Sunday, March 12, 2023

TELOR ASIN TELOR AYAM

        Telor Asin pembuka selera di  bulan puasa. Ia rebus dan menjadi antara pilihan asben kita selain ikan kering masin. Kjee pula guna telor asin untuk my bubur lambuk.
       Biasanya Kjee mula projek mengasinkan telor Itik dua minggu sebelum bulan puasa. So beberapa hari lalu pergilah intai telor itik. Amboiiii satu papan 30 biji rm33.30. Terus kensel hasrat nak projek tahun ini.
       Aritu Kjee singgah Hero Market. Satu biji telor asin rm1.30. Lebih murah beli yang siap! Tetapi kalau keluarga besar, memang berbaloi buat sendiri.

       Kekecewaan Kjee rasa terubat apabila Kjee teringat yang telor Ayam boleh dibuat telor Asin. Kjee pernah buat dulu. Maka Kjee pun google. Ada blogger kata memang boleh. Malah lagi sedap. 
       Telor harus diasinkan lebih kurang dua minggu. Sekarang dah tinggal lebih kurang 10 hari. Tetapi apadehal. Sementara tunggu telor asin cukup matang, bedal ler dulu Ikan Gelama atau Tenggiri jeruk kan! 
        First thing Kjee minta UnclePali beli garam. Air garam harus dimasak dan disejukkan semalaman. Pagi esoknya baru boleh guna rendam telor. Kjee hanya plan buat 15 biji telor ayam sahaja. Oleh kerana untuk 15 biji aje, guna satu peket garam dan 1 liter air. 
        Kemudian langkah kedua sementara tunggu air garam dimasak, telor dicuci dan ditos kering. 

        Pagi ini Kjee susun telor yang telah dicuci dan dikeringkan malam tadi ke dalam balang, curah air garam. Kemudian dihempapkan satu plastik berisi air yang telah dikat rapi untuk pastikan air garam tenggelamkan telor. Penting telor tu tenggelam supaya masin sekata semuanya. 
        Simpan balang dalam kabinet dapur. Harus tempat gelap supaya kuning telor cantik merah. 
       Setelah dua minggu, amik sebiji. Rebus dan rasa. Kalau sudah cukup masin, tak payah direndam dalam air garam. Cuci dan rendam dalam air biasa, dalam peti ais sehingga digunakan. 
        Baca juga DISINI. 


       

Related Posts:

  • LIDAH LEMBU MASAK MERAH          Apabila UnclePali sengih2 bawak masuk lidah lembu yang dibelinya di gerai daging Taman Permata, Kjee hepi dan risau. Hepi sebab suka sangat makan sup lidah lembu. Tetapi, risau ju… Read More
  • MASAK LEMAK CILI PADI OTAK LEMBU          Aritu Kjee masak Lidah Lembu. Ini pulak Otak Lembu. Hehehe tak lah bukan Kjee beli sampai satu ketoi kepala lembu tu. Cuma ketika beli lidah lembu, UnclePali turut beli otak. 🤭&n… Read More
  • GULAI CARA PAHANG          Sudah hampir 23 tahun Kjee jadi isteri orang Kedah. Tetapi sedihnya sampai ke hari ini, Kjee tak reti masak Gulai Utara. Arwah mak UP buat BEST IN THE WORLD. Jadi, susah lah Kjee … Read More
  • RENDANG KERANG BULU          Kjee jarang beli kerang. So apabila UnclePali kata nak makan kerang rebus, Kjee pun suka sangat. Suruh dia bawa Kjee ke pasar tani di Desa Setapak, pagi semalam (Ahad).  &nbs… Read More
  • SAMBAL TUMIS SOTONG TIN          Kalau Kjee teringin nak makan sotong yang dalam tin jenama Rex, UnclePali mesti risau. Hehehe sebab dia kena keluar masuk hutan opps supermarket, cari. Biasanya tak dapat. Dia kat… Read More

1 comment: