Monday, October 28, 2013

ARBAKYAH MANAN BUKA PEKUNG DI DADA


Arbakyah Manan


Kalau sudah bertaubat, Alhamdullilah. Buang yang keruh ambil yang jernih. Setiap perlakuan dahulu, dilontar jauh-jauh dan minta Allah swt terima taubat kita.

Itu sahaja nasihat Kjee boleh beri kepada Arbakyah Manan, bekas pelakon yang semua orang kenal walaupun tak sebut nama pentas atau nama glamournya.

Kjee dan artis-artis lain turut merasa tempias dan berkecil hati apabila Arbakyah seringkali menyebut apa yang dia lakukan selama ini adalah berdosa. Tidak mengerjakan solat dengan sempurna kerana kerjaya sebagai pelakon dan segala sewaktu dengannya. Apakah dia hendak bercakap buat dirinya sahaja atau ditujukan kepada anak seni lain?

Perlukan anak seni war-war yang mereka menjaga solat mereka setiap waktu? Apakah kerana Arbakyah tidak menjaga solatnya dulu, maka dia beranggap semua artis sepertinya. Nasib kau baik Arbakyah sebab tidak ramai artis yang mulut longkang seperti engkau. Ada yang boleh dedahkan segala apa yang telah kau lakukan semasa kau belum bertudung litup!

Kjee pernah intai Facebooknya. Dia siap bagitahu pengikut agar jangan ada sesiapa yang percaya kalau terbaca apa-apa berita mengenainya sebab semuanya fitnah. Pandai pulak dia kata apa yang orang khabarkan mengenainya adalah fitnah! Tapi yang dia fitnahkan kawan-kawan sperjuangannya dulu, tidak pulak diambil kira. Maklumlah sudah bergelar Insan Mulia... boleh keluarkan fatwa sendiri, yang mana satu dosa dan pahala.

Ingatlah wahai Arbakyah... setiap perlakuan kamu diperhatikan... kalau bukan oleh manusia, oleh Allah swt. Jangan berlindung disebalik parti yang bertopengkan Agama.

Allah pays cash my dear sista, if you can understand English!!

Baca di SINI.

Related Posts:

  • KENAPA SUAMI MESTI PUKUL ISTERI YANG BARU DINIKAHI? Bangga ke suami pakai t-shirt macam ni? Perghhhh ini soalan cepumas kan? Kjee dah banyak study kes2 dimana isteri waiimah baru sahaja dinikahi dipukul bantai. Depan mata Kjee pun Kjee pernah tengok. Selalunya, isteri dib… Read More
  • SELAMAT KEMBALI KE TANAHAIR innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847… Read More
  • SORRY LAPPY DEMAM KUS KUS Kalau dalam sehari dua ni Kjee sunyi sepi, maknanya lappy Kjee masih sakit. So harap sabar yer.  Yahooo at last gua boleh cuti. Hehehe. Gonna miss you guys, though! biol … Read More
  • BANJIR...JOM KITA SAMA2 BANTU Apabila hujan, kita merungut...susah nak pergi kerja, kain baju tak kering dan macam2 lagi. Tetapi tidak terfikir ke kita, walaupun kesejukkan dan di luar rumah basah, setiap malam kita masih dapat selimutkan tub… Read More
  • SALAM AIDIL ADHA 1433 HIJRAH 2012 innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f888… Read More

6 comments:

  1. Tak salah mengingati kawan2 tetapi carana biarlah betul, jgn kerana dia sudah berubah dia boleh tunjuk kepada kawan2 lain sewenang-wenangnya. Hidup kita tak sama jadi jgn aggap apa yg org lain lalui sama dengan apa yg kita lalui dulu.

    ReplyDelete
  2. Assalam Kak Gee, minah ni tersampuk jin apret ni. Kak Gee saya suka dgn perubahan pada Diana Amir. Dia x menunjuk2. Cool aje dia. Org tgk pun sejuk aje. Minah ni kening pun memanjang aje digondolkan. X dosa ke tu.

    ReplyDelete
  3. masalah bila org yg jahil baru kenal igama. terus extremist dan tak tahu beza politik dosa dan pahala taubat dan ubah dlm bukan luar saja.

    ReplyDelete
  4. yup setuju. Kalau ilmu agama masih cetek janganlah nak mendabik dada. Nanti segala kelemahan diri akan terserlah dengan sendirinya. Lebih elok banyakkan amal ibadat mendekatkan diri pada Allah. Kalau rasa selama ni diri tu banyak dosa. Skrg ni ramai yang tak sedar tindakan macam ni akan buat bangsa lain mempersendakan agama kita. Bukan lagi persendakan bangsa tapi persendakan agama Islam. Insaflah ..............

    ReplyDelete