Wednesday, June 4, 2014

CARA BETUL MASAK LEMAK LABU MANIS








Ketika singgah blog Dapur Tanpa Sempadan Che Mat Gebu hari tu, Kjee ternampak entry yang beliau buat mengenai Masak Lemak Labu Manis. Kata Che Mat dalam entry tu, ramai orang dah pandai buat tapi beliau pasti ada lagi yang tak reti memasaknya.

Lepas tu Kjee tengoklah cara-cara Che Mat masak lauk tu. Adoiii memanglah mokcik antara yang tak reti nak memasaknya!! Patutlah bila udah siap lauknya, labu tu lembik dan ada jugak yang hancur!

Mokcik buat gini. Alahai malunya nak citer. Mokcik rebus dulu labu yang telah dipotong dadu. Lepas tu mokcik jerang santan dengan hirisan bawang merah, bawang putih dan udang kering. Masukkan terus labu yang dah direbus tu. Masak sambil santan mendidih!

Tak ke haru! Mestilah lembik dan hancur labu tu kan! Itulah kalau masakan ini bukan sesuatu yang pernah Kjee tengok arwah Bonda masak. Or...adakah beliau tidak pernah masak sepanjang hayatnya!




Terima kasih Che Mat beri kesedaran kepada mokcik sebelum terlewat. Hehehe.

Semalam Kjee masak lauk ni. Oleh kerana Kjee masak guna santan kotak, maka Kjee tak guna santan cair cam Mat Gebu. Kjee guna air biasa dan campakkan hirisan bawang merah, bawang putih, hirisan cili merah dan udang kering.

Air tu taklah banyak. Cuma untuk melembutkan sahaja labu yang telah Kjee dadu. Kemudian apabila labu sudah ½ lembut, baru Kjee masukkan santan. Tak perlu banyak-banyak. Pepandailah lah adjust. Kalau banyak sangat sangat nanti makan rasa mual. Kenapa? Mungkin sebab labu tu dah manis.








Kemudian bubuh serbuk lada hitam dan biarkan kuahnya mendidih. Jangan lupa bubuh sehelai daun kunyit yang telah dicarik-cari. Nak bagi naik bau wangi/ Apabila sudah lembut labu, padam api. Itu jer.

Kali ini dapatlah Kjee rasa lauk labu yang sebenarnya. Sukanya aku.

Semalam Kjee gandingkan dengan sambal telor rebus, tongking ayam goreng dan jugak pekasam ikan lampam . Awesome. 

Kalau nak resipi dari pakar KLIK SINI.



Sambal Telor Rebus. Background tu tongking ayam


Related Posts:

  • PERIA KATAK UBAT DIABETES? Lebih elok kalau dibuat ulam mentah Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan… Read More
  • UDANG HALUS BERLADO, PEMBUKO SELERO Dulu, kalau ke pasar, dan nampak udang putih halus, Kjee pandang sebelah mata jer. Bukan kerana berlagak dan hanya makan udang kasar jer. Tetapi kerana tak kuasa nak bersihkan udang2 halus tu. Jari jemari kita dah le m… Read More
  • PERIA GORENG BERLADO UDANG KERING vs ASAM PEDAS TENGGIRI Hari ni rezeki kami untuk makan tengah hari ialah Asam Pedas Ikan Tenggiri, Peria Katak Goreng Berlada dengan udang kering, ikan tenggiri goreng dan ikan gelama jeruk goreng. Makan dengan nasi putih. Pasti kor… Read More
  • ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI Asam Pedas ikan tenggiri yang buat semalam. Ingatkan adalah baki untuk dicicah dengan roti pagi ini. Hmmm rupa2nya habis malam tadi tanpa ku sedari. Hehehe. Itulah pasal  kalau dah lama tak masak menu ni kan?… Read More
  • SIAKAP SEGAR MASAK TIGA RASA Lama betul Kjee tak buat entry makanan kan? Kenapa? Sebab semenjak dua menjak ini, Kjee dah jarang2 masak. Asyik makan kat luar jer. Apabila dah tak lalu makan kat luar kenapa korang sengih? makan kat kedailah. Makan ka… Read More

10 comments:

  1. Masak lemak labu dan lauk sambal... Ikan masin sekali... Classic combo !!! Terliur. Thanks for sharing ;)

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Jee,

    Lemak labu ni kalu taruk daun selasih + daun kunyit lagi sedap dan harum lagi menyelerakan hehe

    ReplyDelete
  3. kecur air liurku melihat entry ni di kala tiwba waktu luch.sedappppppppppppppnye kakjee

    ReplyDelete
  4. salam Kjee, pengat labu dan masak lemak labu..feveret akak tu..

    ReplyDelete
  5. ohh kjee ku cayang..... sedapnya tengok gambar.........

    ReplyDelete
  6. Saya selalunya cairkan santan kotak dengan air pada nisbah 1:2, jerang sekali gus dengan rencah (bawang, serai ketuk, ikan bilis/udang kering), labu/keledek, bila labu hampir empuk, masuk hirisan daun kunyit & daun labu/pucuk manis, masak lagi sehingga daun empuk & kuah cukup pekat....

    ReplyDelete
  7. Kjee kite try msk mcm kjee guide tu...jadikk...pakej skali sambal telur plus ikan masin...tq kjee

    ReplyDelete
  8. Hmm sedapnya ... makan dengan ikan goreng.

    ReplyDelete
  9. saya la tu antara org yg tak pandai masak labu. lepas ni bole ikut cara kak jee..tq

    ReplyDelete