Friday, May 9, 2014

MASAK LEMAK PEDAS PUCUK DAN BUNGA BETIK







Pahit tak? Memanglah pahit. Sapa yang tak tahu pucuk betik tu pahit! Kjee selalu garu kepala apabila Kjee masak guna bahan asas pucuk betik, ada sahaja yang macam geli geleman tanya: "Tak pahit ker?". Nak manis korang makanlah halwa atau telan sekilo gula!

Pahit bagi Kjee adalah ubat. Yang manis tu penyakit. Justru Kjee sangat-sangat suka makan sayur-sayur yang pahit. Tapi apa kan daya dah ada keturunan pengidap kencing manis dalam keluarga. Dan Kjee pun terpaksalah juga tergolong dalam species tersebut.

Anyway, dah beberapa hari Kjee ajak UnclePali pergi cari pucuk betik. Nak rebus buat ulam bersama sambal belacan ataupun nak buat kerabu.

Dalam kami ronda-ronda kat kawasan yang seringkali kami cari pokok betik untuk diambil pucuknya, hari ini ada rezeki pulak bertemu jugak bunga betik. Taklah banyak sangat dalam secekak. Pucuk betik pulak adalah dalam dua cekak.

Masa nak balik, tetiba teringin pulak nak masak lemak cili padi pucuk betik bersama bunga betik. Sesuatu yang mungkin tidak pernah Kjee buat tetapi ada jugak makan di Restoran Minang milik Man di Paya Jaras.

Balik rumah, Kjee petik, cuci dan rebus sampai lembut. Kemudian tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Dah halus, masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar-kasar. Lagi banyak cili padi lagi sedap.

Masukkan bahan-bahan tumbuk dalam periuk bersama santan. Biar mendidih. Kemudian daun serta bunga betik yang telah direbus hingga lembut, ditoskan perah airnya dan masuk ke dalam santan mendidih tadi. Bubuh sedikit garam dan satu asam keping.

Dah elok sebati masaknya, Kjee taburkan sehelai daun kunyit yang telah dimayang halus. Gaul rata dan siap.

Sedap. Kalau ada yang takut pahit, masa rebus pucuk betik tu, bubuhlah garam banyak-banyak. Apabila sudah lembut, cuci bawah air paip sampai hilang masin. Itu petua nak bagi hilang pahit selain cara orang dulu-dulu yang rebus bersama daun senduduk.

Yang masih tanya pahit ke tidak, senang jer Kjee jawab. Pahit so korang tak payahlah makan. Hehehe.







4 comments:

  1. Saya suka sangat makan bunga betik masak lemak cili api Kak Jee...sedap sangat. TQ for the petua rebus dgn garam tu. Biasanya rebus dengan daun senduduk yang bkn senang nak cari kat bandar ni. Mak saya kata "leceh nak masak bunga betik"...hehe...so lepas ni blh rebus dengan garam ke.

    ReplyDelete
  2. sedapnya ...pahit tapi sedap ...family saya kalu rebus pucuk betik siap simpan airnya utk diminum ..hehe

    ReplyDelete
  3. yang pahit tu penawar yang manis tu racun kan kak jee. sodap lah mak aii

    ReplyDelete
  4. Bahan dah ada semuanya saya nak cuba masak gulai daun betik

    ReplyDelete