Friday, September 27, 2013

OTAK OTAK PULAU PINANG PEMBUKA SELERA




Hari ni Kjee buat lagi tapi extra pedasssss. Bestnya. Tapi UnclePali selamba je makan, kata tak pedas pun. Faham-faham, I've got a husband yang sanggup kunyah cili api sambil makan nasi kalau lauk tak pedas!

Anyway, hari ni Kjee buat 8 bungkus. Kjee dan UnclePali saja ratah 4 bungkus masa makan tadi. Balik dari Uni tadi, Nadia beli Burger King, so selamat my otak-otak. Ada berbaki another 4 for dinner.

Masa buat sambil sembang-sembang dengan Nadia, rupa-rupa Kjee terlupa satu bahan. Itu pun setelah semua otak-otak dah masuk dalam steamer. Kjee terlupa bubuh belacan!! Kecut jugak perut, risau kalau rasanya lari.

Alhamdullilah tak jejaskan pun rasanya. Actually next time kalau tak bubuh belacan pun okay. Pasti mereka yang ada masalah resdung suka dengar kan? Hehehe.

Kjee masih kekok bungkus. Tak per lah baru second try. Lain kali okaylah, gamaknya.

Kalau Kjee buat jual, korang rasa ada yang nak order tak? Kalau Nadia ada rumah, mesti kata tak ada penyakit cari penyakit. CH dia baru jemput dia gi BN Job Fair kat PWTC.

Kalau korang belum try buat, rajin-rajin ke dapur cuba buat weekend ni. It's Yummylicious.

Resipi intai SINI.






Related Posts:

  • SAMBAL PETAI IKAN MABONG GORENG Beberapa hari lalu, Kjee ternampak ada fren FB post gambar Sambal Ikan Tenggiri dengan petai, di newsfeed FB Kjee. Tetiba teringat akan petai yang UnclePali beli Ahad lalu. Mujur Nadia simpan dalam fridge. … Read More
  • KARI IKAN TALANG KERING LAGI SEDAP? Kari Ikan Talang Kering sahaja ke yang sedap masak kari atau gulai? Hmmm sebenarnya terserah kepada citarasa individu. Selama ini Kjee buat hanya guna Ikan Talang Kering yang masin tu. Baru-baru ini, Nadia tersilap … Read More
  • SEMINGGU BERAPA KALI DAAAA MASAK KARI! HEHEHE Ehhh Kjee ni asyik masak kari jer. Kelmarin masak Kari Ikan Talang Kering. Selang dua hari masak kari ikan Jenahak pulak! Tak boring ker? Hahaha korang tak tahu yang ada kalanya siang malam kami makan lauk kari. … Read More
  • ALAHAI SEDAPNYA OTAK-OTAK NYONYA Makanan Otak-otak Nyonya ni Kjee anggap makanan Malaysia yang eksotik. Oppps eksotik bukan kerana bahan-bahan ada letak otak haiwan liar atau terlindung. Tapi kerana makanan ini sudah sukar kita perolehi di resto… Read More
  • CENCARU BELAH BELAKANG, SAMBAL ALA THAI Kjee buat Ikan Cencaru Belah Belakang ni kira-kira dua minggu lepas. Lupa lak kewujudannya. Selak-selak file gambar jumpalah ia. Maka Kjee pun terasa nak share kejadiannya. Masa amik gambar, mood jatuh… Read More

3 comments:

  1. Salam my dear kak jee..... Kalau akak buat jualan, opkos laku, kan akak pernah berniaga dulu dan dah ada 'nama'...nak2 mereka yg pernah rasa masakan kak jee...saya pun teringin nak buat, tapi nak kena cari daun kadok kat kebun dulu...ntah ada lagi ke tak agaknya...

    ReplyDelete
  2. Ya lah tu CMG. Buat untuk makan sendiri larat lah kan? Hehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Kjee...

    Dua tiga menjak ni, Kjee tak ader crita langsung pasal kucing2 Kjee... Cik Tam dan yang lain2... Tak bela kucing lagi ker?

    ReplyDelete