Sunday, June 12, 2011

GULAI AYAM GAYA PAHANG





Biasanya kjee buat Gulai Pahang ni, Kjee  bubuh daging tapi hari ni ubah bubuh ayam pulak. Sama jer, kita yang buat dia kan? Satu hari nak try buat bubuh ikan tenggiri atau ikan parang. Mesti sedap jugak kan?

Gulai Ayam Pahang ni bukan buat hari ni. Tapi macam biasa hari tu malas nak upload entry. Banyak kerja lain. So bila free, Kjee masukkanlah. Gambar tak basi kan? Hehehe.

Gulai ayam Pahang ni kena buat pedas sikit kalau tak, kureng sedap. Sebab itu orang N9 kalau buat mask lemak pedas menyinga. Baru kow. Tapi terserahlah kepada citarasa masing2 kan?

Bila Kjee buat gulai ni, ramai kengkawan di kalangan orang Pahang terkejut sebab tak tahu pun ada gulai Pahang. Ntahlah. Kjee belajar buat dari orang Pahang. Dia kata Gulai Pahang. Kjee pun katalah gulai Pahang. Resipi ni ehsan seorang wanita yang Kjee kenali sebagai Mummy, isteri kepada pengarah Yassin Salleh.

Jom intai resipinya.

BAHAN2NYA:
½ ekor ayam (dipotong ikut suka)
cili api (ikut citarasa)
1 labu bawang besar (kalau bawang merah gunalah 4 biji)
2 ulas bawang putih
1 sudu ketumbar biji
1 sudu jintan manis
½ sudu jintan putih
1 asam keping
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup (boleh bubuh kunyit serbuk)
1 batang serai
1 cawan pati santan
1 helai daun kunyit
2 biji kentang

CARA MEMBUATNYA:
Ayam dipotong suka hati dan dicuci bersih. Kemudian toskan. Cili api, bawang merah, bawang merah dan kunyit hidup dikisar basah sampai halus. Sangai jintan manis, ketumbar dan jintan putih seketika. Kemudian dikisar kering.

Panaskan kuali/periuk. Tumis bahan kisar basah sampai wangi. Masukkan bahan kisar kering dan tumis sampai semerbak wangi satu kampung. Pastu masukkan ayam. Masak dan balik2kan hingga ayam kecut. Bubuhlah sedikit air dan juga kentang, campakkan juga serai dan lengkuas. Pelahankan api.

Apabila kentang dan ayam sudah hampir empok, masukkan santan dan bahan perasa iaitu garam dan secubit aji dan asam keping. Didihkan seketika dan campakkan daun kunyit yang telah dicarik2. Apa lagi hah? Eh itu jer. Tunggu sampai cukup rasa, padam api.

Gulai daging Pahang pun sedap tau. Kalau makan dengan roti canai atau roti putih pun sedap. Lupa lak. Dalam gambar ni kuahnya lembab lembab manja gitu. Suka hatilah kalau nak berkuah. Tambah je lebih santan. Sendiri mau adjust lah yer.
 Selamat mencuba.

Related Posts:

  • FIRST TIME BUAT NASI DAGANG KELANTAN + GULAI IKAN TONGKOL Kjee tak pernah konfiden nak buat Nasi Dagang. Tak tahu kenapa. Tetapi setelah mencuba hari ni, rupa2nya taklah susah sangat. Kjee selalu buat Nasi Lemak Kukus atau pun kaedah sama untuk buat Pulut Kuning, so actual… Read More
  • GARLIC RICE WITH LEMON CHICKEN Akhirnya berjaya juga Kjee cuba buat Lemon Chicken And Garlic Rice atau Nasi Bawang Putih Bersama Ayam Lemon. Ini adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia kalau ke Kopitiam. Tapi dek kerana dah tak mau pergi ke kop… Read More
  • AYAM PENYET AIR TANGAN WONG JOWO KL. HEHEHE TERJEMAHAN: Ayam penyet air tangan orang Jawa KL. Hehehe Selain sambal, Kjee jugak buat sambal kicap biasa. Tumbuk cili api, campur sama kicap manis. Ayam Penyet or Penyek, tak pasti pulak Kjee. Tapi ini adalah… Read More
  • MI WANTAN BERSAMA SUP DUMPLINGS Hari ni masih mood nak makan Chinese Food. Mi Wantan atau  Wantan Mee with Dumplings Soup adalah makanan favorite Kjee dan Nadia. Dulu kami selalu saja makan di Medan Selera Pertama Complex. Tak ramai penia… Read More
  • KERABU KAKI AYAM PEMBUKA SELERA Disebabkan tiap kali order, pelayan kata dah habis, Kjee terpaksa buat sendiri. Habis tu camner kalau tekak dah teringin sangat kan! Kjee tak pernah buat Kerabu Kaki Ayam sebelum ini. Bukan susahpun resipinya. Pada Kje… Read More

11 comments:

  1. mmg gaya pahang pun..gulai ni biasa buat kat kenduri kendara. sedap n wangi.. kalau ayam tu lembik2 sikit lagi sedap...

    ReplyDelete
  2. serius tak pernah tauuuu... (malu nak ngaku org P..) :-)

    ReplyDelete
  3. - nampak sgt menyelerakan...

    - ade rase mcm masak lemak x?

    ReplyDelete
  4. macam gulai lemak cili api je dari segi warna dan isinya .. kentang dan ayam dan serai ...

    ReplyDelete
  5. selalu juga makan gulai ni...biras org Bugis selalu masak, tak tau pulak namanya gulai pahang...

    ReplyDelete
  6. de beza sbb pakai rempah..masak lomak x de rempah ketumbar jintan bagai.nampak sedap ..mmm mesti sedap kan kjee..kena coba la di suatu hari nanti..Suzi Fauzi

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Kak Gee,

    Nur ingin minta izin copy resipi ini ya...dh cuba dn rasanya mmg sedap lebih2 lagi bila dh 2 hari lagi sodap....terima kasih ya berkongsi resipi...alhamdulilah.

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Gee,

    Menelan air liur je tengok resepi ni. I nak cuba! Pasti sedap hingga manjilat kaki!! Terima Kasih! Alhamdulillah....

    ReplyDelete
  9. org kg kwn panggil gulai rebah bangun, arwah mak selalu buat...

    ReplyDelete
  10. Allahyarham mak selalu buat, masa gi oversea dulu pernah ambik resepi dgn dia tapi skang x ingat dh, dia kata gulai rebah bangun pahang.

    ReplyDelete
  11. O.. mcm ni ke resepi nya.. msti sdp & wangi ni.. 😬

    ReplyDelete