Saturday, April 4, 2026

isu semasa

CARA KJEE/PALI JIMAT LETRIK

Semua sibuk sekarang fikir bagaimana nak jimat letrik. Kjee dan Pali dah lama lakukan. Mungkin sejak empat atau lima tahun lalu. Justru bil letrik kami sejak itu, sebulan tak sampai rm70! 

Di rumah kami ada segala keperluan seperti Peti Ais, Air con, Mesin Basuh, TV, computers (sorang satu), vacuum cleaner dan semua barang dapur seperti rice cooker, Blender, sterika dan semua sewaktu. Cuma Kjee stop guna Oven letrik, Micro wave ataupun air fryer. Semua awalnya ada tapi Kjee beri orang. Semata-mata mahu jimat penggunaan letrik. Masak kuih muih yang mengunakan kukus sahaja.

Kami juga ada pendingin hawa. Dulu satu sahaja dalam bilik. Sekarang di kawasan rumah baru kami berpindah, terpaksa tambah satu lagi di ruang tamu sebab keadaan panas terlampau.

Untuk ekon atau pendingin hawa, Kjee tidak ikut 'nasihat pakar' suhu di letak pada 24. Kononnya itu cara jimat letrik. Kjee beranggapan suhu 24 terlalu sejuk. So suami set pada 26 sekiranya cuaca panas dan dinaikkan ke suhu 27 sekiranya sudah nyaman. 



Akibatnya bil letrik semasa guna suhu 26-27 dan juga penggunaan semua alat letrik terpilih di rumah, jarang2 cecah rm70!!! Serius. Ramai tak percaya. Bukan nak suruh kalian percaya tapi ada kami kesah?!!!

Sekarang guna dua ekon (sejak dua bulan lalu) bil letrik kami lebih kurang rm120. Yang didalam bilik untuk malam sahaja (dari jam 10 malam sehingga 5 pagi) dengan dibantu kipas angin kelajuan 1-2.  Dan di ruang tamu untuk siang hari, kegunaan kira-kira 4 jam. Itu pun tidak hari2 sebab ada kalanya kepanasan tidak memerlukan kami pasang ekon. Kipas angin pun dah okay. Tetapi boleh dikatakan kami guna ekon 5 hari dalam keadaan kepanasan melampau di siang hari dalam seminggu.




Itulah cara kami suami isteri jimat letrik. Cubalah cara kami. Penjimatan kami lakukan sejak dulu sebab kami tidak bekerja dan punya pendapatan untuk membayar bil letrik yang tinggi.
Tetapi dalam keadaan sekarang, dimana sana sini kita disuruh jimat cermat penggunaan letrik, maka Kjee dan Pali sedikit pun tidak terlalu gusar. Sebab sudah lama kami lakukannya.

0 comments:

Post a Comment