acuan botol tiga muncung tu, korang sms jer 0126780501. Kjee jual satu set, dua botol atau sepasang. harga, korang sms jer lah.




9 comments:

ashamami said...

Tkasih Kjee share cara2 nak lipat roti jala tu...patut la nampak cantik bila dh dilipat...lepas ni nak buat mcm ni la.

Nur Danisha said...

sedapnya..terliur tengok..nak wt xpandai

♥LOVE2COOK MALAYSIA♥ said...

Cantik dan kemas jala akak! Love pun suka guna botol mayo tu!

ibh_sue said...

Asslmkum kjee.
Tgk roti jala akk tu, teringin pulak nak menjala. Nnti boleh order botol mayo dgn akk. Tp nak skodeng dl apa lg yg boleh di order. Apa2 nnti sue rojer akk. ;D

rahel said...

Kak jee....hulur sikit roti jala tu..kat umah ada kari ayam...sedap tu

Chekgu Azrine said...

dh lama order kt kwn..xdpt2..huhu.

eyda said...

As Salam...kak jee...kte dh try buat guan acuan ni lps dpt dr kak jee...senang bangat....Tq kak jee kerana mempromosikn acuan roti jala ni.....

eyda said...

Tq kak jee kerana telah mempromosikn acuan roti jala nie....aritu saya try menjala sejurus dpt acuan nie dr kak jee...ouh...senang bangat....

Kaki Sembang said...

adus peveret ambe nie..nak satu kak jie

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...