Saturday, April 11, 2015

JAZZ HOUSE MASUK RTM1 RAMADHAN NANTI




Brian Masterchef bersama Chef Jaja hehehe






































Geng geng nasi tambah... hehehe sebelah Brian, Puan Maziah toke Mazia Catering
























Satu petang Kjee dapat call dari Jaja, toke Jazz House of Steamboat and Grill. Jazz House nak masuk TV lah Kjee, kata Jaja. Seronok sangat. Jom lepak-lepak, katanya.

Dalam menyusuri kesesakan lalulintas petang tu, Kjee sampai ketika crew RTM yang diterajui penerbit Puan Norhaslita Hasnan sedang sibuk cari angle dan pacak kamera. Kjee dan UnclePali bergegas masuk ke dalam restoran. Kelihatan Puan Maziah, bonda Jaja melambai-lambai di sisi sahabat-sahabat Jaja dan wartawan Rosnah Abdul Aziz aka Rosecun.

Dah lama Kjee tak tengok shooting. Cam best jer. Tapi dek terlajak berbual masa rakaman dibuat, banyak kali kena sound dengan penolong penerbit. Hehehe.

Rancangan baru berjudul Menu ni belum ditayangkan lagi. Khabarnya, projek bulan Puasa. Ia mengisahkan makanan dari Pasar Malam yang dihidangkan kini di Restoran. Begitulah sikit lebih kurang.

First time Kjee jumpa Brian Masterchef. Sangat peramah dan sungguh fasih berbahasa Malaysia. Kalau tak pandang wajahnya, mungkin tersilap fikir dia pemuda Melayu.

Begitulah Sepetang di Jazz House. Jangan lupa tonton bulan Puasa ni. Brian Masterchef dah bagi Jaja title Chef Jaja. Aye aye Chef!! Hehehe.

Omputih kata... Let pictures speak... jom layan. KLIK sini jugak.





Puan Norhaslita sedang bagi arahan

Chef Jaja bagi resipi kuah steamboat

Jazz House memang terbaik Brian!





Nampak rumah kayu warna oren tu? Itu rumah Kjee dilahirkan... rumah arwah datuk... sebelah pagar Jazz house

Jaja senyum tapi gementarnya Allah jer yag tahu. Hehehe





Steamboat dan Grill... yang tak pernah datang, tak teruja ker tengok?

Related Posts:

  • VOKAL BUKAN SEKADAR RUPA BERI HARAPAN KEPADA YANG TIADA PAKEJ Aizat dulu dan sekarang!! foto semua gua google Vokal Bukan Sekadar Rupa, made it's debut (muncul kali pertama)  malam tadi. Kjee dah agak dah ia akan menjadi Battle of The Bulge. Species macam Kjee memang ramai… Read More
  • JAGA SENSITIVITI BILA BERLAWAK gambar ehsan mStar  Kjee tidak berniat untuk menyentuh kemenangan kumpulan Sepah dalam rancangan Maharaja Lawak. Tetapi Kjee tujukan nasihat ini bukan sahaja kepada Sepah tetapi juga pelawak2 tanahair yang lain. Sekira… Read More
  • BEST IN THE WORLDKetengahkan Pelbagai Masakan MalaysiaPETALING JAYA: Jika anda penggemar makanan tempatan, dokumentari yang mengetengahkan makanan-makanan Malaysia, Best In The World akan disiarkan di 8TV, setiap Khamis, pukul 9.30 … Read More
  • RANCANGAN HIBURAN BARU 'INILAH...' DI RTM 1 Latiff Ibrahim - suara masih power Hail tak datang hari ni so abg Latiff ganti Dato Malek Redzuan - lagu Cukup Sampai Disini Sayang cukup berhantu dulu Siang tadi Kjee memenuhi undangan teman baik Kjee, bekas wartaw… Read More
  • FARA DAN NEELOFA PENGACARA NONA? TV3 DESPERATE SANGAT KER? FOTO2 EHSAN GOOGLE  Balik dari Semenyih dan tengah makan KFC depan sambil surf berita di mStar online. Hampir2 tercekik Kjee apabila terbaca berita Fara Fauzana dan Neelofa bakal menerajui Nona musim depan bermula J… Read More

2 comments:

  1. Saya pernah datang Kjee ke Jazz Steamboat. Terjumpa.Kjee di sana sama.Nadia. Kjee lagi peramah dari Brian kot. Hahaha

    ReplyDelete
  2. terliurnya tengok steamboat dia... saya nak saya nak saya nak..

    ReplyDelete