Friday, January 3, 2014

SAMBAL BILIS SPECIAL JAWA BATU PAHAT










Sambal ini benar-benar membuka selera especially kalau makan dengan nasi putih panas-panas! Kjee belajar buat sambal ini dari arwah abah Nadia masa kami mula-mula kahwin dulu. Tiap kali Kjee buat sambal belacan biasa jer. So, satu hari dia kata biar dia ajar Kjee buat satu sambal special.

Of course, Kjee pandang abah Nadia tu sebelah mata jer. Hmmm kalau tak sedap, biar dia makan sorang-sorang! Tapi apabila dah siap, Kjee makan sorang-sorang!! Hehehe.

Kalau tak silap sambal ini selalu dibuat orang Jawa. Maklumlah arwah abah Nadia piau Jawa Batu Pahat.

Sekarang ni, kalau Kjee tak selera makan, sambal ini akan menjadi peneman.































Tak payahlah resipi bagai. Senang jer. Korang goreng cili padi atau cili merah. Cili padi tak payah dipotong-potong tapi cili merah, boleh potong tiga atau empat. Kemudian ambik 3 biji bawang merah atau 1 labu sedang bawang besar. Buang kulit. Potong enam dan gorenglah bersama cili sampai ¾ masak. Keluarkan. Kemudian goreng segenggam ikan bilis sampai elok garingnya. Jangan hangus nanti pahit.

Tumbuk semuaa bahan-bahan yang digoreng tadi sampai ¾ lumat. Kalau malas, kasar-kasar pun okay. Perah limau nipis. Ada orang bubuh belacan goreng tapi Kjee tak bubuh. Ada jugak orang Jawa bubuh sedikit gula tapi Kjee tak bubuh.

Kjee selalu buat banyak-banyak dan simpan dalam balang dalam peti ais. Lagi pedas lagi sedap.

Selamat mencuba.





Related Posts:

  • 70. rendang kelantan orang kl Rendang ayam ni arwah mak kata resipi dia baca dalam MAS in-flight Magazine. Masa tu dia pergi holiday ntah mana. Dia suka sangat resipi tu tapi tak der pen dan kertas nak salin so dia cilok magazine tu. (actually tak yah… Read More
  • JERING TUA DIBUAT SAMBAL DENGAN TEMPE DAN BILIS One man's meat is another's poison. Gua suka, lu tak suka, nasiblah. Kjee tahu ramai yang tak suka. Hehehe hari ni Kjee tayang comfort food Nadia dan jugak mama dia. Jering tua disambalkan dengan tempe dan bilis … Read More
  • IKAN KEMBUNG BERSAMBAL THAI Perangai Kjee sejak dua menjak ni rasa cam pelik. Apa yang Kjee tak suka makan selama ni, tetiba tersuka pulak. Kjee memang suka makan ikan bakar. Malah dulu, kalau ada kesempatan dan budget, sangguplah drive… Read More
  • SAMBAL IKAN TENGGIRI BERSAMA PETAI Idea asal nak masak Sambal Tumis Petai sama Udang. Tetapi oleh kerana my other half tak boleh makan udang, maka Kjee selongkar freezer dan jumpa Ikan Tenggiri. Nadia beli 6 keping last Saturday kat Hero Mar… Read More
  • TELOR REBUS LAUK BERLADA Hari ni hari kurang rajin. Masak apa sahaja yang ada kat dapur. Bukak peti ais nampak telor. Terus fikir nak masak apa. Kalau telor itik (alamak lupa nak order dari Khairani) boleh buat Masak Lemak Cili Padi … Read More

6 comments:

  1. Namanya Sambal Lonte...memang pembuka selera terbaik..

    ReplyDelete
  2. sedapnya sambal bilis tu..blh try...blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sedapnye k.jee.. ngences tgk sambal ni...

    ReplyDelete
  4. Macam sambal gesek cuma bilisnya digoreng. Nnt kami cuba. TQ utk resepinya.

    ReplyDelete
  5. Sedapnya! Nak try nanti, thanks so much for sharing!

    ReplyDelete