Tuesday, September 8, 2015

PERLU SABAR BUAT SERUNDING SIMPUL KULIT POPIA








Sejak dari anak dara, Kjee ni jenis yang brutal. Tak reti duduk diam, buat kerja laju jer. Makan pun laju. Langsung tak ikut sunnah Nabi Muhammad saw yang ketika makan mesti kunyah betul-betul baru telan. Tapi seingat Kjee arwah Bonda ada kata, orang yang ketika makan suka amik masa yang panjang, maka dia juga slow melow buat kerja. Hehehe.

Walaupun Kjee memang tak sabar orangnya, tetapi arwah Bonda selalu puji Kjee. Dia kata bab baking biskut Raya, Kjee "tukang jaga oven yang hebat!". Ehhh bukan Kjee kata tapi arwah Bonda yang kata. Kalau dia buat biskut Raya, Kjee mesti dipujuk 'jaga oven'. Biskut dia akan cantik dan sekata dibakar. Hehehe.

Itu bab jaga oven lah kan. Yang lain, rasanya Kjee ni ganas. Nak cepat jer. Tak suka kerja terkebil-
kebil macam si Nadia. Kalau boleh Kjee nak siap dua tiga kerja dalam satu masa! Hehehe camner tu kan?!! Well, that's me!

Anyway, mukaddimah panjang lebar hari ni. Actually, Kjee nak story, bukan mudah nak buat Serunding Simpul ni guna kulit popia. Nampak memang senang tapi dah tiga kali Kjee buat, barulah Kjee benar-benar puas hati.



Potong 10cmx5cm. Tarik sehelai. Bab ni tak mudah

Letak secoet serunding daging kering

Gulung dan lilit kiri dan kanan

Kemudian disimpul


Kalau nak buat serunding simpul ini, kena siap sedia semua keperluan di sisi. Handfon, satu bekas besar air dan juga tissue. Kalau tidak, siksa badan berat cam aku ni nak duduk bangun, duduk bangun. Buat kerja ni, memang tak berbaloi dengan masa.

Kjee tabik spring kawan Kjee, Ilyana Aziz yang buat jualan Serunding Simpul Kulit Popia ni. Dia jual satu kilo RM40. Kjee rasa dia amik masa dua hingga tiga jam untuk menyiapkan 1 kilo!!! Serius ni! Jual hanya RM40! Sedih tak sedih kan!

UnclePali tak percaya Yana buat secara manual. Katanya, Yana buat guna mesin! UnclePali tanya dia hari tu dan Yana ketawa. "Semua buat dengan tanganlah UnclePali!" kata Yana. UnclePali geleng kepala. Kesiannya Yana.





Ini rupa yang dah siap



Tapi bak kata arwah Bonda, Kjee ni insan yang cukup penyabar di dapur, maka Kjee antara insan terpilih selain Yana untuk membuat Serunding Simpul Kulit Popia ni! Ewah macam real! Hehehe.

Hari ni Kjee buat tak banyak. Dalam ¼ peket kulit popia jer. Jenama? Mana yang sempat rembat kat supermarket. Serunding pemberian seorang sahabat pun tak banyak lagi. Tapi bila dah siap, pinggang macam nak patah.









Nak goreng jugak ada teknik. Panaskan minyak. Kemudian bila nak masukkan popia simpul ni, kena perlahankan api. Goreng sampai warna keemasan. Balik-balikkan. Kemudian tos atas tisu dapur yang berlapis-lapis untuk serap minyak. Kjee tukar lapisan tisu tu dua kali. Kemudian disejukkan selama satu jam. Barulah disimpan dalam bekas kedap udara.

Cara Kjee buat ini, jari kita langsung tidak akan berminyak bila makan. Kena sejuk lama sebab nak bagi dia kruk kruk dan tahan lama. Tidak mudah lemau.

Kalau korang nak buat tapi tak sesabar dan secekal Kjee atau Yana, baik korang beli ajelah. Ilyana Aziz (WA 012-3012649) atau mesej dia kat FB. Order jer kat dia. Harga satu kilo yang dia jual tu belum masuk pos laju, Yana juga jual Popia Sira yang pedas meletopssss dan sedap!! Hehehe.

UnclePali siap amik video lagi, step by step cara membuatnya. Tapi terlalu amatur video tu so Kjee reject. Tapi UnclePali kata okay. Hehehe.




4 comments:

MamaFaMi said...

Salaam Kjee. Kita kan, fail bab menyimpul ni. Agaknya jari jemari gebus bedebus tak sesuai kot nak menyimpul. Haha.. Bagus punya alasan. Tapi kalau dapat sebalang, duduk pulak depan TV, kejap je selesai sebalang!

Eiryz Eilyz said...

ha...ada pun cr nak buat...terima kasih k.G...ilmu berguna nih

Aishah Amin said...

wah dahsyat nya siap guna ruler gitu.. kita tukang makan je haha
Aishah

yanie yusuf said...

wah rajin nya. nak simpul tu kalu yanie mau pecah gak tu..


yanieyusuf

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...