Pages

Monday, July 1, 2013

FISH n CHIPS DENGAN SOS TARTAR




Fish n Chips adalah 'comfort food' di England. Seringkali kita akan nampak kiosk atau kedai2 menjual makanan tersebut di TV. Malah, kengkawan yang ke sana jugak beritahu, ia antara fast food paling murah tapi halal ke tidak, Wallahualam. Ini adalah kerana kebanyakkan batter yang digunakan di sana, kini mengandungi beer sebagai bahan asas.

Masa Kjee google nak cari resipi authentic Fish n Chips, barulah Kjee tahu yang dia orang guna beer untuk merangupkan batter. So kalau ada yang nak cuba2 makan Fish N Chips di England kena hati2.

Anyway, kita pun ada cara kita sendiri untuk mendapat gorengan Fish n Chips yang ranggup. Ketika Kjee buat Lemon Chicken hari tu, batter nya tersangatlah ranggup. Dalam hati Kjee, bolehah guna batter sama  buat Fish n Chips. Kjee tak berapa gemar makan Fish n Chips yang biasa iaitu yang dicelup dalam bread crumbs dan pan fry.

So semalam, Kjee siapkan semua bahan2 untuk Fish N Chips ala Melayu. Kjee beli frozen Dory fish yang agak besar. Sekeping dekat 800gms. Kjee potong empat. Actually dalam perjalanan balik, dah fikir nak potong 8 pieces tapi ntah kenapa sampai rumah dah terlupa pulak.

Kjee guna 4 sudu besar tepung naik sendiri atau Self Raising Flour, 1 sudu besar tepung jagung dan 1 sudu besar tepung beras. Campurkan semua tepung dan bubuh garam ikut rasa sendirilah. Sedap kalau batternya masin sikit. Kemudian pukul 1 biji telor, campur dalam tepung bersama air. Lupa pulak nak sukat airnya semalam. Tapi consistency nya macam kita nak buat batter goreng pisang. Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Perapkan batter tadi di dalam peti ais selama 20 minit.

Bersihkan ikan Dory. Cuci sikit lebih kurang jer pastu guna Kitchen Towels atau Tissue yang bersih dan kering untuk keringkan ikan tersebut. Lumur dengan sedikit lada hitam kisar di kedua2 belah ikan dan simpan dalam peti ais.

In the meantime, bolehlah buat sos tartar. Fish n Chips kena makan dengan sos yang masam. Kjee google lagi resipi dan semuanya guna pickles atau jeruk timun. Ahhh tak payah layan. Kjee dadu kecik2 setengah biji bawang besar dan hiris sedikit daun bawang.

Selongkar peti ais cari Mayo jumpa jugak Sour Cream. So Kjee campur 1 sudu besar Mayo dan 1 sudu besar Sour Cream. Kalau tak ada sour cream pun tak kesah. Atau boleh gantikan dengan natural yogurt. Pastu Kjee bubuh jugak 1 sudu jus lemon. Kacau sampai rata bersama bawang besar dan daun bawang tadi, siaplah Tartar Sos Kjee yang sedap sangat pada tekak aku.

Kemudian Kjee process pulak Coleslaw. Cari mix vege dalam freezer rupa2nya tak perasan dah habis. So Kjee hiris dan cincang sedikit kobis dan setengah batang carrot. Campur dengan mayo, sedikit gula dan jus lemon. Siap dah aku punya coleslaw.

Dah siap itu semua barulah Kjee keluarkan batter dan ikan.







Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Kemudian bubuh kira-kira setengah cawan tepung dalam pinggan. Golekkan setiap keping ikan dalam tepung tadi ala2 membedak tapi jangan terlalu banyak sangat 'bedak'. Pastu celupkan dalam batter dan goreng. Pasti minyak betul2 panas tapi setelah separuh masak, perlahankan api. Goreng sampai golden brown. Angkat.

Hidang bersama coleslaw, sos tartar dan juga chips. Hah potato chips penting kalau tidak, namanya bukan Fish n Chips.

Sedap dan rangup. Dory Fish atau apa apa jua ikan yang sewaktu dengannya yang boleh dibuat Fish n Chips ,boleh didapati di kebanyakkan pasaraya terkemuka. Kjee beli di kedai frozen milik orang Melayu, Ultra Sepadu.

6 comments:

Ann Ishak said...

potongan ikan dori akak tu nampak macam ayam pulak :)

Anonymous said...

berseni sgt bentuk cili sos tu... :) ~ rdimple

Shahrizat said...

salain beer batter , kadang-kadang ada kedai yang jual fish and chips ni goreng dalam lard...itu pun kena hati-hati

MamaFaMi said...

Bunyi cam senanggggg je Kjee buat fish and chips ni. Tapi kalau tahap kerajinan tu menghampiri ke angka kosong, senang pun jadi payah. Tak pe, kita amek mood dulu tengok gambar fish and chips Kjee. Ahaks... boley gitewww....

p/s : Kita buat donut tu pun, entah angin apa yang tiup. Hehehe...

Kjee said...

Kalau you buat, 'kacang' jer MF.

Anonymous said...

hahhhh ... MURAH, BERSIH dan yang penting CONFIRM HALAL !!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...