Pages

Sunday, July 14, 2013

IKAN BAKAR DAUN KUNYIT DAN SAMBAL BELACAN





Ikan Bakar salah satu menu pembuka selera tak kira bulan Puasa atau tidak. Tapi rasa2nya masa berpuasa, sebut jer Ikan Bakar, harus meleleh air liur.

Kalau Kjee ke pasar Juadah, Kjee selalu elak lalu depan gerai Ikan Bakar. Satu, sebab iman cepat goyang dengan bau dan bila tengok ikan fav seperti ikan pari, terubuk dll sedang dibakar. Dua sebab kalau lalu depan gerai ikan bakar, habis baju dan tudung bau asap. Dan ketiga, Ikan Bakar yang dijual di Pasar Juadah, tersangatlah mahal.

Semalam, Kjee sebenarnya plan nak buat ikan Percik. Dah google pun resipi kat internet. Tapi bila time nak masak, ubah fikiran pulak. Oleh kerana UnclePali dah petik pucuk ubi, Kjee kata kalau lauk pucuk ubi masak lemak pedas makan dengan ikan goreng, sedap kan!

UnclePali tanya tak nak ke buat Ikan percik? Kjee geleng kepala sebab kureng rajin. UnclePali kemudian kata dia nak buat ikan bakar stail gerai Mat Teh Pasar Keramat.



Balut Ikan dengan daun kunyit

Lepas tu dibalut pulak dengan daun pisang



Kjee terus setuju sebab ikan bakar stail gerai tu memanglah sedap. Aroma masa ikan itu dibakar boleh goncang iman. Tapi nama jer Ikan Bakar. Kat gerai tu, dia orang bukan bakar guna arang tapi buat ala2 ikan panggang atas kuali leper.

Dah banyak kali UnclePali buat. Dia suka makan dengan sambal belacan bukan cicah air asam. Kat freezer hanya ada ikan Cencaru, ikan Siakap, ikan Tenggiri dan Pelaling (kembung kecik2). Tapi oleh kerana ikan Pelaling saja sudah direndam, UnclePali decide nak buat Ikan Bakar Ikan Pelaling jer.

Walaupun baru pindah rumah baru, tapi UnclePali dah tanam kunyit, serai, ulam Raja dan ada dua tiga lagi herba Melayu. Dia terus pergi ambil daun kunyit dan daun pisang.

Masa pergi makan di gerai Mat Teh, rasa aroma ikan yang dibakar yang semerbak wanginya adalah kerana dia orang guna daun kunyit.



Aroma yang enak banget ketika membakar. Masa bakar bubuhlah sikit marjerin.



UnclePali bungkus ikan yang telah diperap dengan kunyit garam, dengan daun kunyit. Pastu dbalut dengan daun pisang. Kemudian diletakkan atas grill pan. Kuali biasa pun boleh. UnclePali jugak guna marjerin Planta,

Masa bakar terpulanglah. Jangan sampai garing sangat. Nanti ikan rasa rentung. Tak sedap.

Layan gambar2 seafood bakar yang Kjee pernah buat dulu, di SINI.

Masa sahur pagi tadi, tak pernah dalam sejarah Kjee tengok UnclePali makan nasi sampai tambah dua kali! Semua gara2 ikan bakar yang hanya tinggal seekor lepas berbuka.




2 comments:

adda syuhada said...

sedapnya kak jee...

akmall said...

Kak Jee!! Tadi saya tengok cerita Balik Kampung kat TV3, tengok dalam cerita tu cam Kak Jee je, tapi rasanya memang kakJee kan? tahun berapa cerita tu kakJee,, kakJee time tu muda renta lagi, hehe,, tapi papepun, ikan ni memang nampak sedap!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...