Sunday, August 21, 2022

CEMPEDAK GORENG TAK SERAP MINYAK


       Kjee jarang-jarang beli Cempedak dan goreng sendiri. Lebih mudah beli yang sudah siap goreng. Tetapi ada kalanya bengang apabila yang beli itu berminyak. Selalu Kjee terpaksa tekap dengan tisu untuk serapkan minyak itu sebelum selesa nak makan.
       Jadi apabila terbaca satu post satu ketika dulu cara orang niaga yang  gorengan cempedak gerenti tidak serap minyak, maka Kjee cukup teruja.
        Tetapi macam biasa lah apabila nak beli,  tak jumpa orang jual. Serius ni. Sebelum ini setiap kali lalu depan food court AU5 Keramat,  tengok aje orang jual. Intai dan nampak tulisan rm12 sekilo. UP tanya nak ke? Kjee geleng. Sebiji mau dekat 5 kilo. Kali rm12 sekilo dekat rm60 sebiji. Patutlah orang jual yang dah siap goreng sampai rm2 seulas!! 

       Dah beriya-iya nak beli dan goreng sendiri,  orang tu pulak tak jual!!  UP kata mungkin dah kena cekup MPAJ sebab niaga tepi jalan!  Wallahualam. 
       Pujuk hati ini. Mungkin musim dah berlalu. Tunggu lah musim akan datang. Luahan hati Kjee mana nak beli cempedak dibuat di FB. Manalah tahu ada insan yang dapat beri info. 
       Memang tidak disangka-sangka rezeki Kjee. Sahabat Kjee Rodly Fadly call tanya malam itu lepas Maghrib ada rumah tak?  Dia nak singgah hantar barang. Barang apa dia tak nak beritahu. Oleh kerana Kjee tak sihat, UnclePali sahaja keluar jumpa Rodly di kawasan yang dia familiar di Taman Melawati. 
       Unclepali sampai depan rumah dan Kjee bau cempedak semerbak!  Dia sengih sambil tunjuk beg plastik berisi sebiji cempedak!!! 


      Buah dari pokok yang ditanam depan rumah Rodly! Waduuhhhh sukanya Kjee. 
      Esoknya UnclePali terpaksa bergegas balik kampung atas urusan keluarga. Kebetulan sepanjang hari tak ada air so Kjee tangguh hajat nak belah bukak cempedak tu. Menjelang petang baru ada air. So jeng jeng jeng!!



       Nampak aje buahnya kecik tetapi setiap ulas tebal dan manis!!! So Kjee simpan dalam peti ais tunggu UP balik. 
      Sampai aje dia,  Kjee terus bancuh tepung beras bersama air suam,  sedikit minyak,  secoit kapur (yang orang tua2 calit kat sireh)  dan sedikit serbuk kunyit. Campur hingga sebati. Jangan terlalu cair atau pekat. Adunan agak2 aje sebab hanya ada dalam 12 ulas. 
       Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Minyak dah panas,  celupkan sebiji dalam adunan dan masukkan ke dalam kuali. Api ketika ini diperlahankan sedikit. Jangan letak terlalu banyak dalam kuali. Kjee hanya letak dalam 5 ulas. 

       Tarraa hasil setiap gorengan sangat molek dan tak serap minyak!!!! 
       Dibawah ini,  Kjee kongsi adunan yang tepat dan cara menggoreng. Terima kasih Syukri Aminuddin. 


       Selamat Mencuba. 



        
  

1 comment:

  1. Serius kak jee.. mmg menggamit selera tgk cempedak goreng kak jee ni.. terer kak jee.. 🤩

    ReplyDelete