Pages

Saturday, May 25, 2013

CHICKEN & MUSHROOM POT PIE VERSI KJEE




Oleh kerana teringin sangat nak makan Chicken Mushroom Pot Pie, hari ini Kjee buat lagi tetapi Kjee tak guna canned mushroom soup macam Kjee buat dulu. Kjee buat roux sendiri. Hasilnya, sama sedap. So lain kali tak payahlah bubuh mushroom soup macam kat sini

Kjee juga buat ubah suai puff pastry jenama Kawan yang Kjee gunakan. Kjee roll sikit puff pastry itu guna rolling pin, baru diletak diatas ramekins yang telah diisi dengan inti chicken mushroom.  Kjee buat begitu sebab tak nak bagi pastry itu naik tinggi sangat macam gambar di bawah.


Boleh jugak letak saja puff pastry atas ramekins tanpa digelek


Untuk chicken pot pie hari ini, Kjee dadu satu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Kemudian Kjee panaskan periuk dan letak butter serta sedikit minyak jagung. Apabila butter dah cair, Kjee masukkan bawang merah dan bawang putih. Setelah layu, Kjee masukkan kira-kira 1.5 sudu makan tepung gandum. Masak seketika kemudian masukkan kira-kira 1 mug susu segar.

Setelah mendidih, Kjee masukkan kira-kira 1 mangkuk isi ayam yang telah Kjee rebus dan carik2. Gaul rata. Kemudian masukkan 4 cendawan shitake yang telah direndam lembut dan hiris. Masukkan jugak 1 cawan mixed vege.

Kacau hingga rata, lepas tu masukkan 1 kiub ayam Knorrs dan 1 sudu kecik lada hitam. Kjee tak bubuh garam tapi kalau korang suka, bolehlah. Apabila sudah pekat, padamkan api.

Bahagikan inti ayam tadi ke dalam mangkuk ramekins dan sejukkan seketika.




Panaskan oven.

Keluarkan puff pastry Kawan secukupnya. Apabila sudah lembut suhu bilik, tabur sedikit tepung dan roll out  guna pengelek. Kemudian diletakkan kemas2 atas permukaan ramekins dan letakkan sekelilingnya. Tebuk lubang kecik diatas pastry untuk keluarkan wap dan diberuskan sedikit susu segar diatas pemukaan puff pastry itu. Boleh jugak guna telor.

Bakar dalam oven dengan suhu 180 selama 10 hingga 12 minit.

Makan ketika suam.

KALAU NAK ORDER RAMEKINS, SMS KJEE 0126780501.






4 comments:

cikNor said...

hurmmm...yummylicious...naseb lah k.jee duk jauh dr nor klu tak dah smpi dpn pintu ni nak mintak satu...heheee

Anonymous said...

yum yum...sedapnyaa...terlio saya:)

Amanda Suria said...

ya allah bestnya...

Kem Mirza said...

Baru belajar nak berblog. Belek-belek blog jumpa blog kakjee...wahhh handalnya kakjee masak. Banyak sekali resipi yang boelh bagi ilham... seronok singgah sini

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...