Saturday, January 22, 2022

RENDANG AYAM



     Rendang Ayam Kelantan ni mudah sangat nak masak. Tak renyah macam buat Rendang Ayam lain. Bahan2 pun simple aje. Sudah menjadi rendang pilihan Kjee sekeluarga lebih 40 tahun, kot.
     Bagi Kjee ini mungkin bukan rendang tradisi  Kelantan. Tetapi oleh kerana resipi yang ditemui kata Rendang Kelantan maka itulah nama yang Kjee gunakan sejak dulu.
     Bagi Kjee ia ala2 Thai Red Curry yang di adjust. Bahan2 hampir serupa. Adanya daun limau purut membuatkan ia dikatakan mirip lauk Thai itu. Tetapi ada juga lauk pauk dari Kelantan yang mirip resipi dari Thailand kan! Maklumlah berjiran. 



     Kjee suka buat sebab tak amik masa lama memasaknya. Sama macam masak lauk pauk biasa. Dan tak perlu krisek atau lengkuas yang sinonim dengan masakan yang dikatakan Rendang.
     Tetapi ramai yang telah cuba membuatnya beritahu Kjee, Rendang ini sedap sangat. Ada juga yang macam Kjee. Dah tak terai buat rendang versi tradisional. Juga menjadi lauk wajib di pagi perayaan.
     Rendang Ayam Kelantan ini sangat2 sedap dimakan dengan Lemang ataupun Pulut Kuning. 
     Resipi penuh KLIK SINI.


1 comment: