Tuesday, October 15, 2013

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI





Ginger dan Snowy.... macam belangkas... best friends forever

Remy 


CheeTam..susah betul nak amik gambar dia




Ada orang percaya, memelihara kucing boleh hilang stress justru menghalang terjadinya, penyakit jantung, stroke (angin ahmal) dan semua penyakit yang sewaktu dengannya.

Kononnya, kalau kita habiskam masa 15 hingga 20 minit sehari membelai dan 'berbual-bual' serta bermain-main dengan kucing peliharaan kita, kita akan rasa lebih segar dan kurang tekanan.

Tetapi mereka yang masih belum mempunyai anak kandung sendiri, kononnya, tidak digalakkan membela kucing kerana bimbang akan susah dapat zuriat sendiri. Ini mungkin hanya mitos. Jangan percaya. Tetapi Kjee ada kawan-kawan yang segera hantar kucing balik kampung selepas berkahwin bertahun dan tak ada anak.

Tak tahulah samada suratan atau kebetulan, selepas itu, si isteri mengandung. Ada yang kata, kucing-kucing itu sebenarnya mendoakan agar tuan mereka tidak miliki anak sendiri sebab takut kasih sayang akan berubah. Wallahualam.


Ginger - his fav sleeping position

Suka tidur atas lengan sofa...habis sofa dicakarnya... tahun depan kena sukar sofa baru. Hehehe

Bila dah besar muka  Remy dah jadi macam Ginger



Inilah empat ekor buah hati kami sekeluarga. Snowy dan Ginger tidur bersama Kjee dan UnclePali. CheeTam is very independent. Tak suka dibelai, dimanja. Tiap malam UnclePali bawak masuk bilik pujuk dia tidur sama. Tak sampai 10 minit dia akan resah dan mintak keluar bilik.

Remy pulak tidur dengan kakak Nadia. Manja sangat-sangat dengan Nadia. Kalau Nadia hendak keluar, Kjee akan peluk Remy, yang meraung-raung nak ikut.

Tapi Remy, walaupun masih kecil, adalah antara kucing kami yang cukup berdisiplin berbanding abang-abang angkat dia. Tiap malam, sebelum tidur, Nadia akan bawak ke toilet. Dia masuk ke dalam dan buatlah apa yang patut. Lepas tu baru masuk tidur. Itu rutin dia yang tidak perlu diajar.

Ramai tanya Kjee bagaimana rupa CheeTam sekarang. Cheetam dah besar sangat. Badannya sama besar dengan Snowy walaupun umur baru setahun lebih. Bulu dia pun kembang dan gebu macam Snow. Susah nak ambil gambar dia sebab hitam sangat. Hehehe.

Kami ada dua ekor lagi anak meow singgah. Satu namanya Goat dan satu lagi Unifi. Nanti Kjee amik gambar yer.


 Cheetam ensem kan Mama! Dia ni buah hati no 1 UnclePali




suka nya Ginger dan Snow lepak cam ni

Related Posts:

  • YAHOOO PAPA BAWAK BALIK DAUN GALAK KUCING! Demi kucing kesayangnnya, sanggup menyangkung petik daun ni depan Amcorp Mal Pose maut UnclePali hehehe Sejak kenal pokok Galak Kucing, tiap kali keluar pasti nampak pokok ini di mana-mana. Selama ini tak … Read More
  • YANG MENYINARI HIDUP KAMI SEKELUARGA Ginger... kena pakai pendakap leher sebab sakit Snowy dan Ginger - fav sleeping position Remy aka Adik... gambar Remy lepas operate pada 1/11/13 Cheetam...baru sedar dia juling..hehehe Ini … Read More
  • BUAH HATI PENGARANG JANTUNG KAMI Ginger dan Snowy.... macam belangkas... best friends forever Remy  CheeTam..susah betul nak amik gambar dia Ada orang percaya, memelihara kucing boleh hilang stress justru menghalang terjadi… Read More
  • CARA GINGER SANTAI Ginger ni memang pelik. Duduk di mana pun dalam rumah, mesti nak berlapik. Tidur malam pun atas katil yang dilapikkan comforter nya sendiri oleh UnclePali. Dan duduk atas pelapik telor ini cara dia santai di dap… Read More
  • AKHIRNYA DAPAT JUGAK DAUN GALAK KUCING! Daun galak kucing...omputih panggil Catnips. Dah lama kami cari sebab ramai kengkawan kata kucing suka sangat. Kalau kucing dapat, tak peduli sekeliling. Asyik bermain-main dengan daun tu sambil gigit akar2nya. H… Read More

5 comments:

  1. kucing k jee nama unifi, mesti cute kan

    ReplyDelete
  2. Hahaha bukan kucing kami tapi kucing tanpa tuan belakang rumah. Jinak sangat. Buka jer pintu dapur dia selamba masuk dan tidur atas sofa. Nama dia mula2 Yuni tapi sejak dua menjak ni kami kol dia Unifi. Hehehe.

    ReplyDelete
  3. comel kucen2 kjee...
    terutama cheetam..
    dlu ada jugak kucen itam nama salem ( nama kucen dlm cite sabrina the teenage witch )

    ReplyDelete
  4. Saya harap moga tidak ada orang yg percaya hal2 karut yg mengatakan kalau bela kucing susah nak dapat anak. Semuanya terpulang pada qada' dan qadar kan sebab sepupu saya bela 5 ekor kucing sebelum kahwin, bila kahwin dia mmg terus bela kucing2 tersebut dan yang pasti, dia beranak setiap tahun. hahaha...

    btw...comelnya kuceng2 kak Gee :) suka dengan nama Unifi tu...unik ..hehehe

    Salam...hayati (silend reader)

    ReplyDelete
  5. kucing unifi tu mesti ada wifi..hehehehehe

    ReplyDelete