Thursday, April 19, 2012

DAGING GORENG KUNYIT PULAK




Lauk ni bukan sahaja enak dimakan tapi mudah nak buat. Sebab itulah hari ini Kjee buat pulak Daging Goreng Kunyit. Kelmarin Kjee buat guna sotong. Lihat sini.

Biasalah Kjee kan. Kalau baru belajar buat menu baru akan diulang sampai penat. Mungkin esok lusa buat ayam pulak. Hehehe



Cara buat Daging Goreng Kunyit ini berbeza dengan Sotong Goreng Kunyit. Lima tahun lalu Kjee pernah tanya maid Indon jiran Kjee cara buat lauk daging ini. Tak tahu pulak namanya Daging Goreng Kunyit.

Menurut maid, daging kena dipotong ikut suka. Pastu dicuci, tos dan perap seketika dengan kunyit dan garam. Pastu rebus sampai lembut dan airnya kering. Kemudian barulah digoreng daging itu, sambil dicampakkan bawang besar yang telah dihiris dan cili merah (atau cili padi). Bila dan nak padam api baru campakkan kacang panjang.

Itulah yang Kjee buat tadi walaupun Kjee guna daging batang pinang. Tapi rebusnya tak lama. Lembut jer (daging batang pinang memang lembut) dan airnya dekat nak kering, Kjee goreng pulak daging itu dan masukkan bawang merah besar yang telah dihiris, carrot yang dihiris mancis dan cili padi yang diketuk2. Lagi banyak cili padi lagi pedas dan sedap.

Kemudian Kjee goreng hingga carrot separuh masak. Kjee masukkan kacang panjang kira-kira dua minit sebelum padam api. 


Related Posts:

  • ASAM REBUS DAGING MELAKA Tak tahulah Kjee samada lauk ni milik orang Melaka ke tidak. Tapi inilah resipi yang diturunkan oleh arwah Bonda. Tapi dia guna daging tetel yang sedap tu tapi tak sihat. Kjee guna daging batang pinang sebab itu jer lah y… Read More
  • DAGING GORENG DAUN SELASIH Dah banyak kali Kjee masak Daging Daun Selasih atau bahasa Thai,  daun Kaprau atau Sweet Thai Basil. Kjee ingat lagi, kali pertama Kjee buat letak paste tomyam yang merah tu. Sedap jugak. Tapi minggu lep… Read More
  • ASAM REBUS TETEL GAYA MELAKA? Kjee mana gambar asam rebus tetel aritu, tanya fren FB Kjee. Ohhh belum masuk lagi dalam blog ker? Well, sehari dua ni Kjee sibuk sangat. Sibuk melayan gastrik yang tetiba menyerang. Jadi terlupalah pulak kewuj… Read More
  • DAGING MASAK NEGRO? Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe. Kjee letak n… Read More
  • ASAM REBUS DAGING TETEL RESIPI ARWAH BONDA Masa Kjee kecik-kecik dulu, inilah lauk yang paling Kjee kenal. Asam Rebus Daging letak kentang. Kalau Bonda buat lauk ni, boleh berpeluh-peluh kami hirup kuah yang pedas dan sedap ni. Bonda kata kalau nak kuah yang se… Read More

8 comments:

  1. lapar pulak bila tgk lauk Kak Jee, padahal dah makan dah...

    ReplyDelete
  2. Adeeiiii..laparnya gue tengok daging goreng kunyit ni..menggamit selera..

    ReplyDelete
  3. Salam, Kak Jee. Masak yang simple2 gini memang sedap & lambat nak jemu..

    ReplyDelete
  4. Kak Jee...semalam saya dah masak ayam goreng kunyit....walau x sesedap akk msak...tp en hbby habis 3 pinggan...~ztee~

    ReplyDelete
  5. Huwaaa.... tadi kita baru terhegeh hegeh beli sotong nak terai Kjee punya resepi... lom buat apa pun lagi, dah Kjee bagi daging pulak... Kjee ni 'merempit' gear berapa ni... tak terkejar kita! Hehehe

    ReplyDelete
  6. Kak jee....saya punya resepi pula daging digaul garam kunyit perap sekejap.Then masuk je dalam kuali ...bila dah kering air daging masukkan minyak sikit2.goreng sampai masak.Lepas tu baru letak bawang ,cili potong dan saya suka letak ketumbar biji.yummmm sedap heheheh

    ReplyDelete