Wednesday, November 14, 2012

APAM PISANG COMEL



Sejak Kjee dah pandai buat kek Pisang, pantang jer lalu depan gerai orang jual pisang. Asyik teringin jer nak buat lagi. Tetapi beberapa hari lepas, Kjee nampak resipi Apam Pisang di blog My Kuali. Aikkk Rose guna acuan apam Putri Ayu untuk Apam Pisang yang dia buat. Comelnya.

Kebetulan di rumah memang ada acuan itu tetapi ia mash 'dara'. Masih belum digunakan lagi. So, apa lagi, Apam Pisang lah yang diprojek semalam. UnclePali pandang sebelah mata jer sebab dia sebenar2nya suka sangat makan Kek Pisang yang Kjee selalu buat dulu. Lihat sini

Anyway, Kjee berjaya convince dia Apam Pisang ni mesti sedap. Maka, dia dan Nadia tolonglah Kjee buat.  Actually dia orang berdua yang buat, Kjee tukang arah. Maklumlah dah penat gi jenjalan semalam.








Kalau kek pisang, tepungnya hanya 1½ cawan tapi untuk resipi yang Rose buat ni, 2 cawan. Hmmm dalam hati Kjee, keraslah nampaknya Apam Pisang nanti. Tapi Rose guna pisang dua kali ganda dari Kek Pisang yang resipinya Kjee ambil dari Raihan. Okaylah kot.

Dapatlah lah isi adunan itu untuk 20 biji acuan kecik2 Putri Ayu tu. Lebihnya yang ada dekat 2 cawan, Kjee bubuh dalam acuan empat segi dan bakar.

Apabila dah siap, nyata sekali UnclePali menang. Kami lebih suka makan Kek Pisang daripada Apam Pisang. Walau bagaimanapun, habis jugaklah separuh kami sental masa tengok MasterChef malam tadi dan pagi ni separuh lagi kami buat breakfast.

Sebenarnya, tiada cacat cela resipi Apam Pisang ni. But my family's preference is Kek Pisang. Tapi at least tertunai jugaklah hajat nak buat Apam Pisang guna acuan Putri Ayu, yang entah bila kesampaian untuk membuatnya. Hehehe.



Related Posts:

  • KUIH BAKAR DAGING ... BOLEH ORDER Inilah kuih bakar daging yang menjadi resipi turun temurun keluarga kami. Resipi arwah Bonda yang Kjee pelbagaikan sana sini. Arwah Bonda guna santan tetapi Kjee guna evaporated milk atau susu cair. Boleh jugak g… Read More
  • REMPEYEK IKAN BILIS HALUS RANGGUP Kjee tak pernah buat rempeyek. Cuma pandai makan sahaja. Baik rempeyek yang ada ikan bilis, kacang tanah mahupun rempeyek yang bubuh kacang hijau yang orang Jawa panggil Tumpi. Baru-baru ni Kjee sing… Read More
  • KUIH BAKAR DAGING RESIPI ORI BONDAKU Kjee dah plan nak buat Kuih Bakar Daging ni sejak malam tadi... janji kat seorang sahabat yang baik sangat. Setiap bulan, ada saja ole-ole dari beliau yang buat Kjee terharu... dari Keropok Losong, ker… Read More
  • PAU SAMBAL TUMIS PETAI DAN RENDANG YANG ENAK BANGET Pau Sambal Tumis Petai Kuih Pau atau Dumplings, asalnya diperkenalkan oleh orang Cina. Ada pau kosong yang dimakan dengan lauk dan ada jugak pau berinti. Kat Malaysia Pau Kacang Merah dan Pau Ka… Read More
  • KUIH BAKAR DAGING RESIPI TURUN TEMURUN Kjee dan keluarga panggil Kuih Bakar Daging. Ada orang panggil Kuih Bakar Berlauk. Tak kesahlah nak panggil apapun. Ia memang kuih kegemaraan kami sekeluarga. Buatnya senang. Keluar oven jer, tak perlu tu… Read More

5 comments:

  1. hi,kak jie.memang cumel la apam pisang buat dlm acuan putri ayu...teringin jugak nk buat tapi family nor sama dgn akak punye family klu apam pisang agak kureng klu kek pisang cepat jer...

    ReplyDelete
  2. he he mmg comey ler kjee & pasti sedap kan

    ReplyDelete
  3. mala buat kek pisang tadi resepi chef zubaidah. gebu!

    ReplyDelete
  4. Kak Jee buat sume pun sedappp...tapi saya pun prefer kek pisang

    ReplyDelete