Wednesday, April 8, 2015

ABAM... GEMUK IS NOT AWESOME!! JANGAN TIPU DIRI SENDIRI!!



































Hujung minggu lepas, Kjee excited sangat nak tengok Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25. Tapi kerana keletihan, awal-awal lagi Kjee suruh Nadia rakam sambil tengok. Kjee terlentuk-lentuk atas my lounge chair depan TV. Sesekali tersedar, tengok pastu terlena balik.

Korang ingat Kjee kena penyakit OSA ker? Kejap jaga kejap lena? Oh tidak Insya Allah.

Anyway, Kjee bukanlah nak cerita pasal penyakit Obstructive Sleep Apnea, singkatannya OSA hari ni. Kjee tak pernah mengalami penyakit OSA. Ia terjadi kepada sesetengah insan yang obese. Tapi, doktor pakar di Ampang Hospital pernah suruh Kjee lalui satu pemeriksaan untuk memastikan samada Kjee terkena OSA ni. OSA salah satu penyebab orang mati ketika sedang tidur!!

Tapi seperti biasa Kjee tak minat lalui pemeriksaan OSA ni sebab Kjee pernah tengok pesakit OSA di Hospital Pakar Ampang. Sambil duduk boleh terlena, sambil berkayuh atas basikal dalam bilik terapi, boleh terhenti dan tertidur. Kes Kjee tak teruk, jadi apa hal aku nak jalani pemeriksaan itu.

Bukannya periksa biasa-biasa tapi kena tidur satu malam di hospital dan tubuh diletakkan wayar bagai. Dia orang nak cek pola atau pattern tidur kita.

Eh apalah kaitan OSA dengan ABPBH25 kan? Wah kehebatan Kjee merapu dan lari dari landasan apa yang Kjee nak tulis sudah kembali!! Dah lama lupa nak merapu. Tentu korang rindu mokcik tulis merapu kan!! Hehehe

Sebenar-benarnya lah sumpah mokcik tak tipu entri ni adalah pasal GEMUK IS AWESOME orang sekarang eja OHSEM  yang diucapkan oleh pelawak Abam masa dia dapat award malam tu. Nama award Kjee tak berapa dengar tapi pastilah ada kaitan dengan genre dia kan. Melawak.




Kalau Abam tak gemuk, tentu boleh pakai kot yang lebih cantik kan?!!


Kjee yang tengah tidur-tidur ayam tu terus terjaga. GEMUK IS AWESOME kata Abam sambil disambut tepukan gemuruh penonton. Esoknya, hampir semua orang di FB cerita pasal Abam dan GEMUK IS AWESOME itu. Bukan tu jer, sindir jugak orang macam Kjee yang jual slimming serum... tak lakulah lepas ni, kata dia orang.

Kjee geleng-geleng kepala. Alahai Abam. Mokcik lagi lama gemuk dari awak. Berapa sangatlah usia awak berbanding dengan mokcik. Pangkat anak jer awak tu. Lebih separuh usia, mokcik habiskan bersama tubuh yang tak awesome ini!!

Mokcik terlebih dulu pujuk hati dengan pelbagai excuse untuk meneruskan kehidupan dengan tubuh yang obese ini. Berbuih-buih mulut orang di sekeliling suruh mokcik lose weight. Dari doktor kepada mereka yang rasa mereka lebih terer dari doktor. Semuanya kerana nak mokcik sihat. Nak mokcik boleh jalan semula sebab kerana gemuk, kemungkinan punca mokcik sakit lutut. Lima tahun naik kerusi roda tau!


Di Langkawi beberapa tahun lalu



Tapi mokcik banyak bagi alasan yang bodoh sebab nak 'stop mulut-mulut jahat' dari kata itu dan ini. Mokcik ada banyak alasan atau excuse. Yang paling popular..

1. Sakit lutut dan tak boleh jalan sebab gemuk? Alahai gajah tu lagi besar, gemuk dan berat tapi tak pun sakit lutut! Ada korang tengok gajah sakit lutut, tak boleh jalan dan naik wheel-chair?

2. Masa mokcik aktif berlakon dulu, mokcik pun tergolong dalam golongan obese. Berat 100kg. Tapi taklah sakit lutut cam sekarang. Orang suruh kuruskan badan supaya tak dihinggapi penyakit. Mokcik selamba bagi alasan kalau kurus takut produser tak amik berlakon lagi!

Ewah, punyalah teruk mokcik dengan dua alasan-alasan diatas kan!  Ya alasan demi alasan ku cipta!! Tetapi apabila usia sudah dekat-dekat enam series, mokcik dah mula risau. Manalah tahu kalau tamat riwayat nanti, keluarga mokcik kena guna crane nak hangkut jenazah aku!

Maka mokcik pun usaha dan ikhtiar. Selama 3 bulan mokcik ikhtiar. Korang tentu tak percaya mokcik ni bukan 'buruk lantak!' Orang buruk lantak ni, pantang tengok makan. Membujur lalu melintang patah!

Setiap hari mokcik makan sekali jer nasi. Setiap kali dalam empat atau lima suap sahaja. Sarapan makan 1 keping capati atau tosei. Tengah hari nasi yang empat lima suap tu bersama lauk satu atau dua jenis. Minum petang kekadang ada kekadang tak ada. Tapi selalu tak ada sebab time minum petang time mokcik zzzzzzzz selama 1 jam. Pastu dinner, tak makan nasi. Hanya makan makanan seperti mi sup, kway teow goreng atau western. Itu aje.

Yang best bulan Puasa. Mokcik sahur makan apa yang ada. Jarang-jarang nasi. Kekadang sekeping roti canai atau quaker oats satu mangkuk kecik. Buka puasa makan 4-6 suap nasi bersama satu atau dua jenis lauk. Pastu next meal is sahur! Tiada makan antara berbuka dan sahur! Tiada morey tiada apa!!

Susah nak percaya tapi UnclePali dan Nadia adalah saksi utama Kjee!! Only God knows camner Kjee boleh obese!

Awesome ke camni???


Foto terbaru


Jadi, nak pendekkan cerita... ramai orang tak pernah tengok Kjee kurus sebelum tahun 1982. Kjee mula debab lepas beranak satu... dan bila beranak Nadia, susut sikit badan pastu kahwin dengan UnclePali pada tahun 2000, Kjee naik balik setahun kemudian atas dua sebab. Satu sebab tersalah amik ubat asthma yang mengandungi steroids dan satu lagi sebab jalani pembedahan buang rahim.

Badan Kjee melonjak-lonjak naik bagai di pam pam.

And of course selama Kjee gemuk macam belon, banyak penyakit yang tunggu diambang pintu. Mujur tiada yang serius kecuali tekanan darah rendah dan diabetes. Penyakit diabetes ni pun baru Kjee kena 4 tahun lalu. Kjee terlalu jaga tidak amik makanan yang boleh terdedah kepada diabetes. Tapi oleh kerana keturunan kjee ada diabetes maka Kjee pun kenalah.

Okay berbalik kepada Abam. Korang ingat dia tak nak ke kurus dan ensem macam orang lain? Mustahil tak nak! Boleh kerat jari aku kalau dia kata tak suka nak kurus! Masa tak popular bolehlah tak kesah kalau gemuk tapi bila dah popular dan banyak duit?

Tak ke dia teringin nak pakai baju yang cantik-cantik macam orang lain? Ada body six-pack? Jadi cover magazine? Tak ke dia teringin dikerumuni gadis-gadis comel lote. Memanglah sekarang ramai gadis yang kerumun nak selfie dengan dia... tapi ada ke yang sanggup nak jadikan dia kekasih... boyfriend? Ohhh sorry Abam... tak sanggup mokcik nak cakap apa-apa.

Kjee kawan baik dengan arwah Bob KU2. Kjee pernah makan semeja dengan dia. Kjee baru nak telan nasi dagang dua suap, dia dah mintak pinggan kedua!! Mata dia juga liar memandang menu untuk intai makanan lain!

Kjee pasti Abam pun begitu. Kjee tak tau siapa ajar dia suruh cakap macam tu! GEMUK IS NOT AWESOME Abam. It hurts!! Boleh mati anytime sebab kalau gemuk macam Abam, anytime jantung anda akan stop beating sebab terlalu banyak lemak sekelilingnya!! Itu yang terjadi pada Bob!

Memanglah ajal maut Allah swt yang tentukan. Tetapi Allah suruh kita usaha dalam hidup ini. Usaha cari rezeki untuk hidup. Dan pastinya, orang macam Abam, macam Kjee tak usaha selama ini... sebab itu jadi obese.

Mujur Kjee tak pernah give up cuba nak ringankan sikit badan. Di usia yang hampir 6 series ini, rupa-rupanya tak mustahil. Oh ya Kjee ada satu lagi excuse. Excuse no 3.

3. Alahai, orang tua susah nak kurus. Metabolism (pembakaran lemak dah zero). Macam mana nak kurus!

Wah jahat betul mulut Kjee bagi excuse ke-3 ini. Siapa cakap tak boleh? Kena usaha lah baru boleh!! Selama 3 bulan Kjee cuba product L'arome Slimming Serum yang sangat Kjee suka sebab tak payah diet! Bantai aje makan seperti yang Kjee amalkan selama ini. Hasilnya?






Hasilnya, berat taklah turun banyak rasanya, tapi Kjee dah boleh jalan! Badan dah ringan!! Jarang jarang sekali guna wheelchair atau kerusi roda seperti 5 tahun yang lalu! Wheelchair hanya guna kalau pergi shopping complex atau gi spital. Parking kan jauh kat spital. Pastu nak pergi jumpa doktor kat hujung bangunan. So UnclePali paksa Kjee naik kerusi roda supaya tidak cederakan lutut!

Sekarang baju Kjee dah banyak sangat longgar. Macam pakai baju pinjam. Dan bila orang kata muka dah nampak lonjong, tubuh dah nampak susut, punyalah aku suka! Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan L'arome.

So Abam... janganlah nak tipu diri dengan tagline GEMUK IS AWESOME! Awak masih muda. Insya Allah senang nak kurus dari mokcik! Kalau nak buat macam mokcik yang dibantu L'arome Slimming Serum, Whatsapp 01131771389. Murah jer dik. RM410 jer untuk empat botol. Harga Semenanjung.

Itu jer. Panjang lebar kan. Tapi puas hati menulis. Sambil-sambil tu promote ler L'arome. Hehehe.



Foto terbaru bersama my upline Elly... L'arome buat dia senyum

Beberapa tahun lalu bersama Datin Rudiah kakak allahyarham Sudirman. Gemuk was not awesome!!


6 comments:

  1. yes kak, agreed...gemuk was not ohsem

    ReplyDelete
  2. Sy pun de alasan bodoh bila org ajak bersenam... ; tak nak lah,penat terlemak..syg nk buang.. Tapi tu kat mulut je. Kat hati takut gak kalau lemak2 tu terus tepu.

    ReplyDelete
  3. panjang lebar Kjee tulis, semua tu betul belaka....saya yg berat 68kg ni pun rasa semput bila naik tangga...cepat rasa penat..

    ReplyDelete
  4. aweeesomee penulisan kak jee..santai sambil dapat info berguna...lepas nie saya share dalam blog saya plak ehh kak je... http://blognurkhai.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Agreed kak.. Saya tak lah gemuk, tapi dulu berisi juga.. Cuma mak saya gemuk beberapa tahun yang lalu.. Satu hari mak jatuh sakit..tak boleh berjalan, kaki dia sakit setiap kali berjalan... dia terpaksa merangkak untuk ke bilik air..saya sedih sangat.. Bila pergi ke hospital..nak menaiki tangga..dia terpaksa berpegang pada bahu saya menaiki satu persatu tangga.. Saya tak kisah memapah mak hingga ke bilik air atau kemana saje yg dia nak pergi..tapi saya terfikir..apakah anak saya akan berbuat demekian sekira nya saya jadi macam itu satu hari nanti... Dari hari itu saya nekad..saya akan cuba menjaga makan supaya tidak melebihi berat badan yg sepatutnya. Alhamdullilah, ibu saya juga mula mngatur makanan hariannya..walaupun tak banyak susut..sekurang-kurangnya dia dah boleh bergerak di dalam rumah..walaupun ada rasa nyilu sedikit.
    Tahniah juga pada kak jie kerana berjaya mengurangkan berat badan... semuga kak jie diberi kesihatan yg sehat...

    ReplyDelete
  6. Hampir 5 thn dari tarikh artikel ini(08/2015), beliau mati dalam tidur . Org kata dia mati sebab femam tapi saya PERCAYA dia mati kerana KEGEMUKKAN yang dibanggakan . Mati GEMUK dalam tidur (apnea).

    ReplyDelete