Pages

Tuesday, July 9, 2013

AIR TEBU PERISA NAJIS BINATANG?

Ikut harga lama, lesen satu tapak RM300,. Ada yang amik sampai 3-4 tapak! Tahun ni harga lama ke? Gambar ini UnclePali rakam kul 3 petang tadi


Pagi tadi, Kjee ajak UnclePali lalu di kawasan Pasar Juadah Baru di Taman Melawati. Kini ia tidak lagi di tempat letak kereta di kawasan masuk Taman Melawati. Tapak yang Kjee pernah jadi peniaga ketika bulan Ramadan selama 3 tahun berturut-turut, empat tahun lalu, kini sedang dibangunkan oleh Sime Darby untuk dijadikan business park.

Berpuluh tahun rasanya peniaga Melayu yang beragama Islam mencari rezeki di bulan Ramadhan di situ. Dan beratus ribu rasanya pengunjung pernah ke sana dalam tempoh berpuluh tahun itu untuk membeli juadah berbuka puasa atau sekadar mencuci mata.


Tapak sudah ditanda tapi peniaga buat kemah atas longkang!


Kali ini, Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah memindahkan peniaga2 ini ke kawasan yang langsung tidak strategik di Taman Melawati. Sekangkang kera jer tempatnya. Langsung tertutup selera hendak ke sana nanti. Bayangkan jalan yang sempit itu akan menjadi lagi sempit dengan kereta2, van dan motor yang akan parking sesuka hati. Ini tidak termasuk kenderaan peniaga.

Tahun ini nampaknya, peniaga pasar Juadah Taman Melawati tidak begitu ghairah memacak kemah macam tahun2 yang sudah2 di tapak lama. Kalau di tapak lama, pagi2 lagi sehari sebelum 1 Ramadhan, mereka dilihat sibuk memacak kemah dan yang sewaktu dengannya sebagai persediaan untuk meniaga esok. 



Gambar ini dirakamkan sekitar jam 11 pagi, 9 Julai 2013 di tapak Pasar Juadah Taman Melawati


Tetapi paling mengejutkan apabila Kjee ternampak longgokkan tebu ini! Awal2 lagi dia dah letakkan batang2 tebu untuk diproses esok. Tidak hygenik langsung! Untuk pengetahuan semua, kawasan ini adalah port anjing2 liar dan jugak kucing2 tanpa Tuan, berkeliaran. Binatang lain seperti tikus dan monyet jugak memang banyak.

So korang bayangkan sekiranya ada binatang yang tersebut tadi ketika lalu lalang di situ, tetiba rasa nak buang air kecik. So esok, air tebu akan ada perisa kecing anjing, kucing dan jugak tikus!! Kencing Tikus?!!!

Pasti nanti ada yang kata, orang jual air tebu akan cuci dulu tebu2 yang telah dibersihkan sebelum dimesin. Well, kalau itu yang mereka kata, Kjee nak undang korang datang ke tapak Pasar Juadah Taman Melawati ini dan tengok sendiri kemudahan infrastruktur yang disediakan MPAJ. 

Ada ke paip berdekatan? Ada ke kemudahan lain seperti tandas awam bergerak dan sebagainya? Korang fikir ada peniaga air tebu yang kesah nak hangkut bergelen2 air, dari kawasan jauh mana, untuk tujuan mencuci batang tebu mereka?

Hati2lah. Haruskan kita dan keluarga kita minum minuman tercemar seperti ini. Kjee dah lama haramkan pembelian air tebu sejak Din Beramboi meninggal dunia dulu akibat minum air tebu yang dicemari kencing binatang itu.

Semua penjaga di Pasar Juadah dikehendaki menjalani Kursus Penyediaan Makanan yang dianjurkan oleh majlis tempatan di tempat masing2. Tanpa sijil yang dikeluarkan, mereka tidak akan mendapat lesen untuk meniaga. Apakah penjual air tebu yang longgokkan bahan mentah jualannya itu, tidak peka dengan kebersihan yang sepatutnya diamalkan?

Malaslah nak story panjang lebar lagi. Dulu Kjee pernah tulis di blog ini cerita yang sama. Korang bacalah sendiri yer. 



8 comments:

Irfa said...

igt lagi masa kecik,kalau nak minum air tebu
tebang tebu nenek.potong dan cuci bersih2
bawak gi kedai utk di mesin..sbb sendiri xde mesin tebu..so kebersihan di jamin ;)

Balqis Nazid said...

aduh kak gee kembangnya tekak saya tgk entry kali ni

Cik Nor said...

malang orang yang beli air tebu depa nih

izan yahia said...

Saya memang tak minum air tebu kak gee...sebabnya tebu ni akan serap apa saja cecair...mmg x lalu dek tekak tngk org2 nie letak tebu sembarangan!!

izan yahia said...

Saya mmg x minum air tebu....tebu ni jenis yg serap apa2 cecair yg ada...so sendiri mau ingat la kan...

Ryo Azhar said...

Takotnyaaaa...tak fikir kebersihan lah tu

ieda said...

saya ni kalau nak beli air tebu mmg perhatikan bagaimana tebu tu diletakkan...biasanya kat sini tebu2 dah dibersihkan dirumah (kulitnya dibuang separuh)...letak dalam karung plastik kemudian bawa ke kedai...anyway air tebu bukan kegemaran bulan puasa di rumah ni.

waiem said...

Lepas baca post ni mata saya melilau cari di mana tebu2 ditempatkan di bazaar ramadhan kat depan ofis saya. Tadi pagi masa nak ke ofis ternampak tebu2 ditempatkan di tepi tempat pembuangan sampah. Adohai...

Nasib baik saya bukan penggemar air tebu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...