Sunday, April 24, 2011

267. Ulam Raja Goreng Sama Bilis



Ini bukan resipi orang kita. Maid Indon Kjee dulu yang ajar Kjee buat. Bila dah makan sekali, barulah tahu rupa2nya daun Ulam Raja boleh digoreng. Selalu orang buat ulam jer kan.

Ulam Raja kena rebus dulu selepas dipetik daun2nya. Rebus pun kena hati2 iaitu sampai ia lembut. Kalau tidak, ia menjadi liat dan tak berapa sedap. Tadi Kjee terlupa lak nak rebus sampai lembut. Maklumlah dah lama tak buat. So ada rasa liat sikit tapi sedap lah jugak. Selain itu, kena buat pedas sikit barulah berselera makan dengan nasi panas.

Oleh kerana Kjee dapat banyak permintaan dari mereka yang pelik sangat tengok ulam ini dibuat sayur goreng, Kjee bagilah resipi ni kat sini.

 ULAM RAJA GORENG BERSAMA BILIS


ulam Raja


BAHANNYA:

2 ikat ulam Raja
sejemput ikan bilis
cili api (ikut kepedasan)
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
sedikit kunyit serbuk









CARA:
Setelah rebus, diperah air dan ricik

1. Petik daun ulam raja dan rebus hingga lembus. Kemudian perah airnya dan ricik anggaran ½ inci.
2. Tumbuk cili api, bawang merah dan bawang puti hingga halus.
3. Kemudian masukkan ikan bilis yang telah dicuci dan tumbuk kasar2.
4. Tumis bahan tumbuk yang telah dicampur sedikit serbuk kunyit hingga garing. Kalau perlu masukkan garam tapi hati2 ikan bilis dah masin yer.
5. Kemudian masukkan ulam raja yang telah direbus dan dirick dan gaul hingga rata.
6. Terus masak sehingga semuanya sudah sebati.



Related Posts:

  • KACANG BOTOR GORENG BELACAN Ada orang panggil kacang botor, ada kata kacang botol sementara omputih panggil four angled beans. Apapun nama yang dia orang panggil, ia tetap sejenis sayuran dari keluarga kekacang, yang sedap digoreng, dibuat kerabu … Read More
  • BENING LOBAK PUTIH Sebut betul2. Bening bukan pening. Tapi ada orang pening makan Bening Lobak Putih. Kononnya sebab tak tahan baunya. Apa daaa...mana ada bau. Okay apa. Sedap sangat2. I Like. Musim panas kalau ada lauk ni kat rumah Kj… Read More
  • PERIA KATAK GORENG GARING Kjee tak pernah goreng peria katak di rumah. Selalu makan di kedai mamak atau restoren nasi daun pisang. Tapi pagi tadi apabila Kjee selongkar fridge jumpa pulak 5 biji peria yang dah tak berapa segar. Dah seminggu Kjee b… Read More
  • SAYUR CAMPUR CAMPUR Kjee tak seronok betul bila ada yang kata..'ala anak saya tak suka makan sayur, buat macam manapun dia orang mesti tak makan!' Issyyy kalau ada orang cakap macam itu, Kjee langsung tak salahkan anak2 yang tak suka makan sayu… Read More
  • DAGING GORENG KUNYIT Kjee selalu makan lauk ni tapi tak percaya buat. Pelikkan, menu semudah ini? Tapi untuk berbuka puasa semalam, Kjee cubalah buat. Inilah lauk pilihan kami bertiga kalau pergi makan di gerai orang Kelantan yang jual Nasi… Read More

9 comments:

  1. ulam raja bleh tumis rp nyer...x prnh try pn...slalu tgk wat ulam je...thanks kjee..

    ReplyDelete
  2. oo boleh dimasak upanya ya ulam ni.. menarik ni nak tau rasanya..;)

    ReplyDelete
  3. macam sedap je..hehe tapi x mint ulam2..hehe =)

    ReplyDelete
  4. assalam kakjee..oh ulam ni boleh buat sayur juga ya..mesti sedap ngan aroma daun tu

    ReplyDelete
  5. Selalu mkn dgn sambal belacan je..ulam raja ada tanam kt tepi rmh, blh cuba buat nanti. Klu tumis dgn belacan+cili padi pn sedap kot..

    ReplyDelete
  6. macam tumis picuk paku mmmmp sedap ni nak cuba bila off day ...norasmah

    ReplyDelete
  7. fes time tahu ulam raja bole masak.....mcm sodap jo...

    ReplyDelete
  8. salam...sy ad lg 1 resepi ulam raja ni..kjee goreng je ngn telur...kira ulam raja celup telur..mkn panas2...sedap...klu dh sejuk dh lmbik xbest dh..panas2 jadi rangup..sedap...

    ReplyDelete