Saturday, December 15, 2012
EGGLESS RED DEVIL CUPCAKES
My red devil cuppies. Nadia cukup excited apabila Kjee kata nak buat Red Devil cup cakes. Dia peminat setia Manchester United. Kjee buat cuppies ni hari tu sebelum Kjee kurang sihat.
Kenapa Red Devils? Hmmm sebab Kjee suka nama cuppies yang diberi oleh Che Mat Gebu. Actually, nama asalnya Red Velvet Cupcakes yang Che Mat buat dari blog Kak Jun.
Resipi Kak Jun ini sebenarnya cukup mudah dibuat. Kjee semakin teruja apabila mendapati resipinya tidak mengandungi telor. Sejak akhir2 ini, Kjee banyak sangat makan telor so kalau ada resipi cake yang tiada telor, punyalah Kjee suka!
Oleh kerana cara membuatnya terlalu simple, masih ada masa nak ajak anak2 yang sedang cuti sekolah cuba membuatnya.
Bagaimanapun, Kjee guna evaporated milk dan jus lemon untuk membuat buttermilk. Mula2 Kjee buat buttermlik guna fresh milk dan apple cider. Che Mat Gebu ada beritahu dalam resipinya bahawa setelah susu itu dicampur dengan apple cider atau cuka apple, ia harus 'curdle' atau menjadi yoghurt.
Bagaimanapun, setelah Kjee mencampur apple cider dengan fresh milk, ia tidak bertukar menjadi yoghurt. So Kjee tak nak amik risiko. Unclepali pulak syorkan guna evaporated mlik dan jus lemon. Seronok Kjee apabila gabungan itu terus menjadi yoghurt.
Untuk warna merah, Kjee guna pewarna merah menyala yang Kjee beli di Bagus Baking Solutions, beberapa bulan yang lalu. Khabarnya, warnanya tidak akan menjadi merah menyala kalau guna pewarna merah biasa. Ada kawan Minah Salleh Kjee beritahu kalau nak merah menyala dan sukar mendapat pewarna yang sesuai, bolehlah guna buah beetroot.
Itu jer perubahan yang Kjee buat. Selainnya, bolehlah berpandukan kepada resipi CMG atau Kak Jun. Terima kasih kedua2nya. Rasanya cukup gebu dan moist.
Untuk adunan ini, Kjee dapat 7 biji cupcakes.
Related Posts:
EGGLESS RED DEVIL CUPCAKES My red devil cuppies. Nadia cukup excited apabila Kjee kata nak buat Red Devil cup cakes. Dia peminat setia Manchester United. Kjee buat cuppies ni hari tu sebelum Kjee kurang sihat. Kenapa Red Devils? Hmmm sebab Kj… Read More
MUFFIN PISANG EMAS Ini kali pertama Kjee buat muffins setelah asyik drooling jer bila lihat pakar2 seperti Che Mat Gebu, MamaFaMi, Dr Ina dan juga kengkawan yang lain buat. Kali ni Kjee cuba buat resipi Muffin Queen Izah Daut. Kjee pilih re… Read More
BANANA MUFFIN + CHOC CHIPS PART 2 Hari itu Kjee buat muffins pisang buat pertama kali dalam sejarah hidup. Hehehe. Macamlah dasyat sangat kan? Tapi oleh kerana tak tau mana Nadia letak baking soda, maka terjadilah muffin yang kureng naik. Naik tu naik… Read More
MUFFIN JEM RASBERI RESIPI CHE MAT GEBU Masa belum masuk oven dan belum bubuh jem Akhirnya, Kjee merajinkan jugak diri ke dapur untuk buat muffin rasberi macam yang Che Mat Gebu buat ari tu. Memang lama dah teringin nak buat sebab Kjee ada jem yang diberikan … Read More
WAJAH BARU RAMEKINS DAN ACUAN ROTI JALA Stok baru Ramekins dan Botol Acuan Roti Jala kini dalam wajah baru. Stok ramekins kini hanya dijual dalam saiz 3.5 inci atau saiz M. Kalau dulu saiz 3.5 inci tingginya 4.5 cm, stok yang baru sampai didatangkan dengan ket… Read More
Rasa macam nak buat esok....terima kasih kak jee, sudi mencuba...
ReplyDelete
ReplyDeleteala Che Mat buat lagi gempaq!!!
Dah lama tak buat red velvet cakes. Tapi versi eggless ni tak pernah try lagi..
ReplyDelete