Thursday, March 31, 2016

TART NENAS ASAL BABA NYONYA








Kenapa Tart Nenas Nyonya? Ada yang tanya Kjee. Hmmm pasti orang Melaka boleh jawab pertanyaan mudah ini. Tarts Nenas yang dibuat oleh kaum Baba dan Nyonya, besar-besar kuihnya. Dah inti nenasnya jugak banyak!

Kalau ke Melaka dan singgah ke Jongker Walk, Kjee sering kali teleng tengok kedai-kedai yang jual Tart Nenas Nyonya. Bentuknya memang tak sama seperti yang dibuat orang Melayu tapi ia besar dan mewah dengan inti nenas.

Kjee dapat resipi ini pun masa google beberapa tahun lalu. Resipi ini milik seorang Baba Singapura, kalau tak silap. Dah lama sangat sampai lupa. Kjee adjust bentuknya ikut sedap mata memandang. Tapi rasanya memang sedap.


Ini rupanya Tart Baba Nyonya yang ori yang dijual di Melaka. foto ehsan google



Melt in the mouth atau rapuh. Itulah tart nenas kesukaan ramai. Bukan jenis keras yang boleh berbekas dinding kalau dihumban. Hehehe

Rahsia kerapuhannya pada Kjee ialah penggunaan lelemak (butter) yang banyak. Bayangkan 300gms tepung, 4 sudu besar tepung jagung, 3 sudu besar gula icing diadun dengan 200gms butter. Tak ker rapuh jadinya. Tadi Kjee guna 3 kuning telor sebab telornya kecik.

Terima kasih mereka yang berani cuba resipi yang dah lama Kjee masukkan ke dalam blog. Ada yang gunakan untuk meniaga di musim Hari Raya. Kenapa mesti tunggu Hari Raya aje kan? Buatlah hari-hari bukan Raya, pasti ada pelanggan yang sentiasa mahu membeli kalau tarts itu sedap.

Okay seperti biasa, resipinya korang tengok DISINI. Nadia pun ada ajar step by step kat SINI.







Related Posts:

  • LEPAT PULUT KACANG SINGAPURA Kali pertama Kjee buat Lepat Pulut Kacang ni setelah ternampak blogger masakan dari Singapura, Ady Greatsword tayang kat blog beliau. Justru Kjee namakannya Lepat Pulut Kacang Singapura. Ok kan Ady. Hehehe… Read More
  • POPIA SIMPUL KASIH       Diam tak diam dah enam tahun sejak Kjee buat Popia Simpul ini. Kali ini tambah kasih maka jadilah Popia Simpul Kasih. Kalau tak buat dengan penuh kasih, susah nak menjadi. Renyah sikit so perl… Read More
  • BISKUT SUSU ARAB       Tahun ini you tak buat Biskut Susu yang guna Ghee (minyak sapi) tu, tanya UnclePali lepas Sahur tadi. Kjee pandang wajah suami dengan mata yang layu. Aduhai larat ke, kata Kjee dalam hati.&nbs… Read More
  • KEK PISANG BERANGAN                Kjee suka sangat pisang Berangan berbanding pisang lain. So selalu lah pisang Berangan dijadikan kuih seperti Kek Pisang atau Jemput-jemput.     … Read More
  • REALLY BANJIR MELELEH YOU!!       Beberapa hari lepas Kjee teringin nak makan cheese cake. Opkos pernah buat sendiri. Tetapi bahan tak ada. Nak keluar beli, malas. Beli untuk buat dan makan sendiri rasa macam tak berbaloi. Semua bahan… Read More

5 comments:

  1. menyelerakan. Saya suka betul tart nenas.

    ReplyDelete
  2. Kakjee.. Entri pertama kakjee tu sy terus cuba. Terus jatuh hati rasa sama mcm sorang cina baba yg bg sy rasa dia punya. Maka.. Terus buat berkali2. Malah jd rezeki jualan tau kak jee. Tq ye share resepi.

    ReplyDelete
  3. makasih gan infonya dan salam sukses

    ReplyDelete
  4. Berapa lama boleh simpan tart ini?

    ReplyDelete
  5. Info menarik dan boleh sekali dicoba, Makasih buat infonya dan sukses selalu.

    ReplyDelete