Pages

Tuesday, July 2, 2013

BAYARAN RM8-RIBU SEBAB KOS2 TERMASUK 200 JAM LATIH AMAH





Tak lama lagi ramai gamaknya wanita yang berkerja meletak jawatan kerana tidak mampu membayar RM8-ribu untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

Atau kalau tak mampu tetapi tidak sanggup ikut perut atau melihat dapur tak berasap nanti kalau berhenti kerja, kena ambil pulak amah2 Indon yang tak ada permit.

Dan disinilah bermulanya masalah demi masalah. Anak2 didera, benarkan 'perampok2 masuk rumah ketika majikan tiada' dan seribu satu masalah lain termasuk membunuh majikan atau kebas suami majikan hehehe.

Jadi sebenarnya, meletakkan harga sebanyak RM8-ribu itu tidak menjamin masalah amah2 Indon ini akan berakhir. Dulu ada ura2 nak latih amah2 dari negara bukan Indonesia? Takkan rancangan tinggal rancangan sahaja?

Kenapa sampai RM8-ribu? Well, dia orang kata, kos nak latih amah2 tu sehingga 200 jam sebelum datang sini dan sebagainya. Sampai 200 jam? Habis tu, mereka datang sini, semua dah pandai serba serbi ker? Ada majikan yang sanggup cuti seminggu dua hendak latih amah2 mereka yang baru sampai. So, amah2 ini harus bayar balik kepada majikan latihan yang mereka terima di sini. At least berbaloilah amik cuti kan.

Memang Kjee pandai jer cakap sebab dah lama tak guna khidmat amah Indon. Tetapi kenapa aku kena bagi suggestion sedangkan ada Kementerian yang dikuhuskan jaga ini semua. Mereka telah menggaji ramai 'pemikir'. So, kerahkan pemikir2 ini semua!

3 comments:

Anonymous said...

Betul Kjee.konon latih 200 jam, tp bile dtg sini membute, melantak je lebih.sudahnya tuan rumah buat semua keje.Org2 'besar' ni senang laa nak kuar duit.nak amek 10 amah pun, ape diorang kisah.....

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Sy pn x setuju kos 8ribu tu. .bg sy x logik..kos tmbg?..sy x prcaya la ejen ni nak beli tikit yg mas or air asia yg mhl..klu asa yg murah yg tu la d ambik..klu x pn iku jln laut..latih?..pn sy x prcaya..bole prcaya..lg la. .x mnjamin pn kpd majikan even byr 8ribu..brapa byk kos ejen yg da d byr tp tetap byk kes jenayah by amah2 ni yg x d kecoh2 kn pn..tp if amah d dera yg tu heboh seantero dunia walhal kes terpencil shj..kes majikan jd mngsa lg byk..knp "kera d utan d susu kn..anak d rmh d biar klprn"..

Khadijah Firdaus said...

bagi saya... saya setuju sebab kos amah ni masih lagi paling rendah dalam dunia... nak dibandingkan amah dari new zealand dan uzbekistan tu lagi mahal. Alhamdulillah kita duduk Malaysia yang aman, makan minum barang2 semua murah2... tambahan tiada lagi perang. kalau rasa harga rm8000 ni mahal, jangan lah nak menggaji amah. duk umah sendiri buat. kita asik bising2 kata nak tu nak ni tapi nak bayar perkhidmatan nak murah2... apa lah sangat RM8000 tu? yang penting syukur Alhamdulillah

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...