Monday, April 18, 2022

TELOR ITIK LETAK BELIMBING


       Kejadian beberapa hari lepas. Susah tau nak dapat telor itik sekarang sebab kena rembat dengan peniaga Pasar Juadah. Lauk ini memang popular antara puluhan lauk yang dijual.
       Kerana ketiadaan telor itik jugaklah, Kjee kensel buat Telor Asin aritu. UP komplen kenapa telor itik yang dulu dijual antara 70 - 80 sen naik double di bulan puasa. Biasalah peniaga amik kesempatan.
       So kerana nak sangat makan dia beli 5 biji dengan harga Rm1.50 sebiji. Kjee tanya nak letak apa dlm lauk telor itik itu. Silap tanya sebab dia jawab, tak kesah. So mokcik letak belimbing sebab ada banyak pokok di tepi jalan taman perumahan kami. Petik jer macam kita ada share. 🤭
       Mokcik tak ada mood arini sebab lepas buka semalam, gastrik angin (Gerd), teruk. So korang intai lah resipi DISINI.

1 comment:

  1. Sdp ni kak jee.. tp tu la,telur itik payah nk cari..
    Get well soon kak jee & take care.. 🤗

    ReplyDelete