Friday, September 21, 2012

KACANG BOTOR DAH BOLEH TUAI







Dulu2, kami sekeluarga panggil kacang botol. Kelakar kan? Ntah mana Bonda boleh panggil kacang ini dengan nama itu. Kemudian bila dah tua, baru Kjee tahu nama sebenarnya Kacang Botor. Tapi ada jugak orang panggil kacang Kelisa.

Tak kesahlah. Maknanya sama dan kacangnya jugak sama.

Mereka yang tinggal di kawasan bertanah baik di kampung mahupun bandar, yang tanam kacang ini tentu merasakan entri Kjee ni tak de apa bende. Tapi inilah pertama kali Kjee tanam pokok ini, so excitednya lain macam.



Nak katakan pokok salah jugak. Ianya pohon merayap. Campakkan je biji2nya di tepi2 pagar dan dia akan keluarkan pucuk2 yang merayap2 cari ruang untuk hidup. Tak payah nak baja. Kalau musim hujan, lagi cepat ia merebak.

Tak lama rasanya Unclepali tanam setelah kakaknya berikan beberapa batang kacang ini yang sudah tua. Unclepali main campak jer tepi pagar rumah kami. Tak sampai dua bulan, jeng jeng jeng dah tumbuh merimbun.



Kalau dah banyak buah, kena cepat2 selak dedaunnya dan petik. Ini kerana warna kacang ini sama dengan daun. Dan ia suka menyelit2. Silap2 haribulan kalau lambat petik dah tua. Tak sedap makan.

Kjee selalu buat ulam atau goreng berlada bubuh belacan. Hiris serong2. Sedap sangat bubuh ikan bilis atau udang kering. Resipi klik sini.










8 comments:

Aina said...

Salam kak jee,
blogwalking kat sini sambil menonton filem Balik Kampung kat tv2.Alahai, terubat rindu nak tgk Kak Jee berlakon:)

liemaopurut a.k.a ana said...

Salam kakjee.. Wah moleknya berbuah. Saya memang suka kacang botor ni. Wat kerabu pon sedappp.

Kakjee...saya tgh layan citer kakjee berlakon kt tv2. Kelakar citer ni. Ade os,eby saiful,liza abdullah...suka tgk citer lama2 cmni.

duniafana said...

saya ada tanam kacang panjang ka...kacang panjang saya ni xpayah ada para

Irfa said...

sy penah tanam ditepi pagar dan naik habis tutup pagar ;).bila hujan lagi cepat membiak.sedap buat ulam

Anonymous said...

bru je lpas tgk cite blk kg....
rasa2 mcm knal je
mmg cte2 old skool sempoi

Anonymous said...

sy ada cuba nasib menanam kacang ni..tapi tak bernasib baik sbb tak pernah dapat makan.. sebabnya tuan tanah kedaung pandai sangat suruh pokok panjat pokok rambutan,..buahnya mencecah awan. Sedap betul buat kerabu campur taugeh dan letak cekur..(sambil lap air liur) Rie, JB

Anonymous said...

salam

kebaikan akar kacang botor ni ialah menjadi ubat untuk org keguguran. rebus dan bagi minum air nya. waktu saya keguguran dulu, doc kata tak da ubat untuk keguguran sdgkan ianya lebih teruk dari org bersalin, tapi org tua2 dulu syorkan akar nya sebagai ubat, alhamdulillah saya sihat dgn mengamalkan air rebusannya.

Anonymous said...

kita panggil kacang botol. betul la

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...