Tuesday, April 26, 2016

KERABU MANGGA DENGAN AYAM GORENG









Ini lunch Kjee tadi. Ratah begitu sahaja tanpa nasi. Bagi Kjee yang memang 'perut kecik', tersangatlah kenyang.  Sebenarnya, tak ada plan pun nak buat Kerabu Mangga Ayam Goreng ni. Awal pagi tadi Kjee ternampak dua biji mangga Siam dalam peti ais. Sejak akhir-akhir ni memang Kjee tak bernasib baik. Tiap kali beli, mesti terkena yang masam.

Apapun, sebelum ni Kjee curahkan aje serbuk Asam Boi kalau terlalu masam. Sekurang-kurangnya mangga tu taklah jadi habuan cik tong.

Sambil Kjee kupas kulit sebiji mangga tadi, Kjee terfikir pulak nak buat Kerabu Mangga. Wah kalau letak Ayam Goreng mesti sedap. Aritu Kjee buat letak ikan goreng Dory.

Kjee capai ayam dalam peti ais dan defrost dalam microwave selama 3 minit. Kemudian di cuci bersih-bersih, gauldengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam peti ais.

Ricik mangga halus-halus. Kemudian mayang sebiji bawang Holland. Masa nak cari cili padi dalam peti ais, ternampak tomato. Kjee guna setengah biji bahagian yang tiada biji. Hiris. Campurkan dengan mangga. Kemudian Kjee ricik dua biji cili padi merah. Tak berani letak banyak-banyak sebab ia terlalu pedas.

Gaul sehingga rata. Kemudian letaklah gula lebih kurang 1 sudu besar. Terserahlah kalau korang nak letak lebih. Kemudian perah jus lemon atau limau nipis lebih kurang 1-2 sudu makan. Gaul lagi sampai mesra dan rasa. Tambahlah apa yang korang rasa kurang. Kalau nak sedikit masin, boleh letak kicap cair atau sos ikan atau nampla. Simpan seketika dalam petis ais.

Sementara itu goreng ayam hingga garing. Kemudian ayam dipotong-potong.

Letak Kerabu Mangga dalam piring dan bubuhlah ayam diatas kerabu. Harus dimakan segera kerana ayam goreng akan menjadi basah kalau dibiarkan terlalu lama atas kerabu. Hilang kerangupannya.

Sedap dimakan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja macam mokcik. Hehehe.




Related Posts:

  • MY PULUT MANGGA...AT LAST Akhirnya, sesudah berhari2 mengidam, I pushed myself tadi buat Pulut Mangga Manis ala Thai ni. Bukanlah susah sangat nak buat. Tetapi maklumlah, cuaca mendung kat luar buatkan body lemah gemalai ikut alunan angi… Read More
  • KEK PISANG CHOC CHIPS XTRA GEBU This is one cake yang Kjee berani buat dua tiga kali dalam masa seminggu. Sebab? Kek ni favorite UnclePali dan Nadia. Kalau kek lain, nahaslah Kjee kena habiskan sorang diri. Itulah antara sebabnya korang t… Read More
  • PULUT MANGGA MANIS DENGAN SOS SANTAN Musim mangga manis melanda. Sana sini orang jual mangga manis. Murah-murah pulak tu! Minggu lepas Nadia beli RM10 untuk 3 kilo di Taman Melawati. Hari ni UnclePali beli, dapat 4 kilo for RM10!! Sejak minggu lep… Read More
  • KERABU DARI MANGGA YANG MASAM Ingat lagi tak hari tu Kjee naik darah sebab terbeli mangga yang masam dengan harga yang tak sepadan? Hah hari ni ketika menyelongkar fridge, terpandang mangga tersebut. Ringan jer tangan nak buan… Read More
  • APAM PISANG COMEL Sejak Kjee dah pandai buat kek Pisang, pantang jer lalu depan gerai orang jual pisang. Asyik teringin jer nak buat lagi. Tetapi beberapa hari lepas, Kjee nampak resipi Apam Pisang di blog My Kuali. Aikkk Rose guna ac… Read More

2 comments: