Pages

Tuesday, July 2, 2013

AYAM PENYET TERAKHIR YANG KJEE MASAK NGAN UNCLEPALI






Hari ni buat Ayam Penyet for lunch. Masa makan tadi, UnclePali kata tak payahlah buat Ayam Penyet lagi. Leceh. Beli bukannya mahal...buang masa jer. Dia bebel sambil makan. Kjee macam biasa buat tak dengar. Karang layan lebih2 boleh perang sabil. Hehehe.

Memasak kena banyak sabar. Tak kesah masak apapun.  Nampaknya, lain kali nak buat Ayam Penyet kat rumah, kena tunggu hari Nadia cuti. UnclePali dah tak nak geng main masak2 dengan kita lagi. Apakah ini Ayam Penyet terakhir Kjee masak dengan UnclePali? Hehehe.

Pada Kjee masak Ayam Penyet taklah susah mana. Mula2 masak nasi. Pastu rebus tulang ayam buat sup, bubuh kobis. Rebuslah sejam dua. Ini untuk buat sup kosong sampingan.

Pastu blend jintan manis, jintan putih dan ketumbar sampai halus. Campur dengan serbuk kunyit dan garam. Asingkan sebab ini nak buat perapan ayam dan juga tempe.



























Bersihkan ayam, toskan dan perapkan dengan  rempah tadi yang dah dicampur sedikit air. Simpan kejap dalam fridge.

Pastu siapkan sambal Jawa. Goreng bawang besar, cili padi, cili merah dan tomato separuh masak. Keluarkan. Goreng pulak segenggam ikan bilis dan sekeping kecik belacan. Pastu tumbuk separuh halus semua bahan2 gorengan tadi. Tepikan.

Kemudian potong tahu dan tempe. Simpan rempah perapan ayam tadi sikit dan lumurkan pada tempe. Goreng. Asingkan.

Last sekali goreng ayam sampai garing. Itu jer.

Opppsss nanti kejap. Betullah banyak kerja. Patutlah UnclePali benggang tadi. Hehehe.

Kjee jugak buat sambal terung sebagai lauk sampingan. Camner UnclePali tak marah kan. Makan sekejap jer. Persiapan dekat sejam setengah.

Resipi korang klik sini yer.






7 comments:

Mas Michiko said...

wowwwww sgt menarik! my fav tu kak jee... mesti kena cuba ni

wanie said...

Assalamualaikum...suspent jer baca tajuk besarnya..!!..sedap tu ayam penyek Kak Jee..

Mat Gebu said...

Hahah...betul kak, makan sekejap je...nak menyediakannya...ya Allah....terseka jiwa raga dan batin...

Anonymous said...

salam
maaf isu kalau bunyi komen saya off sikit.
actually kalau orang lelaki tolong keja rumah takpayah nak maid. anak anak hantar kat nursery.
kerajaan pon kena la buat sesuatu mengenai pusat jagaan setempat disseluruh negara.
org kita kena ubah cara hidup..ie buat sendiri.
actually org kita esp the men are spoilt. suma harapnorg ppuan je ..mau tak letih.
coba kalau tugasan dirumah dibuat sama. mestinringan.
kat ingerland ni org kaya je pakai maid.tu pun lebih kurang sbb dia kena tanggung kos dantax semua.
sbb tu omputih yg betul betul.kaya raya je pakai nanny. utk buat amik anak sekolah jaga anaknkecik.
yg berpangkat tinggi pon hantar amik anak gi sekolah tadika nursery. lagi lak ada naik bas. pangkat besar gaji setahun 100 k. dah tu potong rumput pon buat sendiri ...gardening. cuci baju sidai baju laki meka tak kekok pon. pergi keja bawak packed lunch lagi. siap pack sendiri.ada tu. mereka lelaki.
kalau cuci.jamban,bilik mandi tiap minggu tu takde hal. lagi lagi.cuci dishes kemas dapur tu mcm breezes tak kekok langsung.kalau apa apa always consider....ssiap ckp sory aku kids duty.etc. amik anak..mandi bero makan so tak kekok.padahal lki bini kerja makan gaji.
kenapa.org kita tak bleh? klu tgk org kita yg dtg ingerlnd ni harap nak ssopping je.dokla rumh mahl.genap 6bulan berkerak grdencm hutan.perangai org kite ni mcm org arab ..takleh buat sendiri..
so rely lah pd maid.
maaf but that is happening..

z

Anonymous said...

Betul jugak tu, saya setuju. Tapi memang ramai lelaki Melayu tak tolong isteri.. Didikan di rumah sejak kecil pun main peranan, suami kalau basuh pinggan pun, mak mentua dah jeling bising2. Konon2 anak yang ditatang penuh tu sebelum kahwin manja, satu kerja tak buat. Bila dah kahwin, buat kerja, mak mentua bila datang rumah tengok mulalah konon tak suka tengok anak lelakinya basuh pinggan. Ini jadi pada saya.. XXX Miera

Anonymous said...

helo suma,
ni pasal maid eh? kalau laki buat tugas spt dibawah takyah maid.
sapu lantai ,mop lantai,basuh baju dlm mesin,jemur , gosok,kemas rumah cuci dapur, basuhpinggan piuk belanga,cuci tandas n bilik mandi, longkang, luar rumah,tingkap. isteri boleh masak jaga anak etc. suami juga boleh jaga anak masa binj memasak. kenapa benda lasak berilaki ? sebb lelaki kuat kudrat. masak ikut turn. lipat bajy either husban atau wife.
anak anak dilatih dari kecil umur 5,6 tahun jgn kecah. umur 6-7 ajar tolong buat tugas ringan.tak kira laku ppuan. ajar basuh kasut sekolah, bazuh pinggan mangkuk cawan sndiri.
ajar basic housekeeping...siram pokok tiap ptg, sapu daun kering.etc klu bapak buat anak pun ikut.
kita kena ubah mindset anaklaki takboleh buat keja rumah. ajar dari awal maka mereka mampu multi tasking dan latih sifat.
btul kata diatas kita suka benau ikut resam arab. takperlu.islam buka ikut style arab. arab mmg pemalas..dan kurang teliti dlm kebersihan.
klah kita tak nak anak kita inherit masalah maid ajar mereka basic dan disiplin. jgn malas. so bila dia besar jika tak succesful n tak mampu ada babu dia tahu dan boleb buat sendiri.bukan tenet tgk tv sport channel ego too big to do thd hse work...

Nur Najihah Hamidi said...

sedapnya kak jee....nk buat cam ni lah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...