Tuesday, January 10, 2017

CARI PENYAKIT






Pisang Tanduk dalam foto ni Kjee guna buat pengat diatas




      Memang mencari penyakit. Dua hari dalam seminggu buat pengat atau orang Jawa panggil Kolak. Mula-mula buat Pengat Keladi. Kjee habiskan seorang diri sebab Keladi bukan favorite dalam rumah kecuali kalau digoreng.

      Petang semalam Kjee buat pulak Pengat Pisang Tanduk. Mujur Kjee letak sedikit sahaja gula Melaka. Tetapi manisnya menyengat. Nasib baik kesukaan Nadia so dia tolong perhabiskan.

      Resipi? Masih cooking without a recipe.

      Tapi alahai jangan menyusahkan diri buat guna resipi yang sukar. Kjee jerang aje santan letak gula melaka atau gula putih dan sedikit garam. Guna api sederhana. Apabila santan dah mendidih, masukkan sahaja pisang. Kalau suka letak sagu biji yang telah direndam barang 10-20 minit. Tapi janganlah letak banyak-banyak nanti tak dapat ler hirup kuah.

      Untuk keladi pulak, terserah kepada jenis keladi. Kjee beli Keladi dari Indonesia yang elok empoknya tak perlu rebus lama-lama. Ada orang kukus sahaja. Terserahlah.

      Kenapa Kjee kata cari penyakit? Hmmm mokcik kan ada diabetes. Tapi Alhamdulllilah under control jadi bolehlah makan pengat berpada-pada. Hehehe

Related Posts:

  • KUIH BOM      Sejak gagal buat kali pertama dulu, Kjee serik ya amat-amat. Memanglah masa tengok resipi itu dulu, Kjee dah tahu akan meletup-letup masa menggoreng. Tetapi tak sangka meletup macam dalam medan… Read More
  • KUIH BRONOK           Sejak dua menjak ni, Kjee suka sangat buat kuih ini. Ada yang terkejut apabila dapat tahu kuih ni namanya Bronok. Jangan tanya Kjee sebab Kjee bukan Jerman piau. Ada campur … Read More
  • DAH NAK DEBAB...      Tak dapek den nak nolong. Kita nak buat comel-comel tapi dia jadi debab. 😬😁     Kjee buat ni petang semalam. Keledek ada sebiji. Lepas dibuang kulit, direbus dapatlah lebi… Read More
  • INTI KELAPA MANIS      Selama ini, Kjee tak berapa gemar sangat inti kelapa manis. Tetapi dek kerana ia favourite UnclePali, terpaksalah jadikan fav kita juga.      Sebenarnya untuk mendapatkan in… Read More
  • PORTUGUESE EGG TARTS     MEMANG selalu terliur tengok tetapi Kjee tak pernah buat. Beli pun sekali dua aje. Tetapi apabila jiran beri dua biji kelmarin sewaktu pulangkan pinggan, tetiba teruja nak buat.     &n… Read More

3 comments:

  1. Hadoiiii sedapnya pengat pisang tu :)

    ReplyDelete
  2. pergi rumah mak mertua kita,org jawa johor,mesti dia buat pengat pisang atau ubi..sedap hingga menghirup kuah walau mak mertua tak lalu belakang..kahkah

    ReplyDelete