Saturday, April 1, 2017

PENGAT PISANG ATAU KOLAK KATA ORANG JAWA










       It was raining. Lebat sangat and I crept into the kitchen and saw two biji pisang tanduk smiling at me. Betul. Pisang tanduk tu senyum seakan berkata, tengok sahaja ker? Oppppsss mokcik tersedar. Laaa terlena depan TV... mimpi rupanya!

       Tengok jam, pukul 6.30 petang. Sebijik macam dalam mimpi, Kjee pun bangun perlahan-lahan ke dapur dan nampak dua biji pisang tanduk yang dibeli Nadia di Sungei Buloh, beberapa jam sebelum itu. Dan kali ini bukan pisang tu tetapi mokcik yang senyum. Ini kena buat Kolak atau Pengat Pisang.

       Well, itulah kejadian tadi dalam hujan lebat. Nadia berdiri di sisi tengok Kjee buat kolak ini persis seorang tukang masak in training. Bila dah siap, dia seakan terkejut.

       "Camni jer ker buat Kolak?" Habis tu nak buat camner jerkah mama dia.

       Kjee guna santan kotak, sebiji pisang tanduk, gula pasir, sedikit sagu biji dan secubit garam. Daun pandan disimpul. Pisang dibuang kulit dan dipotong bulat-bulat. Dua sudu sagu biji dicuci dan rendam seketika.

       Tuangkan satu kotak santan ke dalam periuk kecil, letak gula secukupnya, daun pandan serta secubit garam. Didihkan seketika dan masukkan pisang. Biarkan mendidih lagi, perlahan api dan masukkan sagu biji. Apabila sudah cukup mesra dan sagu sudah elok masaknya, padamlah api.

        Itu sahaja caranya. Mudah sangat kan! Kalau ada yang tak faham, Kolak tu bahasa Jawa yang bermakna Pengat. Ada jugak orang panggil Bubur. Kalau tak letak gula pasir, letak gula Melaka pun sedap ya.








2 comments:

  1. Sedapnya kak jee. Terliur nampak. 😋

    ReplyDelete
  2. salam kak jee...saya bkn jawa pun panggil kolak jgk...dapnyeeee... -hunnyza-

    ReplyDelete