Friday, December 5, 2014

JULIE DHALAN SEKARANG

Kak Julie, dan anaknya Hani. Yang belakang tu tak pasti siapa. Suami Hani?!!




Malam tadi, kawan Kjee, Che Din, tunjuk gambar-gambar diatas semasa dia lawat Julie Dahlan baru-baru ini. Terkedu Kjee. Rasa nak menangis. Kak Julie nampak uzur sangat-sangat.

Bulan lepas, Kjee terserempak dengan anak bongsunya Hani bersama ayahnya Abang Harmi serta isterinya (ibu tiri Hani) di Restoran Craven, Bukit Antarabangsa.

Apabila nampak Kjee, Hani terus beritahu ayahnya dan mereka datang ke meja Kjee. Hani jemput Kjee datang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa. Ibunya tinggal bersamanya.

"Aunty tak nak tengok Mummy ker? Mummy tak sihat sekarang. Mata dia dah kurang nampak. Sekarang jalani dialysis untuk sakit buah pinggang. Sebelah mata dah dibedah. Kosnya tinggi sebab tu Hani tengah kumpul duit nak buat pembedahan sebelah lagi matanya," kata Hani.

Sebaknya Kjee dengar. Ya Kjee ada jumpa Kak Julie masa satu majlis di Finas anjuran Persatuan Artis-Artis Veteran Malaysia awal tahun ini. Kjee nampak ada kawannya pimpin tangan Kak Julie ke meja. Kjee yang masa tu naik kerusi roda, terus minta UnclePali tolong Kjee jumpa Kak Julie.




Masa last jumpa beliau



Kjee rapat dengan beliau tetapi beliau macam tak nampak Kjee. Baru Kjee teringat ada orang kata dia sudah rabun. Kjee peluk Kak Julie dan bisik. "Kak Julie, ni Fauziah Samad." Hah, jawabnya. Dia peluk erat Kjee. "Kak Julie dah tak nampak sangat," katanya perlahan.

Julie Dahlan antara insan yang banyak memperkenalkan insan pelakon. Masa itu (sekitar tahun 80-an), sesiapa sahaja, baik lelaki mahupun wanita, kalau nak jadi pelakon, akan berjumpa dengan Kak Julie. Kjee pasti mereka tahu siapa diri mereka.


Julie Dahlan naikkan nama Lydia dan Maria Arshad. foto google



Anyway, just nak bagitau, Kak Julie sekarang banyak dibantu Baitulmal Wilayah Persekutuan ketika menjalani dialysis. Harap-harap rakan artis yang pernah menerima budi Kak Julie boleh tampil dan membantunya untuk menjalani kehidupan dan rawatan. Yang nak bantu pun boleh jugak walaupun tidak kenal rapat dengan beliau.

Nanti Kjee cari balik bisnes kad yang diberi anaknya Hani Harmie hari itu. Kjee pun memang berhajat nak pergi melawat Kak Julie dalam masa terdekat. Insya Allah.

Foto dari FB Che Din. Sorry cilok tanpa kebenaran Che Din. Raya nanti kita bermaaf-maafan. Hahaha.





Kak Julie dan sahabat Kjee, Che Din

1 comment:

  1. Sebaknya tengok. Dulu dia seorang yg ceria dan nampak segar.

    ReplyDelete