Saturday, January 28, 2017

KWAY TEOW BEEF GINGER ATAU HOR FUN








      Since hari ni Chinese New Year, maka Nadia ke dapur buat Kway Teow Beef Ginger atau sikit lebih kurang macam Hor Fun Noodles. Ini antara favorite Kjee. Boleh makan hari-hari.

      Tadi Kjee request Nadia buat kering sedikit daripada yang selalu dia sediakan. Macam buat Penang Fried Kway Teow lah. Boleh buat versi kering ataupun berkuah.

      Pentingnya buat Kway Teow Beef Ginger terletak kepada dagingnya. Harus guna daging yang cukup lembut. Daging Batang Pinang atau Tenderloin adalah pilihan terbaik kerana ia dimasak secara stir fry. Jadi dagingnya mesti lembut dimasak dalam masa beberapa minit sahaja.

      Bagaimanapun, kalaulah tak ada daging Batang Pinang, tak payah risau. Boleh guna daging biasa tetapi ia harus direbus hingga lembut dan dihiris nipis. Sup rebusan itu harus disimpan untuk kegunaan sekiranya masakan ini perlu berkuah sedikit.

      Kalau nak resipi, sila KLIK SINI. Sangat cepat membuatnya. Segala persiapan harus dibuat sebelum mula memasak. Itulah stail orang Cina.

      Gong Xi Fa Chai kepada semua yang menyambutnya.




   

Related Posts:

  • 61. mi hailam versi kjeeyehhh hari ni resipi lagi sebab kjee blur. badan jer ada kat rumah, otak dah ingat nak balik kampung. but jangan susah cos kjee balik bawak netbook. leh update blog kat kampung hehehe. hari ni kjee nak bagi resipi mi hailam.… Read More
  • Kudapan Fucuk Dumplings lagi! Masa hujan lebat petang semalam, Kjee tak tau apa nak buat untuk minum petang. Kemudian teringat ada fucuk. Terus Kjee ke dapur dan keluarkan fucuk dan rendam. Pastu bukak freezer jumpa isi dada ayam. Terus masukkan dal… Read More
  • 100. steamboat menu sihat hujung minggu steamboat adalah makanan  kegemaran kami tiga beranak setiap hujung minggu. banyak tempat orang rekemen tapi kjee ni cerewet sikit bab sup dan juga pilihan seafood dia orang. ada yang buat secara buffet tapi yang dilebi… Read More
  • 120. mi hokkienOrang melayu jarang jual mi hokkien. kalau mi kantonis yang adik beradik mi lakna, adalah. tetapi kalau kita pergi ke kedai yang menjual makanan cina islam, kekadang dia orang ada jual mi hokkien.   Hokkien Mi adik bera… Read More
  • 102. mihun putih  mihun putih ni kjee buat sejak lama dah. sejak nadia masih kecik sebab dia tak suka makan pedas. tup tup masa kjee niaga bila kjee jual, orang kata mihun singapura. entah bila lak mihun kjee ni jadi mihun sana, tak da… Read More

0 comments:

Post a Comment