Sunday, March 2, 2014

NAK CARI PAI DAGING YANG HALAL TOYIBBAN?

































Hari tu Kjee pergi PeeJay. UnclePali turun beli air di sebuah kedai runcit. Sebelahnya ada bakeri yang cukup femes bukan milik orang Islam. Kjee suruh UnclePali masuk dan intai berapa hengget harga pie kat situ. Saja nak tau.

UnclePali masuk balik kereta dan kata pie yang sama saiz kecuali tak sarat inti cam yang Kjee buat dijual dengan harga RM2.50. Kjee angkat kening. Aku jual RM3.50 sebiji.

"Laa awak tak usah bimbanglah. Pai yang awak buat intinya padat dan penuh. Dan gerenti halal dan sedap," kata UnclePali.

Alhamdullilah. Sejuk sikit perut dengar kata-kata UnclePali. Mungkin sebab itu ramai kawan-kawan order pie Kjee. Sebab halal kot Kjee beritahu UnclePali.








"Yalah agaknya. Lagipun, kalau ada banyak repeat orders, faham-faham sajalah," tambah UnclePali.

Kenapa Kjee buat pies dan kuih bakar daging sahaja? Sebab jarang orang kita buat dan jual. Actually aku tak reti buat cakes, brownies, muffins bagai. Ramai kata harga yang Kjee jual berbaloi dengan rasa. Wallahualam. Kalau korang nak order, sila sms 0126780501.

Kjee TIADA BUAT PENGHANTARAN ya. Sebab itu Kjee kata hanya untuk mereka sekitar lembah Kelang sahaja. Kena amik sendiri di pam minyak Bhp Taman Melawati, Ulu Kelang di hari dan masa yang ditetapkan.

Kjee mohon maaf sekiranya ada yang tak selesa kalau Kjee suruh bank in duit baru Kjee confirm order. Ada yang order tapi bila tiba masa nak pick up, bagi alasan macam-macam. So nak selamat Kjee suruh bank in supaya korang tu genuine customers.

Kuih bakar daging dijual dengan harga RM6 sebiji. Order minima 3 biji. Mini beef pies RM3.50 sebiji dan order minima 12 biji.


Kuih Bakar Daging







3 comments:

  1. Wah! terlior dibuatnya... kalau dekat mau jer oder... nyum2x...

    ReplyDelete
  2. Slm.. Kak jee. Thanks for all the recipes. Saya jd pengikut tegar blog ni sejak cari resipi tepung pelita ramadhan yg lps. Mmg marvellous n kena dgn tekak. Tq again n again! Chicken pie pun dah try. Saja bwk pegi sekolah n my collegues said sedap mcm domino pizza! Tq kak jee :)

    ReplyDelete
  3. Assalam Kak Jee,
    saya di penang....tak buat order online ke....sedap n teringin pie kak jee

    ReplyDelete