Friday, May 9, 2014

MASAK LEMAK PEDAS PUCUK DAN BUNGA BETIK







Pahit tak? Memanglah pahit. Sapa yang tak tahu pucuk betik tu pahit! Kjee selalu garu kepala apabila Kjee masak guna bahan asas pucuk betik, ada sahaja yang macam geli geleman tanya: "Tak pahit ker?". Nak manis korang makanlah halwa atau telan sekilo gula!

Pahit bagi Kjee adalah ubat. Yang manis tu penyakit. Justru Kjee sangat-sangat suka makan sayur-sayur yang pahit. Tapi apa kan daya dah ada keturunan pengidap kencing manis dalam keluarga. Dan Kjee pun terpaksalah juga tergolong dalam species tersebut.

Anyway, dah beberapa hari Kjee ajak UnclePali pergi cari pucuk betik. Nak rebus buat ulam bersama sambal belacan ataupun nak buat kerabu.

Dalam kami ronda-ronda kat kawasan yang seringkali kami cari pokok betik untuk diambil pucuknya, hari ini ada rezeki pulak bertemu jugak bunga betik. Taklah banyak sangat dalam secekak. Pucuk betik pulak adalah dalam dua cekak.

Masa nak balik, tetiba teringin pulak nak masak lemak cili padi pucuk betik bersama bunga betik. Sesuatu yang mungkin tidak pernah Kjee buat tetapi ada jugak makan di Restoran Minang milik Man di Paya Jaras.

Balik rumah, Kjee petik, cuci dan rebus sampai lembut. Kemudian tumbuk cili padi bersama kunyit hidup. Dah halus, masukkan ikan bilis dan tumbuk kasar-kasar. Lagi banyak cili padi lagi sedap.

Masukkan bahan-bahan tumbuk dalam periuk bersama santan. Biar mendidih. Kemudian daun serta bunga betik yang telah direbus hingga lembut, ditoskan perah airnya dan masuk ke dalam santan mendidih tadi. Bubuh sedikit garam dan satu asam keping.

Dah elok sebati masaknya, Kjee taburkan sehelai daun kunyit yang telah dimayang halus. Gaul rata dan siap.

Sedap. Kalau ada yang takut pahit, masa rebus pucuk betik tu, bubuhlah garam banyak-banyak. Apabila sudah lembut, cuci bawah air paip sampai hilang masin. Itu petua nak bagi hilang pahit selain cara orang dulu-dulu yang rebus bersama daun senduduk.

Yang masih tanya pahit ke tidak, senang jer Kjee jawab. Pahit so korang tak payahlah makan. Hehehe.







Related Posts:

  • UDANG HALUS PEDAS Udang halus ini hanya laku keras dalam rumah Kjee kalau masak macam ini. Sejak diperkenalkan oleh my fren Liza, Kjee pantang ternampak kehadirannya di bahagian basah pasaraya. Tetapi ini bukan udang geragau y… Read More
  • IKAN TALANG KERING         Menjelang aje bulan Puasa, ikan Talang Kering menjadi antara lauk pilihan kami. Aritu UP ke kedai Soon Cheong Marine di Selayang. Kedai itu mempunyai stok segala jenis ikan kering/bilis… Read More
  • SAMBAL GORENG AYAM         Lauk ini biasanya singgah di rumah orang Jawa masa Raya. Kat rumah Kjee, tak kesah apa Raya pun, Kjee tetap buat. Asal teringin ajer, terus on! 😄        Hari ini Kj… Read More
  • SAMBAL SOTONG TIN      Seronoknya Kjee apabila Kjee cari online, jumpa pulak sotong dalam tin jenama Rex. Uncle dah almost give up cari kat dua supermart berhampiran. Dia kata dah tak ada production lagi kot. 😢… Read More
  • KARI AYAM SEDAP         Bagaimana nak masak Kari Ayam sedap, tanya seorang fren di FB satu masa dulu. Rempah apa yang sedap. Rempah Melayu ke India?         Sejak kecik lagi mak Kjee m… Read More

5 comments:

  1. Saya suka sangat makan bunga betik masak lemak cili api Kak Jee...sedap sangat. TQ for the petua rebus dgn garam tu. Biasanya rebus dengan daun senduduk yang bkn senang nak cari kat bandar ni. Mak saya kata "leceh nak masak bunga betik"...hehe...so lepas ni blh rebus dengan garam ke.

    ReplyDelete
  2. sedapnya ...pahit tapi sedap ...family saya kalu rebus pucuk betik siap simpan airnya utk diminum ..hehe

    ReplyDelete
  3. yang pahit tu penawar yang manis tu racun kan kak jee. sodap lah mak aii

    ReplyDelete
  4. Bahan dah ada semuanya saya nak cuba masak gulai daun betik

    ReplyDelete
  5. pahit tu yang buat ianya sedap... orang muda sekarang ni takut nak makan pahit

    ReplyDelete