Saturday, October 19, 2013

KISAH YANG BERLAKU 13 TAHUN LALU...


































Sahabat  Facebook Kjee, Nik Norsyella Asyekin, tag gambar ni tadi. Terkejut juga Kjee tengok sebab rencana ini dikeluarkan dalam Majalah Mangga pada tahun 2000. Masa tu Kjee baru sahaja bernikah dengan UnclePali. Nadia berusia 12 tahun. Ada jugak insan yang masih simpan majalah ni. Hehehe.

Kjee sebenarnya tidak mahu diinterview tetapi Juwie, Editor Mangga ketika itu, pujuk Kjee. Banyak kali Kjee tolak dan bagi macam-macam alasan. Tapi akhirnya Kjee cair apabila Juwie call Kjee satu hari.

"I nak paparkan cerita you sebab I nak semua tahu betapa ikhlas seorang anak muda yang masih bujang sudi berkahwin dengan seorang ibu tunggal. Macam keikhlasan Nabi Muhammad SAW menerima Siti Khadijah AS sebagai isteri.

"Ketika itu, beza usia mereka 20 tahun. You dengan Pali hanya 13 tahun. Bolehlah ya. Orang sekarang kalau kahwin tak nak pilih janda...nak pilih anak dara aje," kata Juwie lembut. Dia memang faham kesulitan hidup yang Kjee lalui sebagai ibu tunggal ketika itu.

Hahaha satu malam, Kjee, UnclePali dan Nadia pergilah ke pejabat Majalah Mangga. Pejabatnya dekat Cheras. Juwie memang hanya kerja sebelah malam. Siang dia tidur. Hehehe.

Kalau tak silap Kjee, Zeha yang interview kami. Maka, hebuhlah satu Malaya itulah sebabnya Kjee benarkan kami suami isteri di interview. Bukan nak cari glamour. Sepatah kata penyanyi Fida Apa Kono Eh Jang dalam Mingguan Malaysia minggu lepas, aku dah popular dah. Kahkahkah.

Jumaat depan, 25 Oktober 2013, genap 13 tahun kami melayari bahtera sebagai suami isteri yang tidak sunyi dipukul gelombang. Rumahtangga kalau tidak bergelora, tak happening lah kan?

So, Raja Azmi dan Eddie serta Rozita Che Wan dan Zain Saidin, jangan peduli apa orang kata kan? At least kita dah janda pun orang masih sudi menjadikan kita isteri. Ramai lagi anak dara yang muda jelita dan terlajak kat luar sana yang sentiasa mengharapkan diri mereka disunting tapi masanya tak sampai-sampai kan? Opppps mulut tak insurans....hehehe


Related Posts:

  • KALAU DAH BIASA TANGANKAN ISTERI.... Bangga pakai t-shirt ni ke? - ehsan google  Dah terlanjur ramai komen pasal kes Suhaila dakwa dipukul suami ketika masih berbulan madu, Kjee pun terpanggil jugaklah nak bagi pandangan Kjee yang nilainya tak berapa sen … Read More
  • 118. kenapa mesti cerai masa isteri mengandung foto ehsan google Bolehkah seorang isteri diceraikan ketika dia mengandung? persoalan itu selalu bermain di benak fikiran kjee apabila melihat semakin ramai orang baik artis ataupun orang biasa, diceraikan ketika mengandung… Read More
  • KENANGAN PAHIT DAN MANIS HARI MERDEKA Tanggal 31, bulan Lapan, 57. Penyanyi orinya Kjee dah lupa tapi setiap kali menjelang tarikh keramat tu, kami adik beradik terkinja2 menyanyi lagu itu dengan penuh semangat sekali. Especially apabila diberi nafas baru ol… Read More
  • SALAM LEBARAN DARI KJEE, UNCLEPALI DAN NADIA innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f… Read More
  • PERNIKAHAN HARUS DIHEBAHKAN BUKAN UNTUK MENUNJUK Hari ni Kjee teringat lak nak story pasal nikah kahwin. Bulan Syawal ini dua orang anak sedara Kjee akan bernikah. Hari tu masa jalan Raya di rumah Mak Long kami, kedua2 sepupu Kjee sibuk mengedarkan kad jemputan kahwin… Read More

7 comments:

  1. Apa pun semoga Allah sentiasa merahmati hubungan akak suami isteri. Kak Gee mmg popular apa dulu. :)

    ReplyDelete
  2. Kak pidah pun baca rencana Juwie kat Mangga tu...dah 13 tahun ye...cepatnya masa berlalu...

    ReplyDelete
  3. jodoh pertemuan tu rahsia ALLAH
    semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  4. dah jodoh ... hanya ALLAH swt jua yang tahu apa yang terbaik utk hambanya. K. Jee lupa sebut sorang lagi artis kawin teruna .. muda belia .. iaitu Abby.

    ReplyDelete
  5. Semoga jodoh kjee kekal bahagia ke akhir hayat.....amin

    ReplyDelete
  6. Semoga mahligai k.jee & UnclePali bahagia hingga ke Jannah... saya takkan lupa anivesary k.jee coz itu birthdate saya..hehehehe.

    ReplyDelete