Wednesday, December 3, 2014

KUIH BOM BOLEH BUAT AKU KENA HEART ATTACK!






Bukan tak ada orang jual. Berlambak!! Tapi cuma suka-suka nak cuba. Apatah lagi masa buat homework, Kjee teruja sangat apabila semua cerita pasal lecehnya nak buat. Ada yang sampai melecur kena minyak panas!

Serius ni! Ada satu blogger (Chinese lady) kata dia sangat trauma apabila 'minyak panas terpercik satu dapur kecuali siling!' Perghhhh menakutkan!!

Wah, kata UnclePali. Patutlah namanya kuih bom. Time bomb atau bom jangka, rupa-rupanya! Sukati nak meletup bila dia suka! Hehehe.

Tapi, lagi mencabar tugasannya, lagi Kjee tak boleh tidur siang dan malam. Kalau jadi, okaylah. Kalau tak jadi, jangan pulak aku sampai kena usung naik ambulans gi spital. Lol.

UnclePali sibuk buat rumah kucing yang dah masuk hari ke-6,  tak siap-siap lagi. Alahai kalau dah tukang Melayu. Opppps harap dia tak dengar. Hehehe. So, Kjee buatlah kuih bom ni sorang-sorang. Tapi sesekali dia jenguk jugak. Takut kalau bini dia jadi mangsa ledakan bom! Hohoho.





Golek dalam bijan



Mula-mula goreng tiga biji. Sedia menghadapi segala kemungkinan



Kjee guna resipi ntah mana satu yang Kjee google sejak seminggu lepas. Ada yang kata kalau tak mau kasi meletup, buat pagi, petang baru digoreng. Ada seorang lagi kata, buat terus goreng. Kalau tidak nanti meletup. Pulak! Ada macam-macam tips lah!

So Kjee pilih cara yang mana satu? Hmmm first thing first. Kjee keluarkan oven gloves UnclePali yang menutupi hingga ke lengan. Pastu Kjee pastikan yang jarak antara kuali dan Kjee, mesti at least 10 kaki! Hahaha macam real jer. Macam nak gi perang! Oh My God!!

Kjee guna inti kacang merah. Hari tu Kjee buat bubur kacang merah kan? So, ada baki. Kjee keringkan sedikit airnya, letak gula secukup rasa dan juga sedikit tepung gandum untuk pekatkannya. Kjee tak makan manis so kemanisannya ikut tekak korang.

Dah sejuk, Kjee gentel sebiji sebiji dan simpan dalam freezer.

Kjee mula buat doh. Dua cawan tepung pulut, dua sudu tepung gandum, secubit garam dan air secukupnya untuk jadikan doh yang tak melekit! Pastu buatlah sebulat guli yang besar warna putih tu. Pastu leperkan, letak inti dan buatlah bebola. Lepas tu golek-golek dalam bijan.

Bab letak inti dan tutup jadi bebola tu, memerlukan tahap kesabaran yang cukup tinggi bagi first timer cam Kjee. Kjee hampir-hampir nak give up! Sesungguhnya, beli yang dah siap, mudah sangat! Kerja camni biarlah yang pakar jer buat, kata hati kecil Kjee. Hahaha cian kan.





Permandangan dari jauh, Nampak tak percikan minyak atas dapur




Ok sampai bab nak goreng. Kjee pasrah. Dah standby apa jua kemungkinan. Kjee guna api paling kecil, panaskan minyak satu saucepan. Minyak mesti banyak. Goreng secara tenggelam. Apabila Kjee rasa minyak dah panas, Kjee masukkan 3 biji dulu. Well, kalau tiga ketui jer, meletop nanti tak ler parah. Hahaha.

Lima minit pertama, senyap jer. Kemudian, Kjee besarkan sikit api. Konon-kononnya konfidenlah. Tak sampai dua minit ada bunyi letupan kecik. Kjee jerit. UnclePali jenguk muka kat pintu. Kjee cepat-cepat padam api. Letupan berhenti. Kjee bukak balik api dan sambung goreng sampai warna ala-ala brown sikit. Nak goreng lama-lama takut meletup.

And then Kjee keluarkan dan goreng yang lain. Kjee tak buat banyak. Hanya dapat dalam 16 biji jer. Sampai ke sudah Kjee jaga-jaga. Well, tiada terjadi sebarang musibah. Alhamdullilah. Kjee keluarkan semua kuih bom tadi. Bulat-bulat dan montok-montok.

Tapi masa Kjee siap-siap nak amik gambar, tetiba semuanya jadi kecut. Alahai camner orang lain buat dalam gambar mereka nampak montok-montok? Ah lantak lah.

Well, lain kali tak mau buat lagilah. Boleh kena sakit jantung aku buat kuih kebahboom ni... opppss Kuih Bom. Hehehe.






5 comments:

  1. Hihihii... bila baca citer Kjee ni, nak ketawa ada, kesian pun ada. Tu la penangan kuih bom kan Kjee. Orang kata meletup, itulah yang kita nak cuba, baru thrill, ye tak? Cuba pun at least sekali, baru la puas hati... I've done that before (whatever the consequences nya la kan! Ahaksss). My experience with this kuih bom, I made a long time ago. Kawan ni datang rumah, sama-sama buatlah. Dia ajar cara mak dia buat, guna air kelapa. Dah siap uli bagai, tiba masa nak goreng. Half way menggoreng, dia terpaksa balik rumah. So kita sambung goreng. Bila dia goreng, cantik tak meletop. Bila kita goreng... haaa hamek!!!! Sampai sekarang tak pernah buat lagi. But since Kjee dah keluar story ni, ish macam teruja la pulak.... hahaha....

    ReplyDelete
  2. alahai kak Gee...baru berangan nak buat, saya pun lom pernah buat...ngeri lak baca coretan kak Gee....ermmm...mcm bakal bakal jadi projek tertunda jer...takut masuk spital gak saya ni....
    masa kecik kecik arwah mak selalu buat....suka makan.

    ReplyDelete
  3. salam...nak share camner taknak bg meletop,.utk adunan 1 peket tpg pulut campurkan 1/2cwn tpg gandum,utk dptkan kulit luar lebih gelap & cun campurkan sedikit air gula merah semasa menguli tepung.sekian...tips dr anak penjual kuih,sharing is caring.

    ReplyDelete
  4. hahaha...gelak sakan bila baca citer Kjee...takut la pulak nk buat kuih nih....boleh lemah jantung di buatnya...hahaha...

    ReplyDelete
  5. Salam..Kjee untuk mengelakkan dari meletop dan jadi kecut....campurkan adunan dengan keledek atau kentang rebus yang telah dan dilecek...InsyAllah tidak meletop dan montok-montok kejadiannya...walau dah sejuk.

    ReplyDelete