Sunday, March 9, 2014

MURTABAK MI SEGERA BEKAL KE PEJABAT DAN SEKOLAH












First time Kjee dengar pasal Murtabak Maggi ialah masa pergi rumah Shiela di Shah Alam beberapa minggu lalu. Mak Aji Rohaya tanya.. "Jee pernah tak makan Murtabak Maggi?"

Terkebil-kebil Kjee sebab maggi bukan makanan yang digemari. Hanya makan kalau terdesak. Mak Aji pun beritaulah cara beliau buat murtabak maggi. Kjee dengar dan register dalam otak. Satu hari kena buat ni!

Malam tadi, selepas dinner Nasi Kandar kat Yassen, kami tiga beranak ke Jalan TAR/Mesjid India. Sampai lebih kurang 9.45 malam. Kjee disorong dengan wheelchair siap memakai topeng/mask sebab udara kurang memberangsang kerana jerebu.

Orang dah tak ramai dan penjual tengah kemas-kemas nak balik. So taklah sarat barat dengan pengunjung. Setelah settle membeli apa yang diperlukan, ketika Unclepali sorong Kjee pelan-pelan balik ke kereta, Kjee terpandang dua atau tiga gerai yang menjual makanan yang tidak pernah Kjee lihat.

UnclePali yang slow down, baca poster. "Murtabak Maggi. Awak nak?" Kjee geleng kepala sebab dah kenyang.








Tadi ketika sibuk menyiapkan tempahan kuih bakar daging dan pies hari ni, Kjee teringat Murtabak Daging. Kalau buat boleh alas perut hingga late lunch petang nanti masa jemput Nadia balik kerja.

UnclePali keluarkan instant noodles yang kerinting macam mi segera biasa tu. Memang sentiasa ada stok dalam pantry. Dia keluarkan dua keping tapi Kjee kata cukuplah satu dulu. Kalau sedap boleh buat lagi. Dia celur seketika instant noodles tu.

Kjee pecahkan dua biji telor dan pukul manja. Lepas tu Kjee ambil kira-kira tiga sudu inti daging (inti kuih bakar daging) dan dicampurkan dengan telor. Kjee hanya bubuh sikit jer garam sebab inti daging kuih bakar tu dah cukup rasa. Selepas dicampur dengan sedikit cili dan daun bawang, Kjee masukkan sepeket mi segera yang telah dicelur tu.

Kjee panaskan kuali non stick kenit (saiz 6") bubuh sedikit minyak dan tuangkan bahan-bahan tadi. Guna api yang sederhana dan selepas kira-kira 7 atau 8 minit, terbalikkan perlahan-lahan dan masak the other side.

Itu jer. Terbalikkan atas pinggan dan sejuk seketika sebelum dipotong.

Untuk inti, bolehlah bubuh apa sahaja yang anda suka. Baki rendang daging, atau ikan goreng yang diracik isinya... malah apa jer yang korang suka. Kita yang buat dia.

Boleh buat bekal untuk ke pejabat atau anak-anak ke sekolah.






Related Posts:

  • LEMPENG KENTANG SAGAT         Lempeng Kentang Sagat aka Hashbrowns ini  Kjee buat untuk sarapan tadi tanpa dirancang. Kononnya nak makan American breakfast tapi roti tak ada. Ternampak bakul kentang.  &nbs… Read More
  • CHINESE SCALLION PANCAKES         Scallion pancakes ini cukup popular di kalangan Chinese food bloggers. Justeru Kjee pun excited nak cuba setelah intai beberapa resipi. Ia ala-ala roti canai.     &n… Read More
  • HASH BROWN POTATOES        Namanya belit2. Hash Brown Potates. Sebenarnya ia hanya kentang sagat digoreng ala lempeng. Tetapi opkos rasanya lebih sedap ler dari lempeng!       Kjee tak ingat ka… Read More
  • FLUFFY PANCAKES      Biasanya buat pancakes kerja UnclePali. Dia tak suka yang Kjee buat. Rasa macam lempeng Melayu. Hmmm abih tu kita orang Melayu so...     Minggu lepas Kjee tengok Chef Julia Colli… Read More
  • ROTI CORNED BEEF       Saw a video in my newsfeed. Sekeping roti ditebuk tengah empat segi. Kemudian diletak atas pan, letak telor sebiji, sosej dicincang, tutup dengan cheese. Lapik roti tebuk tadi atas cheese dan … Read More

4 comments:

  1. kak jee saya pun buat murtabak maggi juga petang tadi...tapi tak secantik kak jee punya...sebab saya guna kuali biasa je..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak jee untuk tips breakfast tu. saya cukup bingung untuk sediakan sarapan pagi untuk anak-anak saya terutama salah seorang anak saya bersekolah di sekolah cina. oleh kerana dia tak boleh makan di kantin, saya terpaksa sediakn bekal utk dia. upload lebih byk resepi utk breakfast ye kak.

    ReplyDelete
  3. Nampak menyelerakan, boleh cuba nanti

    ReplyDelete
  4. dah lama tak buat..saya pernah buat sekali tapi tak secantik kak jee punya..nanti nak try buat lagilah...

    ReplyDelete