Wednesday, October 23, 2013

VADEY CUBAAN PERTAMAKU







Nadia loves Vadey. But it must be eaten hot.

Sebab itu apabila Nadia tanya Kjee, kat mana nak beli Vadey panas-panas, Kjee beritahu dia boleh dapat  at Mama's Kitchen.  Hehehe.

Eh Mama tau buat ker? Hmmm Mama kan ramai kawan-kawan yang terer masak. Lagipun Mama ada dua Indian lady friends - Shamala Tamilselvan dan Venisri Senthan, yang boleh share the recipe with me. Tapi bukan mereka berdua jer yang tolong guide Mama tetapi jugak my FB friends like Kak Hawa Eve Lerno, Rose Anita Abdullah dan Nazian Nasir, yang sanggup bagi tips.








A few days ago, UnclePali beli sepeket dhal putih seberat 400gms. Kjee was-was sebab rupanya macam barli. Rupa-rupanya, namanya Urad Dhal. Dulu-dulu arwah bonda guna dhall putih yang ada kulit hitam. Tapi sekarang dah pupus agaknya species dhal tu.

Mudah sangat-sangat nak buat rupa-rupanya sampai Nadia kata boleh buat untuk breakfast. Rendam Dhal tu malam-malam sebelum tidur. Pagi, masuk dalam Food Processor, campur bahan-bahan yang sepatutnya, goreng dan boleh makan Vadey panas!!

Tadi Kjee rendam 400gms Dhal Putih sebaik sahaja masuk dapur untuk prepare sarapan. Kena rendam sekurang-kurangnya 4 jam.










Lepas rendam, kisar hingga halus guna sedikit sahaja air hingga jadi doh yang melekit. Dadu bawang besar sebiji, cili hijau (Kjee guna cili padi), sedikit jintan manis, daun kari dan perasa dengan garam. Bahan-bahan tu dicampur sampai sebati.

Kemudian bentukkan macam donut. Doh ini melekit. Kjee tekapkan atas plastik dan bentuk. Lepas tu goreng dan ngappp panas-panas. Nadia kata lepas ni boleh bukak meja dan letak payung kat pasar malam dan jual!!! Hehehe.

Thank you Shamala, Nazian dan Rose Anita serta Kak Hawa, my lovely sister living in Perth.

Lepas ni nak buat tosei pulak ikut resipi Shamala.






Related Posts:

  • Puri Tepung Gandum     Lain yang dirancang, lain yang Kjee buat for bekfes. Well, kita hanya mampu merancang. Allah swt menentukan. Insya Allah.     Dah dua hari gastrik teruk so last nite plan buat bubur na… Read More
  • SUP AYAM PENCEN ALA MAMAK           Sup Ayam berempah memang sedap dihirup di musim sejuk. Maklumlah Malaysia kan sekarang sudah ala-ala Winter. Hehehe. Panaskanlah badan dengan sup yang lebih dikenali sebagai sup Mamak.… Read More
  • HOME MADE POORI DAN KILANGU           Poori adalah makanan favorite my asben for breakfast. Kalau kami singgah kat Restoran Al Kader kat Lembah Keramat, wajib dia order Poori selain Teh Ais dan telor separuh masak. Tetap… Read More
  • CHICKEN PARATEL    Tekak Kjee ni betul2 Malaysian. Suka apa jua jenis makanan rakyat Malaysia. Kalau susah nak dapat, cik Google kan ada. Anytime of the day dia boleh bagi resipi.    Tetapi Kjee ada ada g… Read More
  • CHICKEN PARATEL KARI KERING INDIA Selera Kjee memang selera 1 Malaysia. Tiada makanan di Malaysia ni yang Kjee tak suka melainkan yang tak halal lah kan. Hehehe. Kalau boleh semua Kjee nak terai. Of cos yang halal. Paratel Chicken ini adalah a… Read More

2 comments:

  1. Salam..hairan saya tengok hari2 kakjee dan nadia rajin sangat, ada je idea utk masak memasak. Sedap2 pulak tu. Memang betul org jawa ni hardworkinglah sebab saya tengok suami saya yg jawa ni pun larat mengusaha kebun sawit sorang2 tanpa ramai pembantu. Tq kakjee dan nadia yg tak jemu2 memberi kami idea utk memasak.

    ReplyDelete