Saturday, October 12, 2013

KEK ZEBRA IMBAU KENANGAN BERSAMA BONDA








Melihat Kek Zebra yang terhasil ni tadi, Kjee cukup sebak. Ianya kek favorite arwah Bonda. Tak kesahlah hari perayaan atau tidak, Bonda akan buat kek ini. Kekadang jadi cantik, kekadang tak jadi lorek-lorek yang halus dan cantik.

Apapun, kami semua bangga makan kek Zebra atau kekadang dipanggil Kek Marble. Sebenarnya, suka hati dialah nak bubuh nama apa selepas dia siap buat.  Kami diberi amaran, jangan  banyak soal atau cakap. Hehehe.

Kjee memang fail bab buat kek. Adalah dulu-dulu Kjee buat dan Nadia suka sangat makan walaupun hasilnya, dimata kjee, amat mengecewakan.

Semalam apabila Nadia kata dia nak belajar buat Zebra Cake, Kjee terkedu. Ilmu yang tak seberapa yang ada pada Kjee harus diturunkan segera kepada anak tunggal kesayanganku ni. Maklumlah, sejak dua menjaknya Kjee asyik sakit jer...

Masa buat tadi, Kjee ketar jugak. Apabila dah siap, Kjee pandang Nadia angkat masukkan ke dalam oven, sebelah mata ajer. Kjee tahu, designnya mesti hancus. UnclePali yang masuk ke dapur pulak beri kata-kata semangat.

"Isyhh mesti jadi punya," katanya sambil sengih. Dan apabila kek keluar dari oven 50 minit kemudian, UnclePali dah siap tunggu sebelah. Kjee potong sambil tutup mata sebab tak tahu apa nak expect. Tapi, jeng jeng jeng... macam nak pengsan jugaklah. Hehehe.

UnclePali kata kenapa kurang manis. Memang Nadia sengaja kurangkan gula sebab dia tak suka makan manis-manis. Alhamdullilah.

Jom kita intai resipinya.






KEK ZEBRA

BAHAN BAHAN :

250 gm Butter
150 gm Gula Castor (Nadia kurangkan ke 120gms)
2 sudu kecil Ovalette
4 biji telur gred A
270 gm Tepung Cake
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Vanilla Extract/Essence
2 sudu besar Susu Pekat
1 cawan Susu Cair
1 sudu kecil Coklat Emulco
1 sudu kecil Coffee Emulco









3 comments:

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih kjee kerana sudi mencuba. Kagum dengan Nadia juga yg rajin mencuba berbagai menu masakan kebelakangan ini. Seronok kan kjee bila lihat anak kita rajin di dapur. Apapun sungguh cantik hasilnya walaupun pada percubaannya yg pertama. Two thumbs up to Nadia.

    Insyaallah Kjee.. Satu hari nanti kita cuba aturkan supaya kita dapat bertemu di alam nyata. Memang teringin sangat nak jumpa kjee seorang yang selalu saya baca hasil karyanya semenjak kecil hinggalah ke hari ini. Tak kurang juga menonton drama drama Kjee dulu. Sungguh tau Kjee.. Saya adalah antara follower Kjee yg terulung dr zaman kanak kanak.. :)

    Saya juga mendoakan agar Kjee diberi kesihatan yang baik dan dibawah lindungan Allah SWT sentiasa. Ameenn..

    Love u so much Kjee.. Take care..

    ReplyDelete
  2. salam kakjee,
    i salute nadia punya kerajinan nak mencuba. i think she will be a good cook just like her mum one day.

    ReplyDelete