Pages

Friday, October 23, 2015

TERUNG KONTOT GORENG BELACAN






Ini antara lauk wajib kalau kami pergi makan di Rest Group Base di Sri Damansara. Memang sedap sangat. Portionnya pun agak besar. Order satu pinggan, boleh makan empat orang. Nadia selalu ambil mangkuk polistyrene kat situ dan bawak balik seandainya tidak dapat dihabiskan.

Masa makan, Kjee tak pernah terfikir cara terung itu dimasak. Tiga hari lepas Kjee tanya Nadia. "Ala Mama ni. Kan Nadia pernah masak Terung Goreng Belacan. Mama kata sedap. Dah lupa ker?"

Oh ya ker? Yang sedap tu Nadia letak belacan ker?. Mama selalu buat letak udang kering goreng. Resipi DISINI. Ia antara lauk fav Kjee kalau beli terung kontot warna ungu tu. Masa makan, kruk kruk udang kering yang garing yang ditabur diatas terung tu masa nak makan.

Anyway, hari ni Kjee nak bagitau Terung Goreng Belacan pun sedap sangat. Selalu Kjee buat Kangkung Goreng Belacan jer kan. Hah kali ni korang cuba pulak Terung Goreng Belacan.

Oleh kerana tak pasti nak buat entri, maka Kjee tak sukat bahan-bahan masa masak. Tapi kalau korang guna 6 terung kontot yang sepanjang lebih kurang 5 inci tu, gunalah 3 labu bawang besar yang sederhana besarnya. Tumbuk bersama lima ulas bawang putih dan cili padi. Kjee suka pedas so Kjee guna banyak cili padi.









Setelah semua bahan-bahan tadi lumat, letak lah dalam dua inci belacan. Tumbuk lagi sampai sebati. Kemudian tumis guna dalam ½ cawan minyak. (Kjee tambah lagi satu sudu besar cili kisar).Tumis sampai garing, letak satu keping asam gelugor, garam dan sedikit gula. Kalau guna pak aji, tak perlu letak gula. Apabila dah garing, padam api.

Cuci terung dan potong ikut suka. Kemudian tos kering dan digoreng. Goreng separuh masak atau kedua-dua belah dah nampak brown. Tos dan masukkan ke dalam kuali sambal tu. Hidup balik api dan kacau sampai rata. Jangan ganas-ganas masa mengacau sebab terung tu akan hancur berderai. Apabila sudah cantik sebati, rasa dan hidangkan.

Kjee rasa masa Nadia buat dulu dia tak goreng terung tu. Tapi kat Rest Group Base, Kjee pasti mereka goreng dulu. Rasa-rasanya peria pun boleh dimasak seperti ini. Goreng dulu peria tu seketika. Nanti Kjee nak cuba buat.

Sedap makan dengan nasi putih panas dan ikan goreng jer. Selamat mencuba.







1 comments:

Shiela said...

Lauk favourite farrah ni.. Mmg sedap

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...