Friday, June 24, 2011

ROTI JALA SELEPAS 4 TAHUN











Dah lebih 4 tahun kami tak buat roti jala. Dan semasa makan hari ni, tersentuh sangat rasa hati. Dulu, gerai
Kjee memang terkenal kerana roti jala. Itulah makanan pertama yang Kjee jual. Selepas itu diikuti dengan Laksa Johor, Tahu Bakar dan macam2 lagi.

Unclepali yang dah angkat bendera putih tak nak buat Roti Jala. Tapi, bukan nak puji, Roti Jala Unclepali memang sedap. Selepas Kjee berhenti jual di gerai sebelum di Anjung Melawati, taukeh kedai tu pun buat Roti Jala. Tapi customer lama Kjee tetap datang kepada Kjee.

Rahsia Roti Jala sebenarnya ialah kuah yang mengiringinya. Kjee buat kuah kari yang pekat bukan cair macam orang lain buat. Kena pekat barulah bila kita cicah, kuah itu melekat pada roti jala.

Hari ni Kjee buat roti jala makan bersama serawa durian. Nadia yang buat serawa. Kuah serawa juga kena pekat. Tadi Nadia bubuh banyak durian. Ada orang bubuh tepung gandum tapi Kjee jual dulu, langsung tak bubuh tepung. Biar orang makan puas hati.

Jom kita intai resipi Roti Jala. Kali ini Kjee guna acuan botol dengan 3 muncung ni. Kalau nak order, just sms kat Kjee,  0126780501.

BAHAN2NYA:

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan(boleh guna susu cair)
1 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow

CARA:

Masuk semua bahan dalam blender (kecuali kulit telor) dan trrrrr sambil sebati. Tuang dalam botol acuan. Boleh guna acuan biasa. Pastu panaskan non stick pan dan oleskan mentega ke seluruh kuali. Kjee guna Olive Oil. Biar kuali panas dan mulalah menjala. Mula2 buat mesti tak cantik tapi lama kelamaan okaylah. Bila sekeping sudah masak, alihkannya ke pinggan, terbalikkan supaya permukaan atas yang licin mengadap ke bawah. Kemudian gulung. (Kena simpan dalam bekas kedap udara supaya tidak menjadi kering dan keras)  Ulang sampai habis.

Makan dengan kari ayam/daging atau serawa durian.

Cara Kjee buat serwa ialah masukkan durian ke dalam periuk, ramas2 seketika. Tak payah buang biji. Masukkan air kira2 dua inci dari paras durian dan bubuhlah gula merah atau gula melaka dan secubit garam. Apabila sudah mendidih, masukkan ½ cawan santan pekat ataupun susu cair. Masak lagi hingga mendidih dan padam api.



22 comments:

Chik Mimi said...

wah kak jee terbau serawa durian sampai penang ni heheh cantik la jalanya,walaupun 1st buat

Kjee said...

mula2 tadi keokok gak mimi. hehehe

noorsafone said...

wah kakjee...lama betul kakjee tak buat roti jala ya...cantiklah roti jala kakjee tu...

aeinio said...

ooo pakai acuan yg tu patutlaa nampak cantik...

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Kak jee ,Tank u sudi singgah rumah kita dan follow.Kita pun nak cuba resepi roti jala kak jee juga.nanti kita datang lagi ya.

sharifah rosidah said...

pali pnya roti jala memang cantik, kena pulak dgn kuah yang kau masak pergh memang terbaeklah.

jee kat mana boleh aku beli acuan roti jala tu, cantik lah jalanya. boleh order melalui talipon atau cara lain ke?please let me know.

Norismaliana said...

kak jee..serawa durian klu org johor kitaorang suke makan ngan pulut...sedap tau kak jee...cubalah...hehe

Iza Akma said...

teringin nak buat roti jala macam nie...cantik jala2 nyer tp tu laa botol 3 muncung tu tak dak pulak..masih mencari still tak jumpa..huhuhu..
kak jee, tolong kjee..sy pun nak order gak lah..

Anonymous said...

kenapa kak Jee tak approve komen saya? -Sheila-

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
bersama kak Es said...

kak jeeeeee...cantiknya roti tu...
sy selalu fail buat kirai2 tu..nak tiru la abstract mcm tuuu

Anonymous said...

Salam Kak Jee,

Suka ngan resipi resipi akak.. and dah try a few.
TQ sangat sangat... halal yer kak..
Arini saya amik resipi roti jala juadah untuk berbuka... Tima kasih. :)

~ Zarina ~

Anonymous said...

kak jeee...susu cair tu tukar dgn fresh milk blh tak?

Anonymous said...

Kak....jee...share la skalu camne nk buat kari daging yang meletup. Bole x?

Kjee said...

Meletup tak pastilah tapi carilah bawah label kari ataupun daging di blog ini. hehehe

Eyja Azni said...

salam kak...sy dah cuba resepi ni,memang menjadi dan sedaaaaaappp...thanks sb sudi kongsi resepi..

Noor Jehan Hamdani said...

Sslsm kak nak tanya...botol roti jala ni ade jual lagi ker?

Kjee said...

ADA. SILA SMS 0126780501.

Anonymous said...

tgok mcm x best je.

farah wahida said...

assalamualaikum kak jie..bilek2 dh lama..jumpe jgk ng blog kak jie..roti jala ni mmg best..nk try buat..klu mnjadi boleh tambah menu kt warung cik ah yg tk seberapa tu..cari rezeki lebih..tma ksh kak jie..

mamagogo said...

Salam jee, cantik roti jala awak . Orang johor tak pandai makan roti jala dengan kuah durian kan

JLBrothers said...

Assalamualaikum kak jee... nampak menarik roti jala kak jee... kak jee takde resepi satay ke? hehe... resepi majid satay ke, aneka satay ke, ismail satay ke....hehe..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...