Saturday, September 8, 2012

SWEET CORN FRITTERS WITH UDANG





Bekfas kami pagi ni. Rancang buat tak banyak sebab saja nak alas perut sebelum pergi kenduri kahwin jap lagi. Tapi bancuh punya bancuh, terbanyak pulak. So separuh daripada batter nya Kjee simpan dalam fridge. Boleh goreng petang atau malam nanti.



Hari ini Kjee buat guna jagung manis beku yang dalam peket. Ntah apa jenamanya tadi. Kjee hangkut masa gi Hero Market hari tu. Unclepali suruh beli sebab dia nak suruh Kjee buat jagung kukus macam yang selalu orang jual kat RnR dan kawasan2 yang sewaktu dengannya. Yang dikaup dalam kukusan yang berwap tu.

Tapi dek kerana teringin nak makan Sweet Corn Fritters ewah sweet jer bunyinya dalam bahasa omputih. Bahasa kita cekodok jagung,  Kjee pun cilok dekat dua cawan. Sepeket tu sekilo kot.

Sweet Corn Fritters ni, Kjee tengok ada satu chef Cina dari Indonesia buat dalam rancangan Asis Food Network di Astro. Dia bubuh banyak jagung, bubuh daun bawang hiris (dia orang panggil green onions) dan serbuk cili. Chef tu buat ala2 cucur udang dan digoreng garing. Pastu makan dengan sos cili.



Dulu pun Kjee dapat idea nak buat cekodok jagung ni apabila maid jiran Kjee buat. Dia tumbuk bawang dan bilis serta cili api yang banyak. So hasilnya, sangat pedas dan sedap. Sebelum itu, Kjee ingatkan, kalau jagung manis kenalah buat kuih manis. 

Anyway, ini bukan kali pertama Kjee buat. Hari tu Kjee buat guna sotong. Klik sini.  Tapi hari ni Kjee bubuh udang. Dan Kjee bubuh banyak jagung sampai rasa jagung lebih dari tepung. Ala untuk makan sendiri, suka hati kitalah kan.

Pastu ditumbuk bawang besar sebiji dengan segenggam cili padi. Kjee jugak masukkan segenggam hirisan daun bawang. Campur semua dan bubuh garam dan pak aji. Sukatan tepung Kjee agak2 jer. Oh ya tadi Kjee bubuh gak sebiji telor.

Masa nak goreng baru Kjee susun udang dalam senduk, kaup batter jagung tadi dan curah dalam minyak panas dalam kuali. Goreng guna api sederhana sampai garing. Toskan cekodok yang telah digoreng dalam tapisan yang telah dilapirkan dengan kitchen towels.

Pastu makanlah dengan sos cili kalau suka. Actually, sedap dimakan begitu sahaja.

Kalau ada yang tak suka jagung, boleh gantikan dengan hirisan kobis ataupun bayam. Serius ni. Kjee pernah tengok maid Indon jiran Kjee tu buat.


6 comments:

radiah said...

my favorite yummy

Anonymous said...

Kalau sy kan Kak Jee.....sy ambil jagung tu, tambah lettuce, carrot dan timun untuk jadikan salad. Makan dgn non-oil dressing. Jimat masa, dpt vitamin fresh (vitamin sayur tahan suhu tertentu saja) dan tiada minyak dlm badan. Maaf Kak Jee....sekadar nasihat untuk diri sendiri dan Kak Jee yg disayangi.

ibh_sue said...

Asslmkum Kjee.
Cucur jagung paberet ni. Sue suka goreng nipis2 mcm akk tu jg. Biar garing, sedap sgt. ;D

Mat Gebu said...

Kak jeee....yang ini betul2 buat ku tergoda...nyaris2 ternoda pun yea jugak....

Niza Romli said...

amboii sedapnya kak jee kalo dpt mkn petang2 gini. pehh meleleh air liur sy.

Anonymous said...

kat tawau, sabah, kami panggil bergedil jagung. Selalu buat bila ada kenduri. Memang sdapla.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...