Saturday, February 12, 2022

KUIH PUTU TEPUNG BERAS


       Walaupun kuih tradisional, rasa-rasanya kena berguru kalau mahukan hasil yang perfect atau sempurna.
       Dah tua2 ni malaslah nak berguru. Kjee masak ikut naluri atau bergurukan internet. Kekadang jadi kekadang tidak. Itu lah pasal.
       Anyway sejak beberapa hari lepas, ternampak Kuih Putu yang hanya guna acuan kelonsong daun pisang lalu kat my FB newsfeed. Tak guna bambu. Resipi yang dikongsi Raslahwati Daeng. Tak pasti resipi dia punya atau dia yang share.
       Maka Kjee pun berhari-hari ajak UnclePali cari daun pisang. Tetapi malangnya sejak dua tiga hari lepas, hujan. Pagi ini baru ler ada sang mentari.



       Kjee pun potong ikut gerak hati. Ukur 8" lebar dan 4" tinggi. Buat sampai 15 kelongsong tapi bahan2 yang disukat jadi 6 biji aje. Kemudian guna stapler untuk lekat jadi kelongsong. Itu bab pertama. Selepas itu didihkan air dalam kukusan. 
       Bahan2 mentah yang digunakan hanya 2 cawan tepung beras, setengah cawan air suam kuku dan secubit garam. Campur air sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh di kepal. Kemudian terlerai apabila dilepas. Lihat foto 👇. 



       Sagat gula Melaka. 👇


        Terus letak kelongsong dan kukusan yang berlubang tu. Susun kelongsong. Kemudian sudukan selapis tepung beras tadi (kjee letak 4 sudu teh) diikuti dua sudu teh gula Melaka. Top up dengan empat sudu teh tepung beras tadi. 

       Buat sampai habis. Jangan sesekali ditekan untuk mampatkan. Nanti jadi keras. 
       Kemudian terus kukus selama lebih kurang 20-25 minit guna air mendidih. Dah siap keluarkan. Tunggu sejuk baru dibuang kelongsong. 
       Tetapi kerana excited dan juga bodoh, Kjee tekan sikit. Sikit jer. Maka hasilnya kuih jadi bentan dan keras sikit. Itulah bodoh kan! Resipi dah kata jangan sesekali tekan nanti keras. 
       Kekecewaan Kjee terubat apabila my darling kata, sedap! Okay nak kita buat kali kedua ya sayang. 
      Kalau suka makanlah dengan kelapa parut muda yang putih. 




       


0 comments:

Post a Comment