Wednesday, April 27, 2011

277. Suami Curang Isteri Cari Video Lucah?

Sudah beberapa kali Kjee nak tulis mengenai isu ini tetapi berat sangat hendak mengetuk di keyboard. Kemudian apabila membaca berita ini di The Star Online pagi ini, Kjee beranikan hati untuk menulis walaupun hingga ke saat ini Kjee tidak tahu apa yang Kjee nak tulis.

Macam2 yang terlintas di benak fikiran Kjee. Dari seorang isteri yang sanggup carikan 'perempuan lain' untuk memuaskan nafsu suaminya supaya dia tidak ditinggalkan, sehingga kerakusan sang suami 'mengerjakan pembantu rumah' ketika isteri tiada di rumah.

Kena hati2 menulis sebab blog Kjee ini bukan eksklusif kepada yang sudah berkahwin sahaja. Apapun, bacalah dulu berita yang membuat Kjee terpanggil untuk menulis entry ini.

Maaf, ia dalam bahasa Inggeris. Yang tidak tahu berbahasa Inggeris, ia mengisahkan seorang jurutera wanita di Singapura yang sanggup belajar cara2 memuaskan suaminya, melalui video porno. Kenapa? Sebab takut ditinggalkan! Mengucap panjang baca kan?

AN ENGINEER saved her marriage using the “tricks” she learned from porn films, China Press reported.
The Singaporean said she started watching porn films after reading a pornographic magazine sent by her friend from Australia eight years ago.
However, she said, she became addicted to these films about three years ago after her husband started giving her the cold shoulder.
The 32-year-old said she learned many tips sexually and emotionally in managing a relationship from the films, and saved her marriage.

Bagaimanapun, jangan ada diantara korang yang hendak ikut jejak langkah wanita Singapura itu. Entahlah. Kjee memang tak sanggup menontonnya benda2 seperti itu. Senakal2 Kjee, Kjee hanya menonton buat kali pertama ketika sarat mengandung anak sulung Kjee dulu. Ada cerita kenapa Kjee pergi menontonnya. Tak payahlah tahu yer. Hehehe.

Anyway, dua tahun lepas, Kjee ada dengar cerita suami seorang penyanyi terkenal tanahair, mula keluar 'cari makan' kerana isterinya tidak pandai melayannya di ranjang.

Aduhhh sedihnya Kjee dengar. Itulah sebenarnya alasan lelaki mahu kahwin lagi atau curang? Suami artis itu memang sudah lama dikenali sebagai lelaki yang pantang lihat wanita berdahi licin. Dan dia mudah dapat. Satu kerana dia mampu dan dua sebab dia tersangatlah good looking! Tapi isteri, yang ketika itu baru dikahwininya ketika itu, juga seorang artis yang ckup cantik dan diminati semua jejaka2 tampan dan yang sudah boroi!

Kjee tak tahu apa tips nak bagi kepada mereka yang mempunyai suami yang korang syak curang. Kjee kata syak curang sebab tidak baik menuduh sehingga kita nampak dengan mata kepala kita sendiri, kan?

Perkara ini cukup sukar hendak dibincangkan. Kalau suami sudah 'mula makan luar' tiada apa yang boleh kita lakukan cuma memanjatkan doa ke hadrat allah swt supaya pintu hati dia ditutupkan kepada 'aktiviti luarnya' itu. Kalau tak reti cara nak doa, jumpalah mereka yang lebih pandai. Carilahlah ustzah ke ustaz ker. 

Oh ya pasal kes seorang isteri yang carikan suami dia perempuan2 lain untuk puaskan nafsu suaminya yang 24jam sehari ingatkan bende tu jer, sangat menyayat hati. Kjee dapat jumpa wanita ini masa kerja sebagai wartawan di akhbar Mingguan Utara dulu.

Kerana kesian dan 'terhutang budi' kepada isterinya itu, suami itu tidak jadi menceraikan isterinya. Dan mereka masih suami isteri hingga ke hari ini. Tetapi Kjee tidak sanggup hendak bertanya isterinya samada dia masih buat kerja2 'supply pompuan' kat laki dia.

Okay itu je lah yang Kjee sanggup tulis. Have a nice day!!

12 comments:

  1. salam kak jee..

    people will do anything.. sacrifice everything for the loved ones..

    hal ni susah nak comment.. terpulang pada diri masing2 untuk menangani nya.. apapun.. isteri harus banyak2 bersabar.. muhasabah diri.. bertindak dengan akal fikiran yang waras dan hati yang tenang.. tiada apa dapat merubah perkara yang sudah berlaku.. tapi.. setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya.. think positive.. act positive..

    ~ nana ~

    ReplyDelete
  2. kekadang bila baca-baca macam ni rasa seram sejuk nak kawen kakjee..ye lah kita stil ltak leh baca perangai sebenar pasangan kita.....minta-minta allah jauhkan dari perangai pasangan yang tak elok..amin

    ReplyDelete
  3. wah kjee... sampai ade cam tu sekali ek.. ini dinamakan lelaki yang xbertanggung jawab.. kalau nafsu tu kuat sanagat, kawin la lagi kn... daripda wat zina baik secara halal kn....

    ReplyDelete
  4. hah itulah orang lelaki. jalan senang kahwin lagi agar elak zina. mampu ke nak kahwin lagi Top? hehehe

    ReplyDelete
  5. kawin berlandaskan nafsu je nii..lelaki xbertanggungjawab..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum KJee,
    Issshhhh setianya si isteri walaupun suami macam ni, rasanya tak perlulah sampai ke tahap itu melayan kehendak suami, giler tu.

    Saya pun seperti KJee juga pabila suami melangkahkan keluar dari rumah mencari rezeki, dia adalah hak semua, hanya doa yg saya pohon agar perjalanannya diberkati dan dijauhi dari godaan manusia2 dan bisikan syaitan di sekelilingnya.......

    ReplyDelete
  7. Nauzubillah minta dijauhkan perkara sebegini berlaku lam diri kiter.. Mudah-mudahan hidup kiter sentiasa diberkati NYA.. Amin

    ReplyDelete
  8. ada sorang kawan nama dia nor jugak satu pejabat dengan nor rumah dia di damansara suami nya bisnesman mereka tinggal berdua je nor p rumah tu bila kawan ajak waktu suami dia p outstation rumah tu besar ade 5 bilik 1 d bawah 4 d atas bilik bawah dia bg sewa kat seorang lelaki keje mara...3 diatas pada budak pompuan le, kawan nor ni punya le baik siap memasak untuk si penyewa2 d rumah tu...sampailah satu hari dia terasa satu kejadian pelik telah berlaku d rumah tu....maka jadi lah kami berdua penyiasat tak bertauliah memulakan tugasan mengintip ...intip punya intip terbomgkarlah satu kisah s penyewa lelaki ni jadi broker dan barua kepada si suami menyambungkan silahturahim dengan penyewa pompuan d atas siap ade adegan lagi maka hari tu terjadilah perang besar ....ini nak kat ape makan luar ke makan dalam...norasmah

    ReplyDelete
  9. salam kak jee
    dasyat betul penangan cerai ni yer.kenapa begitu cetek ilmu perempuan tu padahal dah belajar tinggi2.tp ok lg klu dia buat utk suami dia aje tp buat nya dia lak yg dah jd addicted dgn benda2 mcm tu time tu suami lak yg takde tak ke haru namanya.itu lah kadang2 org zaman skrg dah mula ikut nafsu bkn lagi akal

    ReplyDelete
  10. saya pun ada sedare yg dah tau suami miang gila2, pantang tgk dahi licin, mentang2 dia hensem....bini pula gemok gedempol...sb laki hensem, bini syg gila, sanggup pejam mata kecurangan suami sendiri.....donia..donia!!

    ReplyDelete
  11. nilah hikmah agama islam suruh letakkan Allah dan Rasul ditempat pertama, kedua. Then yg ketiga baru suami! so, bila suami buat dosa melampau..takle kita terlalu syg sampai merelakan je.

    DIA BUKAN CINTA NO. 1! Bacalah tulisan blog berikut sbg peringatan & penyejuk hati2 yg sdg terluka..http://genta-rasa.com/2011/04/11/dia-bukan-cinta-nombor-1/

    apapun, kalau terkena pd diri sendiri..mmg amat berat utk menanganinya.

    ReplyDelete
  12. dua dua aku tak sanggup samaada nak crikan perempuan untuk suami atau bagi dia tengok cerita biru tu, kalau dia buat tanpa pengetahuan aku di tanggung lah diakhirat nanti.

    ReplyDelete