Tuesday, July 2, 2013

BAYARAN RM8-RIBU SEBAB KOS2 TERMASUK 200 JAM LATIH AMAH





Tak lama lagi ramai gamaknya wanita yang berkerja meletak jawatan kerana tidak mampu membayar RM8-ribu untuk mendapatkan pembantu rumah dari Indonesia.

Atau kalau tak mampu tetapi tidak sanggup ikut perut atau melihat dapur tak berasap nanti kalau berhenti kerja, kena ambil pulak amah2 Indon yang tak ada permit.

Dan disinilah bermulanya masalah demi masalah. Anak2 didera, benarkan 'perampok2 masuk rumah ketika majikan tiada' dan seribu satu masalah lain termasuk membunuh majikan atau kebas suami majikan hehehe.

Jadi sebenarnya, meletakkan harga sebanyak RM8-ribu itu tidak menjamin masalah amah2 Indon ini akan berakhir. Dulu ada ura2 nak latih amah2 dari negara bukan Indonesia? Takkan rancangan tinggal rancangan sahaja?

Kenapa sampai RM8-ribu? Well, dia orang kata, kos nak latih amah2 tu sehingga 200 jam sebelum datang sini dan sebagainya. Sampai 200 jam? Habis tu, mereka datang sini, semua dah pandai serba serbi ker? Ada majikan yang sanggup cuti seminggu dua hendak latih amah2 mereka yang baru sampai. So, amah2 ini harus bayar balik kepada majikan latihan yang mereka terima di sini. At least berbaloilah amik cuti kan.

Memang Kjee pandai jer cakap sebab dah lama tak guna khidmat amah Indon. Tetapi kenapa aku kena bagi suggestion sedangkan ada Kementerian yang dikuhuskan jaga ini semua. Mereka telah menggaji ramai 'pemikir'. So, kerahkan pemikir2 ini semua!

Related Posts:

  • BERARAK MENDUNG KELABU.... Kalau dalam kereta sebelum sampai ke destinasi, nampak langit yang sarat barat dengan awan hitam macam ni, punyalah risau. Foto2 ini dirakamkan sekitar jam 4 petang di Petaling Jaya, beberapa hari lepa… Read More
  • MISI KEMAKNUSIAAN KP1M TIBA DI GAZAUPDATE GAZA GAZA: Selepas menempuh perjalanan selama 34 jam dari Kuala Lumpur dan melalui begitu banyak pusat pemeriksaan keselamatan, akhirnya misi kemanusiaan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) tiba di kawasan kedia… Read More
  • MALAYSIA SERI 1 GOL DENGAN THAILAND Pemain Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo meraikan jaringan pertama bersama para penyokong pasukan Harimau Malaya ketika menentang Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia men… Read More
  • RAKYAT PALESTIN BUKAN SPECIES MEMINTA MINTA!UPDATE GAZA Kanak2 Palestin gembira dengan kedatangan insan prihatin Malaysia  Begitu teruja Kjee baca berita yang disampaikan oleh Afdlin Shauki yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke Palestin sejak Isnin lepa… Read More
  • 400 PERDERMA DARAH DIPERLUKAN SETIAP HARI! Apabila baca berita mengenai kempen2 derma darah, hati Kjee selalu terusik. Di zaman muda Kjee, kerja Kjee adalah mengunjungi Bank Darah HKL untuk menderma darah. Tiga atau empat bulan sekali Kjee akan pergi derma. Kje… Read More

3 comments:

  1. Betul Kjee.konon latih 200 jam, tp bile dtg sini membute, melantak je lebih.sudahnya tuan rumah buat semua keje.Org2 'besar' ni senang laa nak kuar duit.nak amek 10 amah pun, ape diorang kisah.....

    ReplyDelete
  2. Sy pn x setuju kos 8ribu tu. .bg sy x logik..kos tmbg?..sy x prcaya la ejen ni nak beli tikit yg mas or air asia yg mhl..klu asa yg murah yg tu la d ambik..klu x pn iku jln laut..latih?..pn sy x prcaya..bole prcaya..lg la. .x mnjamin pn kpd majikan even byr 8ribu..brapa byk kos ejen yg da d byr tp tetap byk kes jenayah by amah2 ni yg x d kecoh2 kn pn..tp if amah d dera yg tu heboh seantero dunia walhal kes terpencil shj..kes majikan jd mngsa lg byk..knp "kera d utan d susu kn..anak d rmh d biar klprn"..

    ReplyDelete
  3. bagi saya... saya setuju sebab kos amah ni masih lagi paling rendah dalam dunia... nak dibandingkan amah dari new zealand dan uzbekistan tu lagi mahal. Alhamdulillah kita duduk Malaysia yang aman, makan minum barang2 semua murah2... tambahan tiada lagi perang. kalau rasa harga rm8000 ni mahal, jangan lah nak menggaji amah. duk umah sendiri buat. kita asik bising2 kata nak tu nak ni tapi nak bayar perkhidmatan nak murah2... apa lah sangat RM8000 tu? yang penting syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete