Wednesday, February 24, 2016

MINUM PETANG JEMPUT-JEMPUT LABU






Masa kemas peti ais tadi, baru teringat ada sepotong Labu Manis yang Kjee beli kat Hero Market, Ahad lalu. Ingatkan nak buat Bingka tapi ubah fikiran apabila teringat Jemput-Jemput Labu masa singgah Restoran Jaja Jazz House hari tu. Tapi kerana dah kenyang, Kjee tak teringin pulak nak rasa.

Kjee buang kulit, dadu satu mangkuk kecik dan rebus sampai empuk. Kemudian Kjee lenyek sampai halus. Letak tiga sudu besar gula perang (soft brown sugar) dan secubit garam. Gaul rata. Kjee hanya letak dua sudu gula sahaja. Tapi seeloknya biarlah manis sedikit.

Kemudian dicampur labu lenyek tadi ke dalam satu mangkuk sama tepung gandum yang telah diletak satu sudu baking powder. Kacau sampai rata. Kalau dirasakan perlu, letaklah satu atau dua sudu lagi tepung gandum.

Panaskan minyak dan ambil sejemput dan masukkan perlahan-lahan ke dalam minyak. Buat sampai habis. Goreng guna api sederhana sehingga warnanya menjadi keemas-emasan.

Comel dan bulat-bulat jadinya. Itulah minum petang kami hari ini. Tapi kalau diberi pilihan antara Jemput-Jemput Pisang dan Labu, Kjee pilih jemput-jemput pisang.






Related Posts:

  • ROTI JALA MENGAMIT KENANGAN Kenapa pulak makan roti jala mengamit kenangan? Hmmm kalau tidak kerana Roti Jala, agaknya Kjee tidak akan ada kenangan menjadi peniaga. Kjee pasti ramai pelanggan Kjee di dua food court di Taman Melawati sekitar t… Read More
  • PAI WAJAH BARU DARI KJEE Ini sebelum masuk oven Inilah pai daging berwajah baru yang Kjee hasilkan. Sesiapa minat dan nak order, sila sms 0126780501. Sms jer tak payah kol buang kredit. Minimum order 12 biji dan TIADA DELIVERY! Hanya … Read More
  • RAMEKINS DAN KEGUNAANNYA Disiarkan dengan ehsan CMG...oppsss sorry tak mintak izin. Jangan saman yer. Hehehe Layan jangan tak layan, kata Unclepali apabila Kjee kata ada yang nak beli ramekins tapi tak tau nak guna buat apa. Google jer,  … Read More
  • BURGER AYAM ROTI PITA Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain… Read More
  • SAJIAN PETANG KARIPAP SARDIN Inilah kerja Kjee apabila kebosanan melanda. Bukan Kjee makan tapi buat stok untuk minum petang. Buat banyak-banyak dan simpan dalam peti ais. Senang kalau ada tetamu datang mengejut. Mujur beberapa hari lepas Kjee … Read More

2 comments:

  1. kalau kuih manis2 ni memang feveret..hehehe

    ReplyDelete
  2. Jemput pisang n jemput labu puan cantik bulat bulat n smooth nampak - mesti sedap makan tak boleh berenti ...

    ReplyDelete