Wednesday, June 15, 2011

KACANG BOTOR GORENG BELACAN







Ada orang panggil kacang botor, ada kata kacang botol sementara omputih panggil four angled beans. Apapun nama yang dia orang panggil, ia tetap sejenis sayuran dari keluarga kekacang, yang sedap digoreng, dibuat kerabu dan dimakan mentah sebagai ulam. Setuju tak?

Kjee kenal sayur ni dari kecik lagi. Arwah mak selalu goreng dengan udang kering. Guna ikan bilis pun boleh. Tapi Kjee suka kalau digoreng bubuh belacan. Tapi kalau hari malas melanda, Kjee goreng guna chicken cube, chicken granules atau bilis cube. Mudah jer. kan. Nak pedas, ketukkan cili api dan campakkan ke dalam sayuran yang hampir nak sedia dimasak.

Kali ini Kjee buat, eh bukan Kjeelah, tapi Nadia. Dia buat ala kangkung goreng belacan. Sedap makan dengan lauk kari ikan dan nasi panas2. Kalau nak buat goreng belacan, mesti pedas2 sikit baru lah umpphhh.

Kita tengok resipi yang Nadia buat.

BAHAN2:

1 peket kacang botor (kira-kira 250gms) - hiris serong
cili api (suka hati banyak mana)
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih

CARA:




Tumbuk cili api, bawang putih, bawang besar dan belacan. Kemudian tumis sampai naik bau. Anak dara Kjee kalau buat, habis satu kampung bersin. Kjee selalu jerit..hoi pelankan api. Dah pelanlah ni,..dia jawab. kalau api pelan, takkanlah sampai bersin satu kampung. Senyap dia.

Pastu bubuhlah sikit air (kira-kira dua atau tiga sudu jer). Kacau biar mendidik sekejap dan bubuhlah kicap manis atau nampla. Nak bubuh garam pun boleh. Kalau guna aji pun boleh bubuh. Kemudian masukkan kacang botor yang telah dihiris serong.

Masaklah ikut suka. Ada orang suka setengah masak. Sedap dan ranggup. Ada yang suka terlebih masak. Suka hati korang. Korang yang nak makan kan. Dah masak, padam api.

Sekarang ni musim ikan mahal, banyak2 lah masak sayur. Tapi kalau anak2 tak suka makan sayur, tak dapat den nak nolong. Hehehe

2 comments:

sharifah rosidah said...

kacang botor memang sedap kalau digoreng kalau letak udang pun sedap.

mama iffaheem said...

Mmmm...thanks akak for the recipe :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...