Wednesday, February 27, 2013
JANGAN ADA SESIAPA NAK PINANG SAYA - SHILA
Disebalik wajahnya yang lembut dan ayu, rupa2nya boleh tahan jugak keras hati anak gadis ND Lala ni yer. Tadi Kjee ada terbaca kenyataannya, dia tidak akan benarkan sesiapa juga merisik (meminang?) dirinya dalam waktu terdekat.
Tapi dalam pada itu Shila Amzah tahu pulak yang jodoh, pertemuan, ajal dan maut bukan di tangan manusia!
Daripada kenyataan yang berbunyi sikit lebih kurang begini..."sedangkan suami isteri yang sudah bercerai, masih ada ruang untuk rujuk.." Kjee berasakan Shila masih menaruh harapan untuk disatukan kembali dengan Chenta Hati nya itu.
Begitulah dalamnya rasa cinta Shila terhadap Sharnaaz Ahmad. Bila dikenang, macam cinta Romeo terhadap Juliet, cinta Laila terhadap Majnun.
Apa2pun, berat mata kita memandang, lagi berat bahu Shila memikul. Diharapkan panas hingga ke petang tetapi hujan lebat di tengah hari.
Mudah2an Shila tidak berterusan mengecilkan hati kedua ibu bapanya yang telah membesarkannya dari sebesar tapak tangan. Wallahualam.
Related Posts:
RAMAI MENANGIS AGAKNYA TADI... Kjee pasti ramai wanita sebak tengok wanita ini di Melodi tadi. Nama beliau Liyana Manan. Usianya barangkali awal 30-an dan mempunyai dua anak lelaki yang rasanya belum cukup usia untuk ke sekolah. Sedang bergelut perta… Read More
ERMA FATIMA AJAK ERRA-AWIE KEMBALI BERCINTA... Dah dekat 12 tahun tinggalkan bidang kewartawan. Last Kjee menulis dulu untuk portal hiburan Octopus.com. Satu-satunya portal hiburan sepenuhnya, yang terawal di Malaysia. UnclePali turut kerja di Octopus.com sebaga… Read More
EKSKLUSIF! AWIE DAN ANAK-ANAK Tiga dari lima anak-anak Awie Ini foto eksklusif Awie dan anak-anak beliau selepas tamat persembahan petang Sabtu lalu di Istana Budaya. Foto ini diberi oleh mantan Editor Hiburan Mingguan Malaysia, Hajah Muzlina Ab… Read More
BETUL KE BOHONG? Betul ke budget untuk susu dan pampers anak pun tak diberi sebab kata tak ada banyak duit? Tapi buat majlis kahwin di tiga lokasi? Isyhhh kalau betul, tak baiklah buat cam tu... kalau bohong tuduhan tu, nak kena koyak… Read More
NOTA BUAT HANEZ SURAYA...YOU ASKED FOR IT! Assalammualaikum Adik. Tetiba kisah 'dalam kain' jadi jajaan masyarakat saban hari dan bukan kehebatan Adik sebagai pelakon. Sayang seribu kali sayang. Please give me a moment to share how I feel... Adik telah diku… Read More
I was following her story for some time. Kesian pulak tengok vdo clip sedih Shila tu. She seems to be a true lover and daughter. Hope she sees light at the end of the tunnel.
ReplyDeleteada ura2 org nak masuk minang ke?
ReplyDeleteyg nak masuk meminang tu mesti hati kental jugak
apa tidaknya..dah jelas dan nyata cintanya utk si SA je
hihi
bukan senang nak lupakan buah hati..mesti semua benda yg mengingatkan dia kpd saat bercinta dulu.tapi pd saya shila dah ambil tindakan yg betul...kembali kpd ibubapa.moga kebahagian menanti kamu.
ReplyDeletemudah2an shila kuatkan
ReplyDeleterasanya ayahnya dan chenta hatinya kene berdamai lah...
ReplyDeletebtoi kak jee .. nampak macam hati dan perasaannya KENTAL pada si S. Walaupun dia kata dia dah tak fikir semua tu, tapi jauh disudut hatinya .. perasaan itu tetap ada. So dia bagi amaran pada yang nak cuba nasib merisik .. dan pada masa yang sama mengingatkan kita .. jodoh hanya DIA yang tahu ...
ReplyDeleteTu la penangan cinta kak..Mudah2an lepas ni,Shila akan berjumpa dengan lelaki yang lebih baik dan yang paling penting,hubungan mereka di restui ibu bapa...
ReplyDeleteikut perasaan hati mati
ReplyDeleteikut perasaan rasanbinasa
rojak mamak campur kelapa
benci kemuncup maid lurutkan
buang mak buang bapa
kerana kekasih diri turutkan
macamana moden pantun...applies to minah mangkuk ni
Selepas kisah putus cinta ni, rasaya Shila kena fikir 2 kali utk jatuh cinta. Kdg2 lelaki ni masa suka, pijak semut pun tak mati. Bila silap sikit, mula angkat kaki...hemm...kita pun pernah mudah kan kak gee? Itu semua asam garam dunia remaja. Belum lagi cobaan ketika berumahtangga.
ReplyDeletesabar jela..
ReplyDeleteAlahai...budak budak kalu bercinta macam gitu ropanya....mana mana budak pun sama.manis belaka masa bercinta...mak bapak yang besarkan buang ke tepi saja lah...si chenta hati yg betul,yg lawa,yg come ,yg manis...udah kawin....ada masalah..mak bapak jugak yg dicari....cakap salah,tak.tegur pun salah kalau dengan budak budak ni.....gitu ler...
ReplyDeleteNama pun cinta pertama, x mgkn lupa, maseh mengharap, walaupun dapat tentangan. Insyallah sekejap je la tu.. Masa akan menentukan segalanya. Allah itu Maha Adil, setiap kejadian ada hikmahnya. Mungkin Shila akan jumpa seribu kali baik dan perihatin dari "si Chenta hati", memenuhi pula ciri-ciri islam yg sempurna, kita x tahu semua tu..jadi, usahlah bersedih atau menyimpan amarah. Jadilah anak dan umat Allah yg solehah.
ReplyDelete