Monday, February 17, 2014

AYAM GORENG BEREMPAH




Sabtu lepas apabila Nadia kata nak makan Ayam Goreng Berempah, terus Kjee terfikir Ayam Goreng Nasi Kukus. Mana nak cari siang-siang buta. Setahu Kjee ada dijual berhampiran stesyen minyak Petronas di depan kilang Texas Datuk Keramat. Tapi bukak kul 6 petang.

As usual kalau nak tanya apa-apa, mesti tanya di Facebook. Sekejap saja ada yang beri idea. Dalam ramai-ramai, sahabat Kjee, Muzlina Abu Bakar bekas wartawan Utusan Malaysia beritahu, depan Giant Setiawangsa ada jual. Dari tengah hari sampai ke malam. Sedap katanya, walaupun pada tekak Kjee gerai dekat Petronas tu lagi sedap.

Anyway, tadi selepas balik bawak Nadia pergi kilnik sebab sakit tekak dan demam panas (doktor kata dia terkena 'strawberry' tosilitis), Kjee singgah di Hero Market. Beli ayam dan ikan talapia merah. Nadia kata nak makan ayam goreng.

Sampai rumah, Kjee decide nak buat Ayam Goreng Berempah. Resipi seperti biasa...hantam sajalah labu. Kjee kisar satu sudu biji ketumbar, 1 sudu jintan manis dan 1 sudu jintan putih sampai halus. Kemudian Kjee tumbuk kunyit hidup sampai halus. Lepas tu bubuh kira-kira dua inci halia dan satu inci lengkuas. Halia dan lengkuas tumbuk kasar-kasar jer. Kalau nak bubuh serai pun boleh. Diricik serai dan ditumbuk kasar-kasar. Serai ada dalam fridge tapi malas. Hehehe.




























Setelah semua bahan tumbuk bercampur, Kjee keluarkan dan campur dengan rempah biji yang dikisar tadi. Letak garam sebagai perasa dan sedikit aji kalau guna. Gaul rata.

Kemudian rempah yang telah digaul sebati itu dilumurkan pada ayam yang telah dicuci bersih dan tos kering. Kjee jugak guna rempah sama untuk ikan talapia. Perap dalam peti ais lebih kurang setengah jam. Lepas tu goreng.

Sedap jugaklah ikan talapia diperap dengan rempah sama dan digoreng garing. Lain kali boleh buat lagi sebab sedap.  UnclePali tak sempat nak amik gambar tadi.

Makan dengan nasi panas dengan apa-apa jer lauk lah. Kjee buat bayam merah masak bening jer sebab musim panas.





4 comments: